Game Show

85 1 0
                                    

Dulu saya ada seorang abang, hubungan kami amat akrab walaupun umur kami berbeza 10 tahun. Semuanya berubah apabila saya ternampak abang seorang diri menonton tv pada lewat malam, dimana saya terbangun dari tidur untuk ke tandas.

Ketika itu saya tak dapat mengagak, apakah abang sedang gembira ataupun dalam ketakutan. Namun saya tidak mengindahkan tentangnya lalu pergi oleh kerana perut saya sedang memulas kesakitan.

Perlahan-lahan abang saya berubah, dari seorang yang ramah dan baik kepada pendiam dan sinis. Korang yang baca ni, mesti fikir yang saya tak sepatutnya bercakap pada abang kandung saya. Tetapi ini adalah hakikat yang abang saya, bukan, arwah abang saya berubah.

Abang dah lama meninggal, tetapi saya tak sangka bahawa abang yang dahulunya baik, selalu lindungi saya menjadi pembuli. Saya benar-benar sedih. Sehari sebelum abang meninggal. Reaksi muka abang berubah seperti seorang sadis. Rakan-rakan abang sering bertanya kenapa abang berperangai. Malam tersebut, saya telah mengikuti jejak abang memandangkan mak dan ayag telah keluar mencari seseorang yang telah boleh mengubat.

Apa yang memeranjatkan saya, abang berjaya menumbangkan semua samseng-samseng dengan hanya berkata-kata. Ada juga yang berang dan melulu menyerang abang, tetapi abang hanya mengelak dan menyentuh mereka dengan jari.

Secara tiba-tiba, abang seolah-olah tersedar tentang sesuatu. Lalu abang mengeluarkan telefon. Ketika itu cahaya dari telefon abang menunjukkan abang sedang dalam ketakutan, lalu berlari kearah saya. Saya pun mula berasa panik menggelabah lalu terlanggar sesuatu hingga terjatuh. Namun abang terus berlari keluar dari lorong.

Saya pun berasa pelik lalu berlari mengikuti abang. Sekali lagi saya panik, kerana mak dan ayah telahpun pulang ke rumah. Saya mula bimbang akan apa yang akan abang lakukan ketika itu. Tanpa berlengah, saya merempuh masuk ke dalam rumah. Didalam rumah kedengaran sunyi, amat sunyi menyebabkan perasaan seram menyelubung diri. Dalam fikiran saya ketika itu, 'Dimana abang bersembungi, di belakang pintu ini ke, di dalam bilik tidur saya ke,' pelbagai persoalan muncul setelah apa yang telah saya lihat sebentar tadi, menyebabkan dalam mood berjaga-jaga. Mata saya tertangkap satu sinar cahaya datang daripada ruang tamu. Perlahan-lahan saya melangkah. Apabila saya semakin hampir, saya terdengar suara abang sedang bercakap dengan seseorang. Ia bukan suara ayah, jadi saya cuba mengintai sedikit. Abang, hanya bersendirian berhadapan tv, seolah-olah merayu, disujud dan memegang kaki tv. Kemudian saya terdengar, "Perjanjian tetap perjanjian," serta-merta abang terangkat tinggi, seolah-olah abang telah dicekik. Kaki abang terhuyung-hayang sementara tangan abang memegang lehernya.

Saya terus capai pedang perhiasan ayah yang berada didinding dan terus menetak ke arah tv. Serta-merta abang terjatuh. Saya terus ke arah abang. Kemudian abang mengambil bilah pedang yang saya gunakan dan menusuk ke kiri saya. Saya terkejut. Abang terus menarik pedang tu. Selepas pedang yang abang tusuk ditarik, sesuatu telah menghempap saya selepas itu ia hilang.

Abang kelihatan ketakutan ketika itu, kemudian abang mengheret saya keluar dari ruang tamu. Selepas tiba di bahagian dapur, abang terus memegang kedua-dua bahu saya "Kau dengar sini," dengan nada berbisik, "Apa-apa pun berlaku, jangan berkata apa-apa," abang memandang tepat ke mata saya. Air muka abang penuh dengan kerisauan. "Dan jangan sesekali " belum sempat abang menghabiskan ayatnya, sesuatu telah menembusi dada abang.

Kepala saya terasa kosong apabila melihat bilah menembusi tubuh abang. Saya hanya ingat darah tersembur ke muka saya dan satu renungan merah menyala tepat kedalam mata saya. Pekara terakhir yang saya ingat adalah satu suara yang mengatakan 'Awak adalah yang terbaik diantara semua' sebelum saya dapat melihat badan saya berdiri berlumuran darah.Kepala saya terasa berputar-putar selepas jatuh ke lantai rumah. Diketika itu, saya pasti bahawa saya telah pun mati.

Tanpa aku sedari aku terjaga diatas katil, mata aku mula memerhati keadaan.sekeliling, aku didalam bilik tidur. Segera aku bangkit dari katil dan melihat keadaan teratur sementara, mama dan papa duduk santai berborak. Aku pun turun dengan tergesa-gesa menyebabkan mama dan papa terkejut melihat aku. Aku mula berasa tidak senang. "Mal kenapa tu??" mama bertanya dengan nada risau. Aku pun mula turun.dengan perlahan. Belum sempat aku duduk di sebelah mama, aku terperasan sesuatu. Sepanjang hidup aku, mama tak pernah memanggil aku Mal, dan kebiasaannya hanya memanggil adik, kerana aku amat manja dengan mama. Setelah duduk, hati aku terasa seperti dihancurkan, apabila digambar keluarga aku, tiada abang. Kepala aku mula pening. Pandangan mata aku mula gelap.

Semasa berada didalam kegelapan, aku dapat merasakan tubuh aku seperti terawang-awangan, kemudian ditarik keatas. Aku cuba menggerakkan badan aku, namun gagal seperti setiap empat kerat aku dirantai. Kemudian aku terlihat satu cahaya terang menghangatkan muka aku. Kemudian aku terdengar suara abang, "Adik, abang minta maaf sebab membuat adik begitu. Tapi itu untuk keselamatan keluarga kita, abang kena tanggung kesalahan abang. Abang ada tinggalkan sesuatu untuk adik, benda tu adalah jurnal abang sepanjang abang terlibat dan cuma adik sahaja yang tau dimana," sebaik sahaja cahaya itu menyentuh badan aku

Maaf, Jamal dah tak wujud lagi. Saya adalah penganti dia. Dia cuba memberitahu, bukan amaran kepada kalian dan jelas dia gagal. Kami telah menjangkakan pekara tersebut akan terjadi. Sedih kami ingin mengatakan dia adalah yang terbaik dari yang terbaik. Ok, kami dah tak mau bercerita pasal orang yang tak pernah wujud lagi, jadi saya ringkaskan. Korang yang akan membaca pesanan ini telah terikat dengan kami, seperti kontrak. Korang perlu mengambil gambar kematian atau kemalangan atau pembunuhan dan kami akan mengambil rakamam tersebut untuk diukur kadar kematian di hati korang. Jika tak mampu, korang lakukan apa yang melibatkan kematian dan kesensaraan mangsa anda dan kami akan merakam aktiviti korang. Pastikan korang tonton rakaman kami pada pukul 3, jika tidak, kami akan laku apa sahaja untuk menarik lebih untuk dijadikan staf kami..

CerpenWhere stories live. Discover now