Crush | Bab 6

109 7 2
                                    

BAB 6

DALAM BEBERAPA minit Hannah memulakan pembacaan, dia mendapati novel yang dibacanya sangat menarik jalan ceritanya. Hannah membacanya dengan penuh minat sehinggalah kedengaran satu suara memanggil namanya.

"Han! Sorrylah lambat. Awal betul kau gerak!" suara Ezza memecah keheningan di tingkat atas perpustakaan awam.

Hannah menaikkan jarinya ke bibir. "Shh!"

Ezza menekup mulutnya, sempat dia sengih tanpa rasa bersalah. Dia terus mengambil duduk di kerusi yang berada di hadapan Hannah. Dia berpakaian baju t-shirt lengan panjang berwarna krim dan seluar jeans biru yang dipadankan dengan tudung bawak bercorak warna lavender.

"Novel ni eh, aku dah pinjam sebelum ni. Best!" ujar Ezza selepas mengintai tajuk novel yang sedang dipegang oleh Hannah. Ibu jari kanan dinaikkan.

Hannah mengangguk. "Aku baru baca sikit, tapi okey jugak,"

"Kalau nak pinjam, guna je kad aku. Aku ada kad keahlian dekat sini," Ezza mengenyitkan matanya.

Hannah maklum akan perkara ini kerana dia biasa menemani Ezza datang ke sini untuk gadis itu meminjam novel. Kadangkala Ezza akan pinjamkan novel yang sudah dibacanya kepada Hannah. Ezza kata ada masanya dia akan pinjam novel sama ada dari perpustakaan awam ini atau dari ibunya yang juga seorang pembaca tegar.

Kalau tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke dalam nasi, itu ayat yang sesuai buat Ezza kerana minatnya itu terdidik dari ibunya sendiri.

"Okey," balas Hannah.

"Rajin kau bawa buku latihan," tegur Ezza setelah melihat meja yang ada barang kepunyaan Hannah.

"Saja je, kotlah dalam masa ni boleh buat latihan kejap. Eh kau jugak yang kata aku boleh study dekat sini," selamba Hannah berkata.

"Haha aku pun terlupa apa aku cakap haritu,"

Ezza sekadar sengih. Dia tahu sangat akan perangai Hannah yang rajin walaupun mereka sekadar ke sini untuk menemaninya meminjam novel. Sedang mereka berdua berbual, kelihatan beberapa orang remaja lelaki dan perempuan naik ke tingkat atas. Salah seorangnya Hannah kenal kerana seseorang itu merupakan kawan kepada kakaknya Huda.

"Hai Hannah!" tegur seorang perempuan berbangsa Cina dengan nada mesra.

"Hai kak Jenny," Hannah senyum kepada perempuan yang dipanggilnya Jenny.

"Datang sini study juga ke?" soal Jenny kepadanya. Gadis Cina itu berpakaian baju t-shirt lengan pendek warna hijau dengan seluar jeans warna hitam.

"Saja datang teman kawan," jari telunjuknya ditunjuk ke arah Ezza.

Ezza menaikkan jari telunjuk dan jarinya tanda peace dan di bibirnya terukir sengih.

"Oh begitu. Okey enjoy your time!" Jenny terus berlalu meninggalkan Hannah dan Ezza dan berjalan ke arah kumpulannya.

Hannah melihat ke arah kumpulan tersebut dan kelihatan kakaknya Huda dan mereka yang lain berbual. Selepas itu dia kembali fokus ke arah mejanya. Bunyi kerusi dari Ezza membuatkan Hannah ikut memandangnya.

"Aku nak tengok novel sat," Ezza terus ke arah rak yang menempatkan koleksi novel bahasa Melayu.

Hannah membuka kembali halaman novel yang dia sedang baca tadi untuk meneruskan pembacaan.



SETELAH ITU, Hafieya juga sampai di perpustakaan awam itu selepas itu. Dia menegur Hannah yang sedang duduk di meja dan berlalu ke rak novel untuk mencari Ezza. Tinggal Hannah di situ keseorangan. Hannah menamatkan pembacaannya. Cadangnya mahu membuat latihan dalam buku latihan Sejarah pula.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 (𝗖)Where stories live. Discover now