Dari hari ke hari Khalid memikirkan apa yang harus dilakukan. Telefon bimbit berdering. Segera dia mengambilnya. Namun setelah melihat nama yang berada di skrin telefon, dia terus menutup dengan segera. Dia berasa resah dan matanya melihat jam. Ia menunjukkan pukul tujuh empat puluh lima minit malam.Telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini dia berasa lega lalu terus menyentuh butang jawab. "Hello Kim, lama lagi ke cepat la datang bawa bomoh tu sekali. Hari ni dekat dua ratus kali dia calls," dalam beberapa ketika Khalid menjawab, "Ok, cepat datang," dengan nada mendesak. Belum sempat Khalid ingin menyimpan telefonnya, tiba-tiba pintu Khalid diketuk. Apabila dia mahu membuka, pintunya diketuk sekali lagi.
Terlintas difikiran Khalid, tentang peringatan orang dulu-dulu. "Jika pintu diketuk satu demi satu, bermakna yang mengetuk itu bukannya manusia tetapi pocong,". Khalid berundur ke belakang. Pintu itu diketuk sekali lagi. Kini dia mula yakin dengan perpatah orang dulu-dulu. Matanya mula memandang tingkap. Terdapat banyak kelibat bayangan putih melintas.
Khalid mengundur ke belakang. Matanya terpandang ke arah dapur, keadaan dapur agak gelap. Kelibat putih telahpun kelihatan. Khalid menjadi cemas, dengan segera dia mencapai lampu suluh dan disulurkan pada kegelapan di dapur. Khalid ingin memastikan sesuatu, membuatkan dia pergi ke arah dapur. Khalid ternampak suatu lembaga di penjuru matanya lalu dia menoleh dan menyulur lampu suluh ke arah tersebut. Makhluk itu mengelak. Dengan pantas Khalid berlari untuk membuka lampu. Gagal, mungkin starter lampu rosak.
Dalam keadaan yang tidak diduga, makhluk putih yang dilihatnya tadi mula mendekati Khalid. Khalid menyulur lampu suluh ke arah makhluk tersebut. Makhluk itu cuba mengelak dari terkena cahaya. Ada ruang bagi Khalid untuk berlari ke ruang tamu.
Apabila dia berjaya tiba di ruang tamu, Khalid baru sahaja mahu menarik nafas lega, bekalan elektrik terputus. Khalid mula panik. Lampu suluh diacu bagi tujuan menghalau makhluk tersebut. Khalid berlari ke ruang dapur, mencari sesuatu. Kerana kuatir makhluk itu menghampirinya, lampu suluh diletak kemudian berlari jauh ke hujung cahaya. Mencari dan mencari, Khalid leka dan terlupa kenapa dia mencari.
Lampu suluh mula berguling dan Khalid sudah jumpa bertemu sesuatu yang dia cari. Bangun dan berlari ke arah lampu tetapi gagal apabila lampu suluhnya rosak. Khalid meraba tubuhnya. Tangannya terhenti, dikeluarkan sesuatu yang berada didalam poket. Telefon pintarnya. Diaktifkan rakaman video. Cahaya menyala di kedua-dua arah.
Telefon pintar Khalid dipusing-pusing kelilingnya. Sambil membawa tong kecil ditangannya. Bahu Khalid ditarik, secara spontan tangan yang memegang tong kecil menghayun ke arah belakang Khalid. Hayunan tersebut mengenai sesuatu. Tangan yang memegang telefon mengacu cahaya ke arah tersebut.
Khalid menapak kebelakang, mengigil ketakutan. "Shida..." Khalid terkelu seketika melihat dimuka skrin telefonnya. Tiada pun 'Shida' didalam telefonnya. Matanya membulat. Memandang 'Shida' yang dipukul tadi, hilang. Sesuatu telah menyentuh belakang Khalid. Dari sentuhan menjadi tolakkan keras. Membuat Khalid jatuh tersebam ke lantai. Telefonnya terlepas dan Khalid mula panik.
