Ruang

66 4 0
                                    

RUANGAN

Ada seorang gadis terjaga dari pengsannya dan menyedari bahawa dia tidak lagi berada di tempat sebelum dia dipengsankan. Gelapnya, ataupun aku yang belum membuka mata, fikir gadis itu. Tangan dia mula meraba wajahnya, untuk memastikan matanya telahpun terbuka. Tiba-tiba keadaan menjadi terang, gadis itu terkejut sementara kerana ia menyakitkan mata gadis berkenaan membuat dia separa menjerit dan tertunduk.

Akhirnya gadis itu merasakan bahawa tubuhnya terawangan, terapung. "Selamat sejahtera Cik Zulaika," suara lelaki menegurnya. Zulaika cuba membuka matanya perlahan-lahan, namun gagal untuk membukanya disebabkan cahaya yang terlalu terang. "Cik, perlahan-lahan cik, Cik Zulaika dah lama tidur," kata lelaki itu lagi. Kemudian, gadis itu terdengar bunyi 'clik'. "Cik, awak sudah boleh buka mata cik,". Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan.

Mata Zulaika mula menerima cahaya malap tersebut. "Cik Zulaika," suara lelaki itu menegur lagi. Gadis itu cuba memandang kearah lelaki tersebut, namun panik mula menyerang dalam hatinya apabila dia menyedari bahawa dirinya benar-benar terapung di suatu ruang yang amat luas. "Apa yang awak dah buat pada saya?!" Zulaika meminta penjelasan sambil menutup dadanya, apabila dia menyedari yang telah dipakaikan dengan baju yang ketat, berbeza dengan apa yang dipakainya sebelum ini. "Awak?!?" nada lelaki itu kedengaran lebih terkejut berbanding Zulaika yang kini berada ditempat yang dia tidak ketahui. "Umur berapa ni?!" tanya lelaki dengan nada tergesa-gesa.

Zulaika kini dalam keadaan bingung. Dia cuba memikirkan serba sedikit sebelum dia terlena. Perlahan-lahan gadis itu melepaskan pelukan, kemudian memandang tangannya. Wajahnya mengerut dan meraung. Mata lelaki mula membulat lalu mencari butang pelancaran, namun gagal. Tubuhnya tidak mahu mengikuti kemahuannya. Gadis itu berdiri tegak dengan tangan dihulur kerarah lelaki tersebut. Lelaki itu mula terkejut apabila ada beribu tangan lut sinar memegang. Gadis itu perlahan-lahan turun tanpa menurunkan tangannya.

"Sudah berapa lama aku ditidurkan!!?" Zulaika kini kelihatan benar-benar berang dengan lelaki tersebut. "Cepat CAKAP!! SEBELUM AKU HANCURKAN SATU BADAN KAU!!!!" tangan gadis perlahan-lahan mencekam tangannya, lelaki itu mula bercakap sambil menahan sakit, "Pusat kawalan! Experimant gagal!!!" selepas itu dia mula mengacip giginya kemudian meletupkan dirinya sendiri. Api marak memenuhi ruang disetiap korido, membuat seluruh kawasan terbakar.

Tetapi semarak mana pun api, ia tidak dapat menyentuh gadis tu malah tidak merasa akan panasnya api tersebut. Gadis itu mengangkat tangan kanan ke sisinya. Matanya memandang ke satu sudut. "Nama aku bukan Zulaika," perlahan-lahan tubuhnya bercahaya kemerahan. "NAMA AKU ADALAH PHOENIX!!" gadis itu menjerit ke sudut tersebut sambil menggenggam tangannya membuat dinding kanan pecah.

Serentak dengan itu, tubuh gadis itu melayang keluar ke arah dinding yang baru dihancurkannya. Tubuhnya yang menyala kemerahan tadi terpadam, sementara mayat lelaki tersebut terpelanting keluar, api terus lesap, dinding rosak juga ditarik keluar ke lubang tersebut. Gadis itu mula menumpukan perhatiannya, membiarkan tubuhnya melayang. Kemudian matanya bertukar dari coklat gelap menjadi warna emas sementara tubuhnya mengeluarkan api. Tangan gadis itu didepakan dan sepasang sayap terus menjelma.

Ketika itu, gadis tersebut mula terfikir sesuatu, 'kenapa aku ditarik keluar'. Kemudian jawapannya terjawap apabila dia terkeluar dari tempat itu, atau lebih tepat lagi kapal. Sekelilingnya gelap dan ada bintik-bintik cahaya. Sementara dirinya melayang. "Apa??!" gadis itu menjerit terkejut. Dia mula menjelmakan tangan halimunan dan mula mencengkam kapal angkasa tersebut, lalu menarik kapal tersebut ke arahnya.

