Terdapat seorang gadis yang cantik, tinggal di rumah dengan hanya bersama anjing peliharaannya untuk perlindungi.
Malam itu, didalam berita ada mengumumkan bahawa terdapat seorang pembunuh bersiri dikatakan berada dikawasan perumahan mereka.
Sebelum gadis itu pergi tidur, dia mengunci setiap pintu dan tingkap, tetapi tingkap di tingkat bawah tanah tidak dapat dikunci. Gadis itu memutuskan untuk membiarkan ia tidak berkunci, tetapi mengunci pintu ruangan bawah tanah dan pergi ke bilik tidur. Anjingnya pula seperti biasa berada di bawah katil.
Pada malam dia terjaga sebab bunyi titisan yang datang dari bilik mandi dia. Dalam keadaan mamai, gadis itu berasa tangannya dijilat oleh anjing peliharaan yang dibawah tadi dan tidur semula.
Gadis itu terjaga lagi disebabkan bunyi titisan tersebut, lalu dia mengulurkan tangannya ke bawah lagi dimana anjing berada, dia merasakan jilatan membuat gadis kembali tenang dan terus baring lalu terus tidur.
Sekali lagi, dia terjaga disebabkan bunyi titisan. Dia menghulurkan tangannya ke bawah dan merasa jilatan dari anjingnya. Perasaan muskil mula timbul apabila gadis itu fikirkan tentang bunyi titisan, dia bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah bilik air, bunyi titisan didapati semakin kuat apabila gadis itu menghampiri.
Gadis itu sampai bilik air dan menghidupkan lampu. Dia dikejutkan dengan suatu pemandangan yang mengerikan, iaitu tergantungnya dari muncung pancuran ialah anjing peliharaan miliknya dengan kerongkongannya dikerat terbuka dan darah menitis ke dalam tab mandi.
Sesuatu di cermin bilik mandi yang menangkap mata gadis tersebut, dia menjadi takut. Terdapat darah anjingnya pada dinding cermin tertulis sesuatu dan ia berbunyi ...
'Manusia juga boleh menjilat.'
Ni sebenarnya alih bahasa dari creepypasta yang bertajuk, The licked hand, harap kalian terhibur....