EPILOG
"TAHNIAH Han!" Ezza peluk kawannya yang sudah bertukar status pada sejam yang lepas. Dia pandang Hannah yang cantik dengan persalinan nikah serba putih. Wajah Hannah dirias dengan cantik oleh jurusolek yang diupah. Tak berlebihan tapi nampak jelita apabila dilihat. Aura pengantin baru dari Hannah terbias di wajahnya.
Ezza memakai baju warna merah jambu cerah, sedondon bersama Huda dan Hafieya yang tidak jauh dari mereka berdua.
Hannah membalas pelukan sahabat baiknya itu.
"Aku dah kahwin, Za..." Hannah rasa seperti dia sedang mimpi, segala-galanya berlalu dengan lancar. Majlis pernikahan diadakan di masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal keluarga Hannah. Semua ahli keluarga dari sebelah lelaki dan perempuan hadir untuk memeriahkan suasana.
"Tinggal lah aku dengan Talia membujang..." ujar Ezza dengan perasaan yang dia tak tahu nak dikategori sebagai sedih atau reda?
"Enjoy dulu hidup single," pesan Hannah dengan sengih.
"Choi! Untunglah jodoh mai dah..." Ezza buat seolah-olah dia menyampah, tapi gurau saja. Kawan baik dia kot!
Bercakap tentang Natalia...akhirnya mereka bertemu semula setelah hampir sedekad. Pertemuan yang membuatkan mereka kembali mengenang kisah masing-masing ketika remaja dan apa yang terjadi setelah semua membawa haluan sendiri. Dan tentang Natalia selepas kejadian yang menimpa dirinya.
"Hey korang," tegur seorang gadis berambut panjang. Wajahnya yang dilapisi solekan membuatkan semua memandangnya beberapa kali.
"Talia!" Hafieya datang mendapatkan Talia yang mendekati Hannah dan Ezza.
"Senyum!" arah seorang jurugambar yang kebetulan sedang mengambil gambar suasana hari pernikahan antara Hannah dan Kash.
Serentak mereka berempat berdiri di tempat yang sama dan menunjukkan senyuman paling manis untuk diabadikan sebagai kenangan pada hari penting buat Hannah. Selepas itu Huda juga masuk untuk bergambar dengan mereka.
Kash sedang berbual dengan Nazli dan beberapa orang tetamu lain di luar perkarangan masjid.
"Tahniah bro!" ucap seorang rakannya yang berbaju melayu. Bahu Kash ditepuk.
Kash mengukir senyuman. Hari bahagia dia dan Hannah tiba juga dan dia sah menjadi suami kepada Nur Hannah Insyirah binti Mohd Hafsham.
"Mana wife kau?" tanya rakan Kash yang lagi seorang. Siapa sangka Hiraz Akashah yang jenis tak suka bergaul dan bukan mesra sudah bertukar status yang baru!
"Tengah jumpa geng dia tu," balas Kash. Beberapa bulan sebelum ini banyak perkara terjadi, antaranya pertemuan Hannah dengan sahabat lamanya. Hannah sering bercerita tentang sahabatnya yang sudah lama menghilang tanpa khabar. Kash tahu Hannah seorang sahabat yang setia, lihatlah sekarang pun layan kawan dulu, nanti baru ingat suami yang sedang berada di luar masjid.
Rakan-rakan Kash ketawa. "Tak apalah, bro. At the end of the day, dia masih kepunyaan kau. Kan?" usik rakannya selepas itu.
Kash mengetuk bahu rakannya. "Dah, jangan nak melalut." Biar dia saja sebut Hannah itu dia punya, orang lain tak perlu sibuk.
"Eleh usik sikit pun tak boleh!" Nazli yang diam sebagai pemerhati, bersuara.
"Haa isteri kau pun hilang kan? Mana ingat suami dah!" ujar Kash dengan perlian.
"Diam!" Nazli mencerlung dua pupunya itu. Dia pula yang kena!
YOU ARE READING
𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)
RomanceHannah Insyirah, seorang gadis muda ditugaskan untuk menulis artikel mengenai topik 'crush', satu tugasan buatnya sebagai seorang wartawan junior. Mengimbau kembali kisah antara crushnya, Hannah sehingga kini tidak tahu akan nama si jejaka yang per...