Belum sempat kapal itu sampai, pinggangnya telah dicengkap kemudian ditarik membuatkan tangan halimunan tersebut hilang. Gadis itu melihat pinggangnya di lilit dengan besi yang besar dan ia terus disambung ke arah satu kapal kecil. Tangan mekanikal itu mula menarik gadis itu masuk ke dalam kapal tersebut. Gadis itu tidak mampu lakukan apa-apa apabila dia menyedari yang dia hampir kehabisan udara. Kemudian gadis itu pun pengsan.

Pelahan-lahan gadis itu membuka mata dan dia mendapati dirinya telah diikat ke sebuah meja. Tangan, kaki malah kepalanya juga diikat. Gadis itu cuba meronta, namun ia tidak memberi kesan. Dia cuba menumpukan perhatian untuk menggunakan kuasanya. Mata gadis itu mula membara terbakar, tiba-tiba pergelangan tangan serta kaki kesakitan seperti tenaganya ditarik keluar. Kemudian kepalanya pula dirasakan terbakar. Segera dia mematikan niatnya untuk membakar ikatan tersebut.

Tangannya disentuh. Gadis itu cuba memandang kearah siapa yang menyentuhnya, oleh kerana kesan tadi mata gadis itu terus terpejam. Kemudian dia terasa ada nafas di pipi kirinya. Kini gadis itu berasa sangat-sangat marah dan terus menggunakan kuasa 'Phoenix' dan membuka mata untuk melihat siapakah mereka. Ternyata tiada seorang pun yang dia kenal. Namun dia tau mereka adalah rakan kepada lelaki yang membunuh diri tadi.

Matanya memandang siapa yang berada disebelahnya. Apabila mata mereka bertembung, perasaan takut terus menyelubungi tetapi 'kuasa' gadis itu tidak dapat dimatikan malah terus marak. Gadis itu mula meraung kesakitan. Tubuhnya mula mengeluarkan cahaya. Orang yang berada disebelahnya mula menjarakkan diri dengan gadis itu. Perlahan-lahan mata gadis itu berubah dari berapi kepada bercahaya malah cahaya yang sama juga mula terpancar keluar dari mulut dan lubang hidungnya. Orang itu hanya menekan satu butang didahi gadis itu, kemudian ada satu buih yang besar mula meliputi tubuh gadis itu dan menggelamkan cahaya tersebut. Semua mula berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Namun hanya ada seorang sahaja yang berada disitu dia pergi ke satu butang dan menutup pintu tersebut. Kemudian dia memecahkan buih tersebut. Menyebabkan satu letupan bercahaya yang amat terang. "Cik Zulaika!?" jerit seorang staff yang berada diluar. Pintu itu kemudian dibuka semula dan melihat gadis yang berada diatas meja tersebut telah menjadi debu. Seseorang telah berdiri berhampiran meja tersebut. " Cik Zulaika, awak tak apa-apa?" salah seorang dari mereka bertanya kepada orang tersebut. "Ye, saya tak apa-apa. Lagipun speciment ini amat menarik walaupun gagal," balasnya

Wanita itu memandang kearah mereka. "Kamu tak perlu menamakan speciment-speciment kita dengan nama saya walaupun," mata wanita itu menunjukkan mata yang sama dengan gadis yang mati. "Saya memang Pheonix,". Rupa wanita itu agak berumur dari gadis tadi. "Tapi Cik, kita tak banyak masa," kata lelaki yang berkaca mata dihalang dengan satu gerakkan jari ke bibir oleh wanita itu. "Kita hanya perlukan data speciment ini" kata wanita tersebut sambil menunjukkan sehelai bulu pelepah oren. "Dengan ini kita boleh membina sut perang untuk askar-askar kita untuk menakluk semula bumi daripada burung-burung tersebut," kemudian menyerahkan bulu tersebut ke salah seorang yang berhampiran dengan wanita tersebut.

"Tak mengapakah kami musnahkan mereka?" dengan nada menahan sebak. "Tak mengapa, ini adalah permintaan pencipta saya," kemudian wanita itu mula mengalirkan air mata. Salah seorang mula dekat dan ingin memeluk wanita itu tetapi dihalang dengan tangannya. Tangan wanita itu terus hancur seperti abu. "Kalian, sepanjang saya mati dan dihidupkan semula, saya berasa bahagia bersama kalian," perlahan-lahan tubuhnya hancur. "Kalian jangan hidupkan saya lagi dan gunakan 'core' saya untuk musnahkan mereka,". Sesuatu terkeluar dari tubuh wanita tersebut dan terus hancur seluruh badan wanita tersebut.

Lelaki yang memakai cermin mata menghampiri abu wanita tersebut dan mengambil 'core' tersebut. Diwajahnya terukir senyuman yang paling sinis sekali. "Bodoh, kau bunuh bangsa sendiri," mereka semua mula terketawa. "Sekarang, kita dah ada senjata untuk bunuh bangsa mereka, bangsa wanita!!" mereka berlalu pergi dari kapal angkasa tersebut untuk menyertai perang antara lelaki dan perempuan.

CerpenWhere stories live. Discover now