Selasa, 15 Ogos 1995.Jumlah mangsa yang hilang semakin meningkat sejak kehilangan keluarga Dato' Sulaiman. Pencarian ini bermula apabila bilangan mangsa hilang tanpa sebarang kesan, pihak polis mendapat maklumat dari pemanggil misteri yang mengatakan sesuatu meragukan. Pihak polis meragui laporan tersebut, sehinggalah mereka terjumpa sebuah jurnal. Selepas pihak polis mendapati ia adalah bukan panggilan palsu, siasatan lanjut telah dilaksanakan. Pihak polis mendapati bahawa anak kepada Dato' Sulaiman, pernah bersama dengan mangsa sebelum dilaporkan hilang. Pencarian mangsa-mangsa masih lagi dilakukan dan suspek dalam kes ini, anak kepada Dato' Sulaiman, Za'karia, masih lagi diburu untuk tujuan siasatan.
**************
Pada suatu petang, ada dua orang gadis berdiri dihadapan sebuah banglo tiga tingkat, mengintai-intai keadaan sekeliling.
"Eh Ai, betul ke Zack ada kat rumah ni?" kata gadis yang berbaju sweater biru, sementara dia memakai jeans ketat berwarna biru gelap kepada kawannya yang berdiri disebelah. Ai, seorang gadis berpakaian blouse labuh biru laut dan memakai jacket kulit hitam. "Ada, kan Ai dah cakap pagi tadi, lagipun Ai dah janji dengan family Zack," Ai memandang sahabatnya, seakan-akan merayu supaya dia dapat kepercayaannya. "Jangan takutlah Mizah. Kalau Mizah takut, Ai jadi lagi takut," sambungnya lagi, sementara tangannya menggigil mencari sesuatu didalam bag tangan.
Mizah hanya memeluk tubuh sambil menggelengkan kepala melihat kerenah Ai yang terkial-kial mengeluarkan telefon pintar. Ketika Mizah menyelak rambut ke telinga kanan, dihujung mata kanannya terlihat suatu kelibat, lalu Mizah terus memandang kearah tersebut. Di tingkap rumah Zack ada sesuatu memandang mereka. Akalnya berfikir bahawa orang yang dilihat adalah Zack namun hatinya menafikan apa yang difikirkan.
Dengan perasaan yang tidak selesa menyelubungi dirinya. Apabila perasaan risau perlahan-lahan timbul, tiba-tiba bahunya ditepuk. Hampir melompat apabila gadis itu terlupa bahawa kawannya, Ai, ada disisinya. "Hey, chill la. Termenung ape tu??" tegur Ai sambil mencari apa yang sahabatnya perhatikan. Pada masa yang sama, Mizah berpaling ke arah tingkap yang dipandangnya tadi. "Tadi Mizah ada nampak.." kata-katanya terputus, sementara tangannya kaku dari mengangkat dan matanya mula meliar mencari, apabila kelibat yang dipandang telah hilang.
"What is it Mizah??" soal Ai lagi dengan nada kehairanan, sambil menyimpan telefon ke dalam bagnya. Mizah hanya merenung ke arah rumah tersebut dalam tempoh masa yang agak lama sehinggalah Ai menggoyangkan bahu Mizah. Mizah tersedar dari dunianya sendiri dengan perasaan agak cemas.
Mizah serta-merta meraba sweaternya dikedua-dua sisi. Kemudian dia pun bertanya kepada Ai, "RECORDING to what I hear, rumah Zack kan yang MULA-mula dibina sebelum rumah yang lain kan??" suara Mizah yang ada sedikit menjerit, membuat Ai agak terpinga-pinga seketika. "I don't know about it, oh, by the way Zack suruh kita masuk. He have wait us at," belum sempai Ai menghabiskan ucapannya, pintu pagar terbuka.
Mizah melihat Ai. Sementara Ai memandang tepat ke pintu rumah, sementara tangan Ai telah dilujur kehadapan. Mizah mula merasa cemas dengan tindakkan Ai. Perlahan-lahan, Mizah memandang kearah pintu, arah yang sedang Ai pandang. Seorang lelaki sedang berselubung menyukarkan Mizah untuk mengenalpasti siapakah itu. "Zack," Mizah terkejut apabila Ai menanggil lelaki berselubung itu Zack. Ai berjalan laju merentas laman menuju ke Zack, Mizah pula masih termanggu memikirkan sesuatu tersedar bahawa Ai telah meninggalkan dia, mula berlari mengikut kawannya. "Hah, hah, no need for you to came down for us, hah, hah, lagipun, parent you kan dah bagi kunci pendua kat Ai sebelum ni," kata Ai, kelihatan kedua-dua gadis itu tercungap-cungap berlari melintasi laman rumah Zack.
"Takpalah, lagipun mana boleh saya biarkan awak berdua berdiri lama-lama kat luar, zaman sekarang banyak kes-kes culik. Tambahan pula, awak berdua ni kan jelitawan kat sekolah," jawab Zack dengan senyuman terukir. " Dah jom masuk," jemput Zack kepada mereka. Ketika itu, Mizah mula berasa pelik kerana Zack sememangnya seorang yang lemah lembut ketika berbicara. Namun baginya satu perasaan aneh, kerana ratu salju sepertinya tak mungkin jatuh cinta. Tubuhnya meremang.
![](https://img.wattpad.com/cover/37149065-288-k692647.jpg)