✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•GELAK yang mahu meletus di tahan seboleh yang mungkin. Lucu melihat riak wajah Iris bertukar kelat bila pemandu pelancong kata yang mereka sudah tiba di Shark Point. Tempat di mana mereka boleh bergambar di dalam laut sambil berlatar belakangkan ikan jerung. Shark point adalah salah satu part paling menarik yang rata-rata pelancong mahu rasai pengalaman dalam aktiviti snorkeling kerana mereka boleh bergambar dan boleh berenang di tepi ikan jerung.
"Abang, Iris tunggu dalam bot. Tak mau turun." Geleng wanita itu. Seramlah nak bergambar dengan ikan jerung. Kenapalah resort ni boleh terfikir nak buat aktiviti seram macam ni.
"Alah jomlah. Best apa bergambar dengan ikan jerung. Sayang tau kalau lepaskan peluang keemasan ni. Jomlah turun. Abang ada temankan sayang." Dia berusaha memujuk wanita itu. Rugilah siapa yang lepaskan peluang ini.
"Tak mau.." Jari di gigit sambil menggeleng kecil.
"Aip!" Tangan Iris di genggam. Suka sangat gigit jari.
"Tak payah takut. Ikan jerung dekat dalam laut tu semua baik-baik. Lagi bertambah baik kalau jumpa awek cantik macam sayang ni." Riak wajah Iris bertukar toya. Suaminya fikir dia ni senang nak di gula-gula kan ke. Memang taklah dia nak percaya.
"Dah ready ke?" Pemandu pelancong bersuara. Mereka menjawab teruja. Tak sabar nak turun. Lain pula Iris yang masih berkeras tak mahu turun. Lalu satu persatu mereka mulai turun ke dalam air.
"Betul ni tak nak?" Kepalanya mengangguk dengan yakin. Dia tengok dari atas bot pun tak apa.
"Okey," akur Riz Amriiz. Lantas goggle di pakai sebelum terjun ke dalam air. Iris di dalam bot hanya memerhati. Telefon pintarnya di capai. Dia mahu merakam moment indah suaminya.
Setelah puas menyelam, Riz Amriiz timbul ke permukaan air lalu bertenggek di tepi bot. Sesekali di renjis Iris dengan air laut.
"Abang!" marah Iris. Ada juga dia tolak kepala lelaki ke dalam air.
"Jomlah turun. Abang teman. Tak payah menyelam." Menggeleng dia. Dia dah tak mahu turun dah. Tadi dia dah puas menyelam di checkpoint pertama dan kedua. Kali ini biarlah dia duduk di dalam bot.
"Okey."
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•TIBA waktu malam setelah isyak, mereka turun ke bawah untuk aktiviti terakhir mereka iaitu candlelight dinner. Tangan Iris di gengam erat sambil mereka melangkah menuju ke meja mereka. Isterinya itu cantik mengenakan pakaian lace dress berwarna coklat pastel dipadankan dengan selendang berwarna yang sama dan di lilit kemas menutup aurat. Manakala dia pula kacak memakai kemeja putih didalam manakala blazer berwarna hitam di luar dan dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam.
"Abang ni memang perosak style ke apa?" Gelak Iris terhambur lagi. Memang dari tadi kerjanya asyik ketawa. Mana tak ketawa, suaminya bukan main kacak lengkap dengan suit. Tapi yang mencacatkan penampilan lelaki itu ialah sandal yang lelaki itu pakai. Tak pernah di buat orang.
YOU ARE READING
Mr. Riz's Property
Roman d'amourManusia merancang, Tuhan yang menentukan. Tunang yang selama ini selalu ada dengannya kini bernikah dengan orang lain atau lebih tepat adik kembarnya sendiri. Kecewa, hati berderai tapi dia bangkit. Dan dia percaya, sebalik kejadian itu ada hi...