"Betul ke apa yang aku nak buat ni?" Joe berkata sendiri. Matanya melihat jam dinding. Ia menunjukkan sudah pukul dua lima puluh minit pagi. "Lagi sepuluh minit nak pukul tiga," katanya sambil memegang teddy bear.
Kini matanya beralih ke arah kertas yang diberikan oleh rakannya yang telah hilang selepas bermain hitori kakurenbo, sepertimana dia lakukan sekarang.
"Patung berisi beras, dah. Air garam dah standby dalam almari besar," Joe memerhati segala tugasan yang telah dilakukan. "Sekarang tinggal matikan lampu dan permainan pun bermula," dia tersenyum sinis.
Matanya kembali memandang jam ada tiga minit lagi sebelum pukul tiga. Joe melangkah ke dalam bilik air, berhadapan dengan baldi besar yang berisi air. Dia memegang anak patung teddy bear yang telah dijahit dan dililit dengan benang merah.
Kemudian, "Yang pertama adalah Joe, yang pertama adalah Joe, yang pertama adalah Joe," dan patung teddy bear itu dilepaskan ke dalam baldi berkenaan. Joe menutup semua lampu namun dibiarkan T.V terbuka tanpa siaran. Joe pun mula mengira dari satu ke sepuluh.
Joe kembali ke bilik air dan mengambil teddy bear itu sambil berkata "Jumpa pun," dengan nada berserta senyuman yang sinis. Joe mengeluarkan pisau lipat dari poket belakang dan menikam patung berkenaan sebanyak tiga kali sehingga bilah pisau itu menembusinya. Teddy bear itu dilepaskan semula ke dalam baldi bersama-sama pisau tadi.
"Giliran Danny seterusnya, giliran Danny seterusnya, giliran Danny seterusnya," Joe menutup lampu dibilik air kemudian berlari dengan cepat menuju kearah almari dimana dia telah sediakan air garam didalamnya.
Joe menyalakan lampu suluh untuk mengingati susunan air garam dalam gelas, air garam dalam botol, dua bilah pisau, seuncang serbuk garam dan sebuah remote control. Kemudian, lampu suluh itu pun turut dimatikan.
Dalam almari yang gelap, kedua-dua tangan Joe meraba pintu almari. Mencari selak pintu yang telah dua minggu dia telah sediakan. Pintu tersebut dikunci dari dalam. Sesudah itu, jarinya pula mencari sesuatu. Jari telunjuk Joe telah dapat mengesan sesuatu dan ditekannya. Rupa-rupanya sebuah I-Phone telah diletakkan pada pintu almari bertujuan dia melihat keadaan luar almari. Kini dia telah yakin, bahawa dia tidak boleh berpatah semula dan ingin mencari jawapan yang mungkin tidak disenangi.
Selepas lima belas minit, Joe mula terdengar sesuatu. Dia mula mengamati bunyi apa yang berlaku diluar. Kemudian matanya memandang kearah skrin I-Phone. Tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi, telinganya tetap mendengar sesuatu, seakan-akan bunyi ada seseorang yang berjalan.
T.V mula bersiaran. Dari satu siaran ke siaran yang lain disertakan dengan bunyi kanak-kanak ketawa. Selepas beberapa minit kemudian, keadaan mula senyap.
Joe mendapatkan remote control dan menekan butang yang pertama. "Hey Danny, tak nak cari aku ke," bunyi yang jauh dari kawasan Joe bersembunyi. "Kalau macam tu keluar la," suara itu seakan-akan menuju kearah suara yang Joe aktifkan sebentar tadi.
"Tumb!!" bunyi seperti jatuh. "Hey cepat la keluar," suara itu berbunyi lagi. Ia berbunyi seperti menahan marah. Joe menekan butang yang sama, rupanya radio untuk berkomunikasi telah ditemui. Joe mula menekan kedua.
"Marah ke Danny? Hahaha...." kali ini bunyi sesuatu dihempas. Dia pasti itu bunyi radio. "WOI TAK GUNA!!!! Keluarlah BINATANG!!!" Suara kali ini agak garau dari tadi.
Joe mula merasa takut kerana mesej yang berada pada radio kedua gagal disampaikan, malah dihancurkan dipertengahan ketika mesej penting mahu disampaikan. Joe kini nekad menggunakan radio terakhir yang berada didalam bilik yang sedang dia bersembunyi.
"Hey Danny, apa kau buat kalau aku ditangkap?" selesai sahaja soalan itu ditujukan, almari yang Joe bersembunyi telah menerima sesuatu. Joe mengundur ke belakang dan tangannya tersiku dinding almari. Kemudian almari tersebut digegarkan dan dipukul dari luar. "HAI JOE..... AKU TAU KAU KAT DALAM ALMARI NI!"
