Crush | Bab 9

120 10 4
                                    

BAB 9

"KASH..." HANNAH panggil nama itu. Fikirannya mula melayang. Kembali ke zaman remajanya. Nama itu pernah dia tulis di dalam diarinya suatu ketika dahulu. Hannah pernah angau dan seringkali mengajak kawan-kawannya untuk belajar secara berkumpulan di perpustakaan awam. Demi mencari jejaka yang bernama Kash.

Untuk beberapa bulan, Hannah seakan pungguk yang merindukan bulan. Perubahan sikapnya tidak ketara tetapi Ezza pasti perasan dia sering mengajak mereka bertiga meluangkan masa di perpustakaan awam. Konon nak belajar sama-sama kerana percubaan SPM yang semakin dekat serta alasan peperiksaan besar itu merupakan penentu masa depan mereka.

"Ya, Hannah." Lelaki itu menyahut.

Hannah jadi cemas untuk seketika. Sudahlah tiba-tiba sahaja lelaki itu muncul di dalam hidupnya semula. Apa yang patut Hannah lakukan sekarang ini? Cabut lari atau berhadapan dengan crush yang pernah dia angaukan di zaman remajanya?

"Aku tahu kau terkejut tapi aku memang ada agenda aku tersendiri," Terang Kash dengan tenang. Riak di wajahnya kembali biasa dan ada senyuman terbit di bibirnya.

"Awak ada agenda apa?" Terkebil-kebil Hannah bertanya. Kemudian dia mula mencari kelibat Ezza yang sejak tadi hilang dari radar.

"Aku nak berkenalan dengan kau, boleh?" Terangkat kening Kash setelah itu.

Sekali lagi Hannah seakan tak mampu menggunakan kosa kata yang ada dalam fikirannya. Semua ini terlalu tiba-tiba! Kejutan apa ini? Ke ada rancangan prank nak kenakan dia?

"Hannah? Apahal pucat semacam muka kau?" Kash menyoal dengan cuak, risau gadis di hadapannya kekurangan oksigen dalam otak kerana terkejut atau sebab lain.

"Bagi saya lima minit untuk bertenang, maaf!" Hannah terus cabut dari situ dan mencari tandas awam yang tidak jauh dari kedai itu.

Kash yang ditinggalkan di rak dalam Kaison terkebil-kebil memandang gadis itu meninggalkannya sebelum dia meraup wajahnya. Adakah dia terlalu melebih tadi? Kash menarik nafasnya sebelum dia juga melangkah keluar dari kedai itu dan menunggu di kawasan sekitar. Dia berharap Hannah dapat bertenang.

Dia teringat akan kata-kata Huda, juniornya ketika di sekolah menengah dahulu. Hannah, adik Huda itu jarang sebut tentang lelaki dan dia lebih suka bergaul dengan orang perempuan. Hannah tak banyak berkongsi tentang cinta dan banyak menghabiskan masa duduk di rumah,kalau keluar pun pasti untuk bertemu dengan kawan-kawan rapatnya. Huda berpesan agar Kash cuba mengenali hati budi adiknya dulu. Walaupun mereka sudah lama kenal tetapi Kash perlu mengira dari segi perasaan Hannah.

Tengoklah tadi, macam dia terlebih sudu dari kuah. Tak menyabar nak berjumpa dengan si gadis itu.

Lima minit berlalu dan kelibat Hannah yang memakai tudung hitam keluar dari tandas awam. Gadis itu kelihatan ok sedikit dari awal tadi.

"Hannah," panggil Kash dengan perlahan.

Gadis itu tersentak dan pandang Kash dengan matanya membulat.

"Sorry, mungkin aku tak sabar tadi." ucap Kash dengan sedikit kesal.

"Ok, tapi macam mana awak tahu saya dekat mall ni?" Hannah ingin tahu, wajahnya penuh persoalan.

Kash menaikkan tangannya ke bibir sebelum berdeham.

"Aku risik dengan Huda." balasnya dengan sedikit rasa segan. Memang Kash minta Huda beritahu perihal Hannah kepadanya. Soal mahu memperkenalkan antara dia dan Hannah pun, dia minta Huda usulkan kepada adiknya itu.

Hannah mengangguk seakan tanda dia faham. Dahsyat betul kakaknya itu, jadi informan kepada lelaki ini pula.

"Saya ingatkan awak stalk saya. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat," Serius Hannah berkata. Kan zaman sekarang orang boleh buat pelbagai taktik untuk menipu orang lain. Mujurlah Kash beritahu tentang Huda, kalau tidak mungkin dia terus balik dan masih dalam ketakutan.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now