Crush | Bab 4

131 7 3
                                    

BAB 4

MALAM ITU Hannah dan keluarganya keluar makan malam di luar memandangkan semua kepenatan. Encik Hafsham membawa keluargnya ke sebuah kedai makan yang tidak jauh dari kawasan rumahnya. Usai memesan makanan dan minuman, masing-masing berbual untuk mengisi masa sambil menunggu pesanan siap.

"Liya nak tahu tak, petang tadi..." Encik Hafsham mula membuka cerita. Isterinya, Puan Ilya menjadi pendengar cerita yang berlaku pada petang tadi apabila suaminya pulang dari kerja.

Manakala Hannah dan Huda saling berpandangan, faham dengan situasi pada waktu itu. Abi mereka memang suka bercerita jadi mereka membiarkan saja dia bercerita. Tapi dalam keluarga, yang paling kecoh ialah Huda. Ada saja drama sebabak dua yang dia jadikan sebagai modal untuk hiburan mereka sekeluarga.

"Alahai kesian anak-anak umi ni." Puan Ilya mengusap kepala Hannah dah Huda yang sedang duduk di hadapannya.

"Tulah, kesian..." Huda membuat muka minta simpati.

Hannah sekadar senyum. Sebelah tangannya naik membetulkan tudung bawal berwarna hitam.

"Tak mengapa, anggaplah ini perjuangan kamu berdua sebagai pelajar. Lepas ini kalau dah habis belajar mesti rindukan suasana sebagai pelajar." panjang Puan Ilya memberikan nasihat kepada anak-anak perempuannya.

Dia dan suaminya pernah menjadi pelajar dan mereka mengerti susah payah dalam mengejar kejayaan untuk masa depan. Puan Ilya memandang ke arah suaminya, Encik Hafsham. Suaminya itu mengangguk tanda bersetuju dengan pesanannya. Mereka berdua saling bertukar senyuman seperti sedang berduaan bukan keluar bersama anak-anak.

"Alahai, dekat sini pun nak beromantika umi dengan abi ni!" Huda bersuara lalu menamatkan sesi bertukar senyuman antara suami isteri itu.

"Hisy kamu ni kan!" Encik Hafsham mencuit hidung anaknya. Ada saja benda yang Huda nak pertikai.

"Abi!" Terjerit kecil Huda apabila hidungnya dicuit. Selepas itu dia menjeling abinya yang bereaksi seperti tidak ada apa-apa berlaku.

Puan Ilya melepaskan tawa.

"Macam mana Huda punya kerja kursus? Dah settle?" Encik Hafsham bertanya.

"Oh, untuk semester akhir ni tinggal kerja kursus subjek Pengajian Perniagaan je. Penatlah perah otak, abi." Huda merungut. Memek mukanya dibuat sedih tanda mahu minta simpati dari umi dan abahnya.

Huda mengambil aliran sastera dan pakej utama subjek bagi program kelasnya ialah Seni dan ICT. Namun subjek Pengajian Perniagaan merupakan antara subjek teras dalam STPM jadi untuk semester terakhir ini dia perlu menghadap tugasan subjek itu pula. Itu belum masuk subjek MUET yang wajib diambil.

"Tak mengapalah Huda. Umi dengan abi faham. Jangan paksa diri kalau tak larat," Puan Ilya berkata dengan lembut.

Dia tahu Huda banyak berusaha untuk mengekalkan pointer selama dua semester sebelum ini. Semester ketiga merupakan semester akhir jadi pastilah anak sulungnya itu ingin membuat yang terbaik selain menghadapi peperiksaan bertulis dalam beberapa bulan akan datang.

Huda mengangguk.

"Hannah macam mana? Adik punya kerja kursus settle dah?" Encik Hafsham beralih ke arah anak bongsunya. Hannah memang lebih selesa menjadi pendengar dan tak banyak menyampuk. Dia kenal benar dengan anak perempuannya itu.

"Baru je hantar kerja kursus Seni Visual. Sains Rumah Tangga punya kerja kursus pun dah selesai. Tinggal nak hadap trial je, abi." terang Hannah sekaligus memikirkan tentang kerja-kerja kursus yang baru selesai disiapkan dalam beberapa minggu sebelum ini.

Hannah berasa lega kerana dia tak perlu serabut dengan segala kerja kursus yang diwajibkan untuk para pelajar yang mengambil aliran seni sepertinya.

Itu belum masuk perihal kelas tuisyen yang dia ambil di luar waktu sekolah. Penat memang penat tapi demi untuk memperbaiki prestasinya dalam pelajaran, Hannah terpaksa berkorban masa dan tenaga biarpun kadangkala ada rasa malas hadir dalam dirinya

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now