Suara itu amat jelas dan dia mengamati skrin pada I-Phone, ada sepasang mata bernyala dihadapannya. Dalam keadaan kelam-kabut, Joe meninggalkan remote control, teguk air garam, pisau disisip di pinggangnya dan uncang garam serta botol air diletak ke dalam poket.
"BUKA PINTU NI BINATANG!!" pintu itu diketuk bertubi-tubi sehingga pintu almari pecah, kemudian pisau terbang dari sisi almari tersebut dan terus melekat dinding. Terdapat sesuatu menyusuk pada pisau. Ia adalah patung yang digunakan dalam 'ritual' tadi.
"TAK GUNA!!! LEPASKAN AKU BINATANG!!!" suara itu datang dari patung tersebut. Seseorang sedang meletak sesuatu pintu masuk, kemudian berjalan ke arah patung. Perlahan-lahan sinar cahaya mengenai ke wajah orang itu. Dia adalah Joe. Joe terus menyembur air garam ke arah patung itu dan menjerit "Aku menang! Aku menang! Aku memang!"
Dia mengambil patung tersebut dan membawanya ke arah almari. Rupanya ada pintu rahsia untuk menuju ke ruang sebelah. Patung itu di celup minyak tanah dan diletak dalam satu belas besi. Kemudian dibakar patung tersebut.
Joe mula menyembur tempat-tempat lain menggunakan air garam dalam botol disekeliling rumah. Selepas itu dia kembali melihat patung tersebut. Dari raut wajahnya, menunjukkan kekecewaan. Bukan ketakutan ataupun kegembiraan.
"Sampai ke sudah tak ada jawapan," keluhnya sambil menabur lebihan serbuk garam ke arah api.
Setelah api itu semakin mengecil, Joe memadamkan api tersebut kemudian mengambil abu tersebut dan menghabiskan garam yang tinggal ke arah abu itu. Dibungkus dan dibuang ke tong sampah yang dijangkakan akan ambil oleh M.D.P.
Setelah semuanya selesai, Joe melangkah ke bilik tidur. Matanya semakin berat. Dia menuju ke arah laci dan mengeluarkan sepucuk surat. Joe kelihatan semakin letih dan meletakkan surat itu di atas almari kecil.
Dia terus merebahkan tubuhnya mengadap katil. "Tak guna... Sampai bila kau nak hantui aku Danny..." Joe bercakap tanpa menoleh. Di belakangnya terdapat pisau yang digunakan pada permulaan 'ritual'. Perlahan-lahan muncul satu bayangan kanak-kanak perempuan.
"Mana adil Joe main macam itu" kanak-kanak itu duduk di belakang Joe. "Sepatutnya Joe dah kalah, Danny dapat Joe tapi...." pada masa yang sama tangan kanak-kanak itu mencapai pisau yang berada di belakang Joe. Pisau itu ditarik keluar dan menikam Joe bertubi-tubi. "KAU MAIN TIPU!!!!!! AKU NAK BADAN KAU!!! AKU NAK BEBAS!!!!!" suaranya berubah menjadi garau.
Joe hanya membiarkan dia ditikam. Mulutnya mula memuntahkan darah. Namun senyuman terukir dibibir. "Sebelum ni kau dapat tubuh patung untuk bergerak, sekarang kau terkurung dalam tubuh manusia,". Bayangan kanak-kanak perempuan itu terus menikam Joe.
"Maafkan Joe mak, ayah,"
Tiba-tiba keadaan menjadi gelap dan Joe berdiri memegang teddy bear yang dibakarnya tadi. "Betul ke apa yang aku nak buat ni?" bibirnya bergerak sendiri dan matanya memandang ke arah jam. Ia menunjukkan pukul dua lima puluh minit pagi.
Didalam kepalanya bergema suara yang dia kenal. "Hey Joe, nak bermain dengan saya?" suara itu adalah suara Danny. Joe hanya memejam mata serapat. Namun segalanya berlaku sendiri tanpa keinginannya. Dan dia tidak dapat mengingati sudah berapa kali dia melalui peristiwa ini. Jemu serta bosan. Namun apakan daya, ini adalah perjanjian.
Ini adalah mimpi yang tiada penghujungnya.
Di sebuah hospital, dimana Joe berada didalam keadaan koma. Joe ditemui pengsan dengan sebilah pisau telah menyusuk di belakangnya. Sepucuk surat ditemui. Surat itu mengatakan bahawa jika sesuatu buruk yang berlaku berlaku keatasnya adalah keinginan mencari kebenaran dan tidak akan mencari pesalah yang melakukan. Beberapa radio didapati pecah, pintu almari yang juga pecah serta ada gumpalan kertas yang merujuk "Cara-cara melakukan upacara hitori kakurenbo,". Selain kesan tikaman, terdapat lingkaran yang terdapat di pergelangan tangan dan kaki. Seperti kesan jerut. Namun pada tempat kejadian tiada tempat tanda-tanda dia diikat. Kes itu ditutup selepas dua tahun.