Sunyi yang mengisi wad VVIP itu buatkan dia mencelikkan mata. Lena langsung tidak muncul. Di lihat isterinya sedang tidur memeluk anak bongsu mereka di tikar yang di bawa petang tadi. Matanya dalam sunyi mencari satu kelibat yang sejak tadi tidak kelihatan. Lantas dia bangkit membawa diri keluar dari wad itu. Tiang besi tempat penyangkut air tambahan yang di masukkan ke dalam tubuhnya di tolak keluar.
"Eh, Tuan Besar nak ke mana?" Tuan Besar Riz Amsyar hampir saja menaikkan kakinya pada jururawat itu, salam tak beri lepas tu elok pula tegur dia dari belakang. Memang nak minta kaki ke apa?
Dia menoleh memandang jururawat itu yang terkebil-kebil memandangnya. Nafas berat di hembus kasar. Sibuk ajelah.
"Nak cari anak aku. Asal?" Tuan Besar Riz Amsyar dan nada kasar berpisah tiada.
"Tuan Muda ke?" Bibir di ketap geram. Siapa ajelah tuan muda yang di maksudkan selain anak sulungnya. Ada juga yang melihat kakinya terbang tak lama lagi.
"Tuan Muda ada di kafe di bawah. Tuan Besar nak saya panggilkan ke?" Jururawat itu masih berusaha menarik minat lelaki berusia depannya itu. Dah berusia pun muka masih kacak. Dalam otak sibuk memikirkan tubuh lelaki itu. Mesti mengancam.
"Tak payah. Bagitahu dekat bini aku kalau dia cari, cakap aje aku ke bawah." Jururawat itu akur. Langkah lelaki berusia itu di pandang hingga hilang ke dalam perut lif dengan senyuman gatal.
Tuan Besar Riz Amsyar merungut dalam dia menunggu lif yang di naikinya sampai ke bawah. Sakit matanya melihat anak dara zaman sekarang yang langsung tidak menjaga pandangan mereka. Bila mendapat masalah, tahu pula salahkan lelaki tapi tak sedar masalah itu berpunca dari mana.
Huh!
Sampai di kafe, ruang itu masih sibuk walaupun jam sudah hendak memasuki angka satu pagi. Kelibat anak sulungnya terus di cari. Jelas kelihatan di matanya di mana kedudukan anak sulungnya. Lantas kaki melangkah sambil menolak tiang besi beroda di tangannya.
"Eh papa." Riz Amriiz terus menarik kerusi buat lelaki itu. Jaket di tubuh di lepas sebelum di pakaikan pada papa.
"Papa lapar ke?" soalnya bila lelaki itu diam merenungnya.
"Hmm.. papa nak kopi tapi mama kamu tidur. Malas papa nak kejutkan," ujarnya sebagai alasan.
"Along buat apa sini? Kenapa tak tidur lagi?" soal papa. Riz Amriiz menggeleng.
"Along tak mengantuk. Kejap eh, along pesankan papa kopi. Papa nak makan? Along tengah tunggu pesanan along ni." Dia sudah bersedia mahu bangkit.
"Pesankan papa sekali makanan berkuah." Dia mengangguk faham lantas berlalu ke kaunter yang terletak di dalam kafe. Tuan Besar Riz Amsyar diam memerhatikan langkah anak sulungnya. Matanya tajam dapat membaca riak wajah itu. Dia tahu yang anak sulungnya itu sedang menyembunyikan sesuatu.
YOU ARE READING
Mr. Riz's Property
RomanceManusia merancang, Tuhan yang menentukan. Tunang yang selama ini selalu ada dengannya kini bernikah dengan orang lain atau lebih tepat adik kembarnya sendiri. Kecewa, hati berderai tapi dia bangkit. Dan dia percaya, sebalik kejadian itu ada hi...