Crush | Bab 8

123 9 6
                                    

BAB 8

2022

HANNAH bangun dari tidurnya. Mimpi yang dialaminya tadi membuatkan Hannah termenung buat seketika. Tak sangka pula dia boleh termimpi tentang kenangan semasa dia masih bersekolah. Persahabatan antara dia dan tiga orang kawannya juga membuatkan Hannah sekejap senyum sendiri dan terasa pahit dan manisnya bila mengenangkan semula segalanya. Kini semua sudah membawa haluan masing-masing.

Dan...satu lagi kenangan yang muncul dalam mimpi tidurnya membuatkan Hannah kembali merenung dinding warna putih di dalam bilik tidurnya. Sudah lama seseorang itu dia lupakan kerana itu merupakan memori Hannah sewaktu umurnya tujuh belas tahun. Entah-entah si dia itu sudah berumah tangga dan mempunyai anak berderet. Lagipun itu sekadar crush di zaman sekolah kan?

Topik artikel yang sedang ditulis olehnya seolah berjaya membuatkan Hannah kembali mengenang tentang crush yang dia pernah ada di zaman remajanya. Tapi sedikit kelakar kerana fikirannya mengingatkan Hannah melalui mimpi. Seakan memori yang seakan luput kembali masuk ke minda separa sedar lalu membuatkan Hannah teringatkannya pula.

Tangan Hannah meraba sesuatu di tepi bantal lalu sebuah telefon pintar berada di dalam genggamannya. Hari ini Sabtu, tahun 2022. Kenangan yang dia kenang itu merupakan peristiwa yang telah terjadi hampir sedekad yang lalu. Dia sudah lama habis sekolah dan juga telah menamatkan pengajiannya di peringkat universiti. Umurnya semakin meningkat dan banyak perkara sudah dia lalui menginjak dewasa ini.



MESEJ DARI Ezza di WhatsApp membuatkan Hannah melihat jam di skrin telefon pintarnya. Nasib mereka berjanji untuk berjumpa dalam waktu lepas Zohor jadi tak adalah dia terlewat. Awal pagi tadi selepas mendapat panggilan dari kakaknya, Hannah berbual untuk seketika sebelum menyambung tidur kerana rasa mengantuk masih bersisa.

Hannah membalas mesej dari kawannya itu sebelum bangun untuk membersihkan diri di bilik air. Waktu sudah hampir ke pukul tengahari. Nasiblah dia sedang duduk sendirian di rumah sewa, ini kalau di rumah keluarganya pasti umi akan melaung namanya dari tingkat bawah. Ah apabila mengingatkan kepada umi, rindu pula kepada keluarganya.

Untung juga Huda, kakaknya bekerja di negeri yang sama walaupun berlainan daerah. Tapi mereka masih dapat bertemu jika masing-masing mempunyai masa terluang pada hari hujung minggu.



"NUR HANNAH INSYIRAH!" laung seorang wanita dalam lingkungan umur pertengahan 20-an. Wanita itu berpakaian baju blouse warna hitam dan dipadankan dengan seluar slack warna hitam. Tudung bawal satin berwarna krim dengan corak abstrak elok terletak di kepalanya.

Hannah yang baru sampai di pintu utama sebuah pusat beli belah terus membuat muka terkejut.

Kawan siapalah ini, panggil nama macam panggil nama anak dekat mall je, gerutu Hannah dalam hati.

Dia berpakaian baju t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu dan jeans biru muda. Selendang warna hitam menjadi pilihan kerana senang nak dipadankan dengan semua warna.

"Ya, Cik Ezza Mikayla binti Ezuan," ujar Hannah lalu berjalan menuju ke arah kawan baiknya.

Hari hujung minggu sebegini semangat betul kawannya yang seorang ini. Kalau tidak kerana mereka sudah lama tidak berjumpa setelah Ezza mendapat posting sebagai guru di utara tanah air, mungkin dia akan membatalkan pertemuan antara mereka berdua. Ezza beria mahu turun ke Shah Alam kerana dia mahu berjumpa dengan Hannah.

Ezza terus peluk Hannah tanpa mempedulikan pandangan orang ramai yang sedang lalu lalang di sekitar kawasan pusat beli belah di bandar Shah Alam.

"Apa khabar, Han? Omg, kau makin cantik ya?" Ezza membelek tubuh Hannah, pipi gebu milik Hannah juga dicuit.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now