Sesat

123 6 4
                                    


Pernahkah anda terlibat dengan perkhemahan?
Jika ya,
Pernahkah anda tersesat ketika meneroka hutan sehingga tersesat?
Jika ya, anda dikira beruntung kerana anda telahpun berjaya dari kawasan tersebut dengan selamat.
Haha, anda yang pernah mungkin terasa dengan kenyataan saya, lebih-lebih lagi apabila terketawa sebentar tadi, tetapi ia betul bukan; jika anda tidak  selamat tak mungkin anda berada disini membaca bahan penulisan saya ini.
Baiklah, ini adalah cerita tentang seseorang yang telah tersesat didalam hutan...

       Kamal ialah seorang remaja yang kini berasa kecewa dan ketakutan, apabila dia menyedari dia berkeseorangan didalam hutan. Ketika itu juga, matahari mula turun. Kamal mula mencari sesuatu didalam bag yang dibawa. Dia mula mencari sesuatu, tiba-tiba Kamal menepuk dahinya sendiri, "Aduh... Lampu kat Aidil, lupa lak nak minta balik tadi," Kamal mengeluh didalam hati. Hari semakin gelap, namun Kamal mencekalkan hati mengharungi kegelapan malam untuk mencari kawasan tapak perkhemahan, hanya berpandukan cahaya bulan dan bintang. Ketika dia menyusuri hutan tebal, mata Kamal terlihat sinar cahaya kemerahan seakan unggun api. Semakin dekat Kamal ke kawasan tersebut, semakin yakin dengan munculnya bayang-bayang manusia mengelilingi unggun api.
       "Assalammualaikum, hai!" Kamal menegur, namun tiada jawapan. Ini membuat Kamal berasa kurang senang dengan tindakan mereka. Lalu Kamal memberanikan diri untuk mendekati mereka. Tiada suara, hanya terdapat bunyi kayu kering yang terbakar. Kemudian dia terhidu sesuatu, ia seperti bau bangkai. Kamal melihat setiap satu tubuh yang berada disekeliling unggun api tersebut.
       Tiba-tiba Kamal merasakan jantungnya seperti ingin melompat keluar daripada dadanya, apabila Kamal mendapati mereka yang berada disekeliling unggun api itu adalah mayat. Keadaan mayat-mayat tersebut amat mengerikan baginya. Ada diantara mayat tidak mempunyai muka, kerongkong dan ada juga otat-otot dari mayat dikerat-kerat dari tubuh mayat tersebut. Kamal menoleh ke sebelahnya, terdapat biji mata yang berada di atas tanah, dan ada juga biji mata mayat tergantung dari soket mata. Dia mula berundur beberapa tapak, tiba-tiba dia tergelincir seperti terpijak sesuatu yang licin. Dan secara tidak sengaja, Kamal meraba kawasan tersebut, ia terasa basah, melekit dan menpunyai bau yang hanyir. Beberapa minit kemudian, Kamal menyedari bahawa ia adalah darah. "Di.. Di.. Diorang ditarik ke sini selepas mati ke?" Kamal berkata dengan nada menggeletar ketakutan. Dia melihat mayat tadi, masih lagi basah bagai disimbah darah.
      "Ye, awak betul ," Kamal terdengar satu suara lembut datang daripada arab belakang. Tak sempat Kamal menoleh, dia tersentak kemudian kaku seketika. Kamal merasakan sesuatu yang tajam tertusuk pada lehernya. Kamal segera menariknya dan dia mendapati ia adalah damak. Kamal segera mencari si penembak damak tersebut, tetapi keadaan terlalu gelap, tambahan pula, kesan ubat tersebut telah memberikan kesan. Beberapa minit kemudian, Kamal merasakan matanya semakin berat dan Kamal mula rebah ke kirinya. Sebelum Kamal memejamkan matanya, dia terdengar suara lembut itu ketawa dari belakangnya. Sesuatu telah menarik kepala Kamal, membuatkan Kamal mengerang kesakitan. "Kyo~mibukai...," sungguh lembut suaranya hingga menyusuk lembut ke tulang belakang menyebabkan Kamal ketakutan. "Wajah awak, sangat menarik ," suara seakan-akan syaitan yang sedang memujuk sasarannya untuk melupakan apa yang sedang berlaku padanya. Kemudian, "Boleh saya ambil? " mata Kamal mula gelap, tetapi dia masih boleh merasakan, sesuatu yang amat tajam menembusi kulit mukanya. Dan Kamal terus tidur, buat selamanya.

(Hi, ini kali pertama saya bercakap selepas salah satu cerita saya di tayangkan. Terima kasih kepada pembaca cerpen saya ini serta orang yang telah mengikuti saya, berbanyak terima kasih, saya harap dapat menaip lebih, cuma takut mengarut lebih. Sebelum saya terlupa, saya ada menaip satu cerita panjang, harap kalian membaca dan memberi dorongan kepada cerita yang saya karangkan tu. Sekali lagi terima kasih (",) )

CerpenWhere stories live. Discover now