Crush | Bab 3

148 8 3
                                    

BAB 3

SEJAM KEMUDIAN Hannah keluar dari perpustakaan bersama dua orang rakan pengawas perpustakaan yang dia kenal rapat. Mereka berbual untuk seketika di depan perpustakaan sebelum berpisah membawa haluan masing-masing. Hannah terus mengayun langkah kakinya ke arah kantin sekolah. Dia berjalan masuk ke dalam dewan sekolah yang kosong sebagai jalan pintas untuk menjimatkan masa ke kantin sekolah.

Sedang dia melalui kawasan tepi dewan tersebut, ekor matanya seakan nampak bayang tubuh yang dia biasa lihat. Hannah menghentikan langkahnya dan bergerak ke summer house di tepi dewan sekolah. Kelihatan Ezza, Hafieya dan Natalia sedang duduk di situ.

"Eh bila pulak korang tukar tempat ni?" tegur Hannah dengan kehairanan sebaik saja dia mendekat mereka bertiga. Serentak mereka mendongakkan kepala.

"Baru je ni, saja nak tengok kolam ikan buatan sebelah summer house ni." Jawab Hafieya sambil menyuap sekeping keropok lekor ke dalam mulutnya.

"Kau tak bertugas ke, Han?" tanya Hafieya selepas itu.

"Nope, minggu depan. Minggu ni junior form 4 dengan form 3 yang bertugas. Oh ada sorang senior form 5 jugak," balas Hannah sambil memikirkan tentang jadual bertugas pengawas perpustakaan di perpustakaan sekolah mereka.

Hafieya mengangguk dan mengangkat ibu jarinya.

Hannah terus mengambil duduk di bangku kosong sebelah Hafieya. Dia mengalihkan pandangannya terhadap Natalia yang sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku. Ezza pula duduk di sebelah Natalia. Dia sedang memerhatikan Natalia dan di depannya ada sebuah buku latihan, kalkulator saintifik dan sebatang pensel mekanikal berwarna ungu.

"Bak satu keropok lekor. Lapar pulak lepas habis mesyuarat tadi," Hannah terus merembat plastik berisi keropok lekor yang masih panas.

Hafieya membiarkan Hannah berbuat sedemikian Nama pun kawan rapat, masing-masing sudah terbiasa. Makan dan minum secara kongsi bukan satu perkara baru.

"Za, kau tengah buat apa?" Hannah bertanya kepada Ezza. Dari tadi tak berbunyi suaranya, kalau tidak Ezza paling terdahulu bersuara.

"Aku minta Talia tolong aku buat soalan Math mod ni,"

Terbatuk kecil Hannah dibuatnya. Hampir tersembur keropok lekor yang dia sedang makan. "Rajinnya kau," mata Hannah sedikit berair akibat batuk secara tiba-tiba tadi.

"Kan nak trial nanti," Ezza memuncungkan bibirnya. Dia pun tak berapa minat subjek ini tapi disebabkan peperiksaan percubaan SPM kian menghampiri, Ezza kena risaukan subjek yang dia tidak berapa kuasai ini.

Hannah terdiam begitu sahaja. "Talia, nasiblah kau bijak Math dalam geng kita. Fie? Kau punya Math mod ok tak?"

Hafieya membulatkan matanya, kemudian dia meletakkan kedua belah tangannya ke meja. "Bolehlah tapi aku kan ambil subjek Addmath, yang itu aku pening. Pergi tuisyen pun balik-balik aku pening." keluhnya.

Hannah angkat tangan kirinya. "Yang itu aku tak boleh komen apa-apa. Aku yang belajar Math biasa ni pun pening. Inikan pula kau dengan Talia yang belajar Addmath,"

"Fie, apa kata kau suruh Carl ajar je? Dia kan bekas top student SPM dekat sekolah dia!" tiba-tiba Ezza menyampuk perbualan mereka berdua.

Mendengarkan nama itu terus berubah wajah Hafieya. "Ish, nak suruh dia? Aku rasa ada yang akan bertumbuk dengan dia! Baik aku suruh abang aku je!" terjuih bibir Hafieya selepas itu.

Hannah menyimpul senyum usai mendengar kawannya itu mengutuk.

Hafieya mempunyai satu musuh yang berjiran dengannya sejak 5 tahun lepas. Namanya Carl Evander, seorang jejaka Melayu kacukan Jerman yang mempunyai ramai peminat di sekolah mereka. Carl dengan Hafieya jadi tak sebulu sebab peristiwa kucing milik Carl yang merosakkan kasut jenama Converse kesayangannya.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now