BAB 10
HANNAH menunggu Kash kedatangan untuk mengambilnya untuk makan tengahari dari tempat kerjanya. Dia dan Kash mula berhubung di telefon melalui WhatsApp dan telefon. Hannah cuba memberi peluang dan membuka hatinya untuk mengenali Kash dengan lebih rapat. Seminggu selepas mereka berjumpa, Kash mengajak Hannah keluar makan tengahari.
Apa yang Hannah tahu tentang Hiraz Akashah adalah lelaki itu bekerja sebagai seorang site engineer. Dia banyak menguruskan perihal projek yang berlaku di tapak pembinaan. Jadi memang kulitnya banyak terdedah dengan matahari. Hannah siap memberi tips supaya Kash pakai sunscreen selalu supaya tidak kena sunburn.
"Sayang jugak awak dekat saya eh?" Soal Kash melalui telefon. Kash mengubah bahasanya terhadap Hannah dengan menggunakan perkataan saya dan awak. Sebab Kash kata macam dia berkasar pula menggunakan perkataan aku dan kau kepadanya.
Hannah tidak kisah tapi ok juga kalau Kash cuba mengubah mengikut kesesuaian. Mereka kini sedang berada dalam fasa berkenalan.
"Eh siapa yang sayang awak?" Hannah membalas, cubaan menjual mahal berlaku.
Kash ketawa besar. Hannah mendengar tawa lelaki itu dengan senyuman terbit di bibirnya.
Bunyi telefon berdering membuatkan Hannah menghentikan lamunannya. Dia lihat skrin telefon pintarnya yang diletakkan tidak jauh darinya di meja ruang kerjanya.
Kash.
"Saya dah ada dekat luar," ujar Kash yang berada di dalam kereta. Matanya ditebarkan ke arah syarikat tempat Hannah bekerja manakala sebelah tangannya sedang memegang telefon yang didekatkan ke arah telinganya.
"Ok, kejap saya nak turun." balas Hannah sebelum mereka menamatkan panggilan.
Hannah mengambil beg tangannya dan berjalan dengan laju untuk keluar dari pejabat. Perlakuannya menjadi perhatian beberapa orang staf yang baru saja hendak keluar untuk makan tengahari.
"Amboi Hannah, tergesa-gesa nak ke mana tu?" tegur seorang staf lelaki di syarikat itu.
"Boyfriend ajak lunch!" jawab Hannah tanpa berfikir panjang. Dia sedang fikir tidak mahu membiarkan Kash menunggunya lebih lama. Kenapalah awal tadi dia tak tunggu di lobi saja? Katanya dalam hati.
"Aiseyman! Melepas! Dah ada pakwe rupanya!" Staf lelaki yang lagi seorang berkata dengan nada bergurau. Orang cantik seperti Hannah pastilah sudah berpunya.
"Aduh!" staf lelaki yang menegur Hannah mengeluh dalam kecewa.
Hannah tak mendengar dan suara-suara mereka bagaikan angin lalu yang menyapa telinganya. Setelah turun dari lif dan berlari anak ke lobi. Dia lihat Nissan Almera warna perak milik Kash sudah berada di luar.
"Assalamualaikum, sorry lambat." Sempat Hannah beri salam walaupun mengah kerana berlari turun dari aras atas. Itu pun nasib dia turun menggunakan lif. Tapi terasa jauh pula jarak dari bahagian dia bekerja dengan lobi di aras bawah syarikat dia bekerja.
"Waalaikumsalam, it's okay." jawab Kash sambil menaikkan suhu penghawa dingin di dalam keretanya.
Tali pinggang keledar dipakai dan Hannah menyandarkan tubuhnya terhadap kusyen di bahagian penumpang. Dia melepaskan nafas dan jadi kepenatan. Hannah pejam matanya buat seketika. Entah bagaimana Hannah betul-betul pejam sehingga terlena.
Kash di bahagian pemandu menggelengkan kepalanya dengan senyuman terhias di bibirnya. Dia terus memandu ke lokasi tempat makan yang ingin dia bawa.
HANNAH mengawal rasa segannya apabila kantoi tertidur di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke tempat makan.
YOU ARE READING
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)
RomanceHannah Insyirah, seorang gadis muda ditugaskan untuk menulis artikel mengenai topik 'crush', satu tugasan buatnya sebagai seorang wartawan junior. Mengimbau kembali kisah antara crushnya, Hannah sehingga kini tidak tahu akan nama si jejaka yang per...