Perhentian Bas

87 2 5
                                    


Masa aku berjalan-jalan menunggang motor, ikut jalan sunyi, sebab guna jalan 'panas'. Aku terketawa sendiri, apabila aku teringat cakap-cakap orang pasal jalan pintas yang aku guna, yang dikatakan 'berhantu'.

"Kat sana ada pondok bas kat kawasan tu, dari dulu dah ada, ye la dekat dengan kilang kan, ramai gak yang lepak-lepak, tak kurang gak yang nak 'try' mengurat awek-awek kat situ. Entah macam mana, ada perempuan ni tiba-tiba meninggal. Polis tak cite apa. Ada yang cakap keadaan dia agak mengerikan. Tak sampai sebulan ada lagi yang mati. Dekat-dekat dengan tempat yang 'first' tadi tu, tapi laki lak yang kena. Lepas tu banyak la kematian selepas kejadian tu dan pekara tu membuat orang-orang kampung tak berani untuk menggunakan jalan tu lagi, perkerja-perkerja kilang kat situ pun minta dipindahkan ataupun berhenti. Pihak kilang terpaksa berpindah ke kawasan lain. Tapi kematian tetap ada walaupun kilang tu dah tutup," bebel kawan aku ternyiang-nyiang di telinga. Benda dah lama, 20 tahun, dah tak ada apa-apa pun. Fikir aku.

Aku mula la menghampiri kawasan kilang tu. Sunyi, suram, bersemak-samun kat keliling kawasan kilang. Agak menyeramkan juga. Aku terus menunggang ke arah pondok bas lama. Dari jauh, tiada apa-apa, tapi selepas dua minit memulas motor, jarak antara aku dengan pondok bas macam tidak berganjak. Jaraknya kekal lima meter. Aku cuba pulas habis. Masih tidak mahu berganjak.

Tengah pulas-pulas motor, tiba-tiba aku terdengar bunyi esakkan, seperti perempuan tengah menangis. Aku pun berhentilah pulas dan matikan enjin motor sebab nak dengar bunyi itu datang dari mana. Sayup sahaja. Aku pun terpandang ke belakang. Tak ada orang. Tapi bunyi esakkan semakin dekat, dan semakin dekat bila aku dekat dengan pondok bas tu. Mata aku terus mencari sementara telinga aku cuba mengesan arah bunyi tu.

Bila dah dapat tumpukan ke satu arah, iaitu pondok lama. Nampak macam ada seorang perempuan tengah duduk tertunduk. Teresak-esak bunyinya. Aku agak terkejut, sebab kerana sepanjang aku mencari bunyi tersebut, tak ada pun kelibat perempuan tu. Makin dekat aku datang, em, bila difikirkan ia agak mengejutkan, bila dapat berjalan keadaan seperti biasa. Bila aku semakin dekat, tak ada pun tangisan.

Perempuan yang tertunduk tu, baju dia seakan-akan uniform putih dan ada tompok-tompok merah. Disebabkan sifat ingin tahu, aku pun melangkan perlahan-lahan ke arah perempuan tu. Bulu roma berdiri, apabila angin malam lalu kat badan. Takut dan perasaan ingin tahu menguasai kepala aku masa tu. Bila dah dekat, peh, harum gila, masa tu tak takut sangat sebab tak tahu, aku pun cuba nak tegur.

"Assalamualaikum, adik buat apa kat sini?". "Tunggu bas,". "Bas?! Dah lama bas tak lalu sini la dik,". "Ye ke bang? Dulu bas selalu ambil saya kat sini,". "Ye la lepas berlaku kejadian tu, bas dah tak lalu lagi,". "Macam mana ni, mak risau kalau saya balik lambat nanti,". "Takpa, biar abang yang hantar adik balik, nak?". "Takpa la bang, nanti apa orang cakap,". "Em, baik la, adik baik-baik tau,".

Kalau nak diikutkan hati, teringin gak nak menggatal, tapi budak ni nampak baik sangat. Sebaik saja aku pusing nak mengadap motor, hidung aku lak terhidu bau busuk. Terasa hairan, bila wangi tadi terus jadi busuk. Tambahan pula, suara budak tu tegur aku betul-betul macam sebelah telinga bila dia cakap, 'terima kasih', goyang lutut, motor dah tentu-tentu aku tinggal, lintang-pukang aku lari. Sedar-sedar je dah siang dan aku terbongkang kat bas stop lama itu. Aku pun terus naik motor dan tinggalkan tempat tu. Dah tak berani dah aku lalu situ lagi.

CerpenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang