Bab 9

7 0 0
                                    

"Ezra, bangun."
Lelaki disebelah aku itu membuka matanya perlahan-lahan dan menggeliat. Sudah jam 6:00 pagi, dan Ezra masih tidak bangun walaupun alarmnya berbunyi sejak 5:30 pagi lagi.

"Sekejaplah.." dia merungut dan menarik selimut untuk menutup mukanya.
"Lailahaillallah. Bangun, Ezra Hafran." aku ulang sekali lagi sambil menarik selimut itu darinya.
"Mengantuk.." dia berbisik halus.
"Pergi solatlah. Subuh dah lama dah ni. Mandi apa semua sekali. Busuk." aku mengusiknya.
"Eh, mana ada busuk!" Ezra terus bangun dan duduk.
"tak ada, awak belum mandi. So, still busuk." aku ketawa melihat Ezra menjelingku. "Dah siap nanti turun bawah. Saya nak buat sarapan sekejap." aku sambung ayat aku sambil senyum. Setelah itu, aku pun membuka langkah untuk turun ke tingkat bawah dan menyiapkan sarapan untuk kami berdua.

Setelah kira-kira 40 minit, Ezra pun masuk ke dapur.
"Good morning, Sya."
"Morning, Ezra." aku membalas sapanya.
Sebentar lagi, dia datang berdiri sebelah aku.
"Cuba pandang saya sekejap." kata Ezra. Aku pun menoleh dan memandangnya. Tiba-tiba, Ezra mendekatkan bibirnya ke dahiku, berhenti dalam kira-kira 5 saat kemudian berundur.
"Tu es mignon." Ezra kata kemudian pergi duduk di meja makan.

Lantaklah tentang apa yang dia sebut tadi. Dia cium dahi aku?!

Aku hanya tercegat disitu, pipi aku terasa panas sekali lagi. Kalau macam ini gayanya, aku boleh demam. Pagi-pagi lagi dah buat hal.

Aku mengambil nafas panjang-panjang, sebagai ikhtiar untuk menenangkan diri. Pinggan dan cawan aku bawa ke meja makan, lalu meletakkannya perlahan-perlahan.

"Nasi goreng je, boleh?" kata aku. Aku agak segan dan takut untuk masak untuknya. Apatah lagi, yela, anak orang kaya kan. Kucing dia pun makan Royal Canin, anaknya makan apa untuk sarapan? Wagyu A5?
"Boleh, sayang. Thank you." ucapnya lembut. Pandangan Ezra tertumpu pada nasi goreng dan air kopi yang aku sediakan, sebelum dia menadah tangan untuk membaca doa makan.

Aku tidak berkedip melihat dia, curiga dengan apa reaction dia bila dah makan masakan aku.

Ezra mengambil sudu.

Alamak.

Ezra bau dulu nasi goreng itu.

Eh eh, mamat ni, ingat aku racun nasi goreng dia ke?

"Ha, tak nak makan ke? Nak tengok je?" Ezra menegur aku.
"Makanlah dulu." aku membalas. Dia hanya senyum sedikit sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sendiri.

Setelah beberapa saat, dia berbicara.
"Sedap."

"ceh, itu saja?" kata aku sambil menjelingnya. Aku ingat dia nak puji lebih-lebih, sekali dapat pujian sepatah perkataan tu je.
"Okay, sorry. Jap eh semula eh." Ezra kata sebelum menyuapkan sesudu lagi nasi dalam mulutnya. "Masyaallah sedapnya nasi goreng niiiii, pandai laaa sayang saya masak. Subhanallah, untunggg saya dapat isteri--"
"OKAY, CUKUP!" aku memotong pujiannya. "kena tegur dulu baru nak puji lebih-lebih. Hmph."

Ezra hanya gelak melihat gelagatku.

"Hari ni saya nak pergi pejabat. Sekejap lagi, umi datang tau." Ezra memulakan tutur bicara.
"Umi datang? Untuk apa?" aku bertanya kepadanya.
"Entahlah. Umi cakap nak datang, saya bagi je la."
"Oh. Ha tak apalah kalau macam tu. Sekejap lagi saya kemas rumah sikit. Umi seorang je kan?"
"Ya, sayang."
"Jangan panggil macam tu boleh tak?" aku berkata sambil menjelingnya. Maklumlah, dulu bermusuh. Tiba-tiba sekarang dah boleh bersayang-sayang. Macam ada pengalaman je. Ke dulu dia ni playboy di universiti?
"Tak boleh. Nak panggil jugak." balasnya. Degil pulak dia ni.

Habis sarapan, dia berangkat ke pejabat.
"Ha, meh." katanya sambil menghulurkan tangan kepadaku. Aku menyambut tangannya dan mencium tangannya dengan lembut. Ezra kemudian mengangkat mukaku dengan memegang daguku, lalu ditatap buat beberapa saat.

"Errr... Ezra..?" kata aku dengan suara yang perlahan.
"Shhh.. I'm admiring God's creation."  bisiknya. Pandangannya tidak beralih dari mukaku.

Fulamakkkk tiba-tiba rasa macam Malaysia ada musim panas. Panasnyaaaa rasaaaa.

"Eh sudah, pergi kerja la." kata aku sambil mencuit lengannya. Ezra gelak kemudian mengucup dahiku.
"Assalamualaikum." katanya sebelum memasuki kereta.
"Waalaikumussalam."

Setelah dia pergi, aku masuk semula ke dalam rumah untuk mulakan rutin sebagai surirumah. Entah sampai bila mahu jadi surirumah sepanjang masa. Kesian pulak pada dia, hanya dia yang keluar mencari rezeki.

Aku mulakan pagi dengan mengemas dapur. Mencuci semua pinggan dan kuali yang digunakan, mengelap kaunter dapur dan meja makan. Kemudian, aku beralih ke ruang tamu untuk menyapu lantai. Akhir sekali, aku menyembur pewangi fabrik pada sofa dan langsir. Alhamdulillah, wangi semerbak rumah aku.

Aku menoleh pada jam. Sempat lagi ni kalau aku nak mandi sebelum mama dia sampai. Aku cepat-cepat pergi mandi, dan pakai baju yang elok sikit. Tepat-tepat aku siap mengurus diri, ada orang memberi salam dari luar.

"Assalamualaikum!"

Sudah ku kenal suara lembut itu. Umi Ezra.

"Waalaikumussalam, umi." balasku dengan lemah lembut sambil aku membuka pintu.

"Ya Allah menantu umiii." katanya sambil memeluk aku. Aku hanya gelak kecil sambil membalas pelukannya.

Senyum ku pudar sedikit apabila aku sedar kehadiran seorang perempuan dibelakang umi. Aik, seingat aku, Ezra kata Umi datang berseorangan saja.

"Siapa ni, umi?" aku bertanya dengan lembut.
"Oh, ni namanya Alesha. Anak kawan umi, baru balik dari UK." umi menjawab.

"Alesha, ini Raisya. Menantu baru umi, isteri Ezra." umi perkenalkan aku padanya. Aku hanya senyum, tetapi mukanya agak bengis.
"Hi." aku cuba menegurnya sambil menghulurkan tangan, dengan harapan untuk bersalam dengannya.

"Huh." Alesha mendengus, kemudian ditepisnya tangan aku, dan terus masuk ke dalam rumah aku. Eh, banyak cantik nampak?

Walaupun sudah menggelegak darah aku ni, aku bersabar. Semua sebab umi ada didepanku.

"Maaf ye, Raisya. Dia tu tengah culture shock lagi kot." tutur umi dengan lembut, bergurau dengan niat untuk release tension.
"Faham je umi. Tak apalah, bagi dia masa." kataku dengan lembut.

Eleh, depan mak mertua betullah baik. Kalau ikut ke hati mahu aku sebat perempuan tu dengan hanger, biar pandai adab sikit.

Kami bertiga duduk diruang tamu, walaupun hanya aku dan umi yang bersembang. Alesha? Matanya melilau seolah-olah scanning rumahku.

"Raisya, tandas dekat mana, ye? Umi nak gi tandas."
"Ada je menghala ke dapur tu umi. Pergi je." balasku. Umi mengucapkan terima kasih dan bangun, lalu meninggalkan ruang tamu untuk ke tandas.

Tinggal aku dengan Alesha. Selepas beberapa saat tiada suara yang berbunyi, dia memulakan tutur bicara.

"So, you wife Ezra?" katanya dengan suara yang agak kasar.
"Alhamdulillah, yes." jawabku dengan senyuman.
"Hm.. Nak kata kaya, tidak. Rupa pun biasa-biasa saja. Kerja pun tidak. You sihir Ezra, or what?" perlinya. Boleh tahan eh, tajam lidahnya.
"Saya pun tak tahulah. Tapi jodohkan, takkan nak menidakkan takdir tuhan?" jawabku. Ya Allah kau tebalkanlah kesabaran seketul Raisya ni. Kalau tidak ada yang ditarik-tarik rambut blonde yang entah berapa kali bleaching tu.
"Ini namanya jodoh salah alamat. Elok nak kahwin dengan I dulu, tiba-tiba pergi lari dekat perempuan tak guna macam you. Rugi, rugi.." katanya sambil senyum sinis.

Hah? Kahwin dengan dia dulu? Lari dekat aku?

Ezra, what did you do?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemilik Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now