Kepada pembaca baru, saya katakan hai! Kepada pembaca lama, saya ucapkan selamat hadir kembali. Bab kali ini saya tuliskan dan bakal diletakkan pada kedudukan muka surat pertama demi memudahkan pembaca untuk faham cerita ini.
Saya minta maaf kepada yang tidak faham akan konsep cerita ini kerana saya tidak terangkan secara specific sebelum ini. Maka, saya menuliskan penerangan di sini. Andai masih tidak faham, silakan bertanya ya, jangan segan-silu sayangs!
Noctu Aviary adalah dunia yang berkonsepkan medieval. Manusia-manusia bersayap tinggal di sini dan menjalani kehidupan seharian seperti manusia biasa. Di dalam Noctu Aviary, terdapatnya empat kota iaitu Kota Flightwest, Kota Aveast, Kota Northwing dan Kota Feasouther.
Penduduk dunia ini mengamalkan alchemy yakni 'kimia'-lah dalam bahasa kita. Mereka menggunakan teras element untuk mencipta sesuatu atau menggunakan magis.
Apabila mendewasa, setiap manusia di Noctu Aviary harus memiliki kelebihan yang dipanggil sebagai 'job'. Jika kita fahami konsep medieval, 'job' yang ada adalah seperti mage (pengamal sihir), mancer (pengguna magis), warrior (pahlawan), healer (penyembuh), dan sebagainya...
Dalam cerita ini, kalian mungkin akan faham job-job yang ada kerana ia perkara biasa didengar. Namun jika ia pelik, kalian cari sahaja di Google. Pasti keluar maksud dan contoh yang ada.
Bagi saya tunjukkan teras element yang digunakan dalam cerita ini :-
- Pyro (Api)
- Hydro (Air)
- Necro (Mayat)
- Anem (Angin)
- Photo (Cahaya)
- Geo (Tanah)
-Dendro (Tumbuhan)
Selain daripada menguasai element, setiap manusia juga harus memiliki senjata yang boleh digunakan dan sesuai dengan element mereka. Sebagai contoh, anemancer (pengguna magis teras angin) yang menggunakan kipas sebagai senjata mereka agar mudah untuk berlawan.
Namun, penggunaan senjata juga ada tahapnya. Contohnya, sebelum seseorang itu menjadi Planetary Mage (pengguna sihir cakerawala), mereka akan berada di tahap yang dinamakan sebagai Astrologer (peramal). Pada waktu mereka menjadi Astrologer, senjata yang digunakan hanyalah tongkat sakti kecil (wand). Apabila mereka telah berjaya menjadi Planetary Mage, barulah mereka boleh menggunakan tongkat besar yang dikenali sebagai wizard staff.
Berdasarkan penerangan perenggan sebelum ini, pasti kalian juga memahami bahawa 'job' turut memiliki tahap. Tidak semua, hanya beberapa sahaja.
Jadi, sudah faham? Saya harap penerangan ini agak jelas buat kalian. Namun jangan risau, segala soalan akan saya jawab dengan hati yang terbuka.
...
Dan ya, saya minta maaf sangat kerana tidak update hampir setahun. Sibuk sangat dengan HTBL dan juga buku fizikal! Saya minta maaf sangat-sangat sejuta kali. Pelepah Emas ini anak emas saya tapi itulah, busy mendewasa kan? Cia cia ><
InsyaAllah dalam minggu depan saya beraksi kembali. Jangan lupakan saya di sini!
YOU ARE READING
Pelepah Emas
FantasyNoctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasouther. Penghuninya bukan biasa-biasa, mereka mengamalkan teras alchemy yang berbeza-beza. Apa yang istimewanya tentang dunia ini adalah setia...