e - origami ² ; paper plane.

13 3 3
                                    

About them and his last paper plane.

-

-

-

DANISH pandang Dania. Dania pandang Danish. Kemudian memalingkan badan mereka daripada memandang antara satu sama lain.

Kedua-dua pasangan kembar tak seiras itu mendengus marah.

"Kenapa Nish makan coklat Nia!"

"Tu coklat Nish bukan coklat Nia!"

"Uncle Syakir beli coklat tu untuk Nia bukan untuk Nish!"

"Tu coklat Nish la!"

Dania menghentak-hentakkan kakinya lalu menapak ingin keluar dari bilik. Tak puas hati dengan kembarnya. Dania nak coklat tu!

"Itu coklat Danish-" Danish memegang dadanya yang tiba-tiba diserang rasa sakit yang kuat.

Dania yang sudah berlalu pergi tanpa memaling pada Danish terus meninggalkan Danish yang sedang terbatuk-batuk. Mahu mengadu pada daddynya.

Danish melihat pintu yang perlahan-lahan mahu menutup dengan memanggil bapanya perlahan.

"Da... Daddy..."

***

"ENCIK Haqeem tak perlu risau. Keadaan kesihatan Danish sudah stabil. Cuma, jangan bagi Danish tertekan dan kalau boleh jangan bagi dia stres. Kita tak tahu sejauh mana Danish boleh bertahan," kata doktor yang merawat Danish. Haqeem memandang anak kembarnya yang sedang tidur di atas katil.

Keluhan dilepaskan. Oh tuhan...

"Tadi Danish dan Dania bertengkar tentang coklat. Silap saya juga tadi sebab lupa nak belikan untuk Nia. Sorry, Qeem," Syakir di sebelah menunduk kesal. Belakang kepala digosok.

Tak fasal-fasal anak rakan baiknya sakit semula.

"Tak apa. Lagipun Nia tu kadang-kadang boleh tahan keras kepala juga. Bukan kau tak tahu, Kir. Tak apa." Haqeem meredakan kekesalan Syakir. Bahu Syakir ditepuk.

Salah dia juga sebab selalu memanjakan Dania dan boleh dikatakan berlebihan. Apa yang Dania mahu semua dibelinya. Mesti dipenuhi permintaan anak gadis kecilnya itu.

Lain pula dengan Danish. Danish jenis yang kurang bergantung, sama seperti mamanya. Jarang meminta tidak seperti Dania.

Tapi, ikatan adik-beradik antara Danish dan Dania tak ada yang dapat pisahkan mereka. Haqeem ingat lagi apabila Danish terpaksa dimasukkan ke dalam hospital dan perlu tinggal di wad selama seminggu.

Pada malam pertama mereka, meraung Dania dibuatnya kerana tidak dapat berjumpa dengan Danish. Danish pula tidak dapat tidur kerana risau Dania ketakutan kerana cerita dongeng raksasa yang tinggal di bawah katil kanak-kanak yang diceritakan oleh rakan mereka.

Dania yang sedang terlena disisi Danish dipandang Haqeem. Haih... Kalaulah Bella ada sekarang. Pasti Dania tidak bertengkar dengan Danish. Air mata dipipi Dania dikesat perlahan tak mahu membangunkan anak kecil itu.

"Qeem, aku kena balik dulu ni. Ada emergency dekat rumah. Aku gerak dulu. Pasal Dania tu, nanti aku pujuk dia, ya? Assalamualaikum!" Syakir beredar meninggalkan bilik yang menempatkan Danish. Meninggalkan tiga beranak di bilik itu.

Kaki melangkah ke katil Danish. Punggung dilabuhkan, mengambil tempat di sebelah Danish. Kepala Danish diusap lembut. "Maafkan daddy, sayang."

"Daddy tak salahpun. Nish yang salah sebab makan coklat tu."

narrative.Where stories live. Discover now