Khalid cuba merangkak, tetapi tubuhnya ditekan terus ke tanah. Khalid mula cemas. Dia cuba melihat kemana telefonnya, tiada dalam pandangan Khalid, seolah-olah ditelan kegelapan. Tanpa dia sedari, banyak kelibat-kelibat putih muncul dan menghampiri Khalid. Tubuh Khalid merasakan, berat yang menindihnya, bertambah. Kepalanya berceralu. Khalid mula menjerit ketakutan. Tiba-tiba, Khalid terdiam. Tangannya menyelup poket kiri. Pemetik api kini didalam genggaman. Api mula dipetik dan pada masa yang sama, berat di belakangnya juga bertambah.
Pemetik api telahpun berjaya dinyalakan, namum 'mereka' tidak turun. Khalid teringat akan tong kecil yang dibawanya. Basah, melekit. Tangan Khalid dibasahkan dengan cecair itu dan disatukan dengan pemetik api. Tangannya terbakar dan makhluk itu mula berundur satu demi satu. 'Mereka' berdiri menjauhi Khalid. Khalid berdiri menahan kesakitan. Ingin dipadamkan, dikuatiri makhluk tersebut mendekatinya lagi.
Ketika melangkah untuk mencari telefon pintarnya, Khalid tergelincir lalu jatuh. Dan dengan serta-merta, api menyambar ke cecair yang tumpah semasa usaha bangun. Secara tidak langsung tubuh Khalid juga terbakar, akibat terjatuh diatas cecair tersebut. Khalid cuba memadamkan api dengan cara berguling, tetapi api secara berterusan menyala. Secara tidak langsung, tempat yang dijadikan tempat cubaan memadam api mula terbakar. Di satu sudut, ada seseorang berdiri memandang Khalid terbakar.
"Shida!!! Maafkan aku!!!" Khalid meraung kesakitan. Perlahan-lahan lututnya menghentak lantai dan dia mula terdiam. Mata Khalid memandang sesuatu sudut. Shida, berada disana. Dan juga makhluk putih yang menyerangnya. Khalid mula mengecam wajah-wajah tersebut. 'Mereka' adalah mangsa dari perbuatan Khalid. Perbuatan syirik yang dilalukan, kianat, bunuh, rogol, Khalid kenal 'mereka' semua. Khalid terus terbakar.
******
Di suatu tempat yang lain, "Macam mana tok, dah selesai?" kata lelaki yang memakai kemeja merah terang kepada seorang lelaki tua serba hitam. "Dah," kata lelaki itu dengan nada berbisik. "Jadi Khalid mati terus la tadi?" tanya lelaki itu lagi dengan nada menahan gembira. "Ye," hanya jawapan ringkas. "Terima kasih tok," lelaki memakai kemeja merah bangun dan menghulurkan tangan kepada lelaki tua. Lelaki tua terlihat beberapa keping not RM100 ditangan lelaki tersebut. Secara spontan, lelaki tua itu tolak. "Aku buat bukan sebab duit, jadi baik kau pergi dari sini!!" lelaki tua itu berkata-kata dengan suara yang garau. Lelaki itu terkejut tetapi baginya, janji Khalid mati sudah cukup puas bagi dirinya.
Lelaki itu meminta diri, sementara lelaki tua itu pula terus duduk ditempat tadi. Selepas beberapa ketika, lelaki tua itu tumbang. "Shida... Maafkan ayah..." mata lelaki tua itu memandang arah pintu biliknya. Ada seorang gadis, berada dihadapannya. Lelaki tua itu perlahan-lahan menjatuhkan lututnya dan tertunduk, wajah lelaki tua itu mula menitiskan air mata. Dia itu adalah Shida. "HAKIM!!" ruang bilik itu bergema. "KAU SETERUSNYA!!!"
********
Keesokan harinya, ada sebuah kereta telah melanggar sebatang pokok. Lelaki itu memakai baju kemeja merah. Terdapat tulisan ditingkap sisinya. Ia mengatakan, "Maafkan Akim, Shida,". Kemudian, ada kematian berlaku di rumah lelaki tua tersebut. Lelaki tua itu dikatakan terkena serangan jantung. Sementara itu, terdapat seorang lelaki yang dikehendaki ditemui terbakar bersama-sama rumah yang didiami. Ketika dalam siasatan, mereka terlibat dalam kejadian kematian. Seorang wanita bernama.... Shida.
![](https://img.wattpad.com/cover/37149065-288-k692647.jpg)