BAB 39

575 45 0
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔎𝔞𝔰𝔦𝔥 𝔖𝔞𝔫𝔤 𝔓𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞 𝔖𝔢𝔧𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧



         LANGKAH Iris di ekori masuk ke ruangan dewan itu. Malam ini mereka hadir memenuhi jemputan majlis makan malam rakan sekelas Iris. Ada yang hadir dengan dengan pasangan dan ada juga yang hadir sekadar membawa diri.

"Abang, sini." Lengannya Iris gapai lalu di tarik menuju ke sebuah meja.

"Eh Iris. Sampai pun. Lama kami tunggu. Fikirkan awak tak datang." Sengihannya muncul.

"Kenalkan ni suami saya."

"Tak payah kenal. Kami memang dah lama kenal." Seisi meja itu menghamburkan gelak mendengar jawapan spontan itu. Siapa tidak kenal anak jutawan itu lagi-lagi dalam dunia bisnes. Sudah tentu ramai yang tahu. Dari bapa sampai ke anak mereka kenal.

Iris kerling suaminya di sisi. Lelaki itu cuma tersenyum kecil.

"Siapa je yang ada?"

"Oh semua ada. Malam ni full. Rasanya sekarang ni nak tunggu pengantin baru je sampai." Salah seorang menjawab. Kening Iris berkerut.

"Siapa?"

"Crush kau." Balasan itu mengundang gelak mereka semua. Memang mereka satu kelas dah tahu siapa yang Iris minati semasa zaman sekolah dulu.

"Ex," balas Dian membetulkan fakta. Bibir tercebik tak suka. Itu kisah dulu. Sekarang dia dah ada suami jadi tak guna lagi nak terkenang-kenang.

"Sayang ada crush? Abang tak tahu pun." Riz Amriiz bersuara mematikan bicara seisi meja itu. Terkebil-kebil mereka memandang Iris dan Riz Amriiz. Salah topik ke mereka?

"Dulu." Iris membalas pendek. Tak suka isu lama itu di bangkitkan.

"Kenapa?"

"Sebab dia tak handsome."

Sekali lagi gelak mereka terhambur. Terhibur melihat wajah masam Iris.

"Tak kacak tapi macam mana sayang boleh terkenan? Mata sayang dulu rosak ke?" Iris Mendecit sebal. Suaminya ni kan. Rasa nak gigit pun ada juga.

"Habis tu, abang kacak tak?" Kening di jongket menanti jawapan dari Iris.

Bibir di gigit geram. Depan oranglah juga dia nak meminta.

Bibir bergerak tanpa suara. Mengakui kekacakan lelaki itu.

"Malu-malu kucing pula," usik mereka. Iris julingkan mata ke atas manakala Riz Amriiz sekadar ketawa kecil. Nanti merajuk pula isteri kesayangannya itu.

Tak lama kemudian DJ yang berperanan dalam memainkan muzik mula memasang lagu pengantin menandakan pasangan yang di tunggu-tunggu telah tiba. Pintu dewan di buka sebelum kelihatan pasangan pengantin itu melangkah masuk.

Selepas pengantin duduk di meja yang di sediakan, majlis di mulakan dengan selawat ke atas nabi dan beberapa potongan doa yang di bacakan oleh salah seorang bekas rakan sekelas Iris yang sekarang bergelar cikgu.

Mr. Riz's PropertyWhere stories live. Discover now