a - origami ¹ ; paper crane.

112 12 14
                                    

About him and his paper crane's sender.

-

-

-

LAGI?

Syakir memandang datar ke arah origami burung jenjang itu. Dia menoleh ke kiri dan kanan, mencari manusia yang meletakkan 'sampah' di atas mejanya.

Tidak menjumpai pelakunya, Syakir melepaskan keluhan. Origami itu diambil lalu dibelek tanpa minat. Sebelum ni kecil je, hari ni besar pula origami yang diletakkan.

Masuk hari ini, sudah dua tahun dia menerima origami berbentuk burung jenjang ni. Selama dua tahun jugalah dia meneka siapa yang memberi kertas lipat tersebut.

Sedang dia membelek origami tersebut, satu tulisan di bawah sayap kanan burung itu menarik perhatian Syakir.

Unfold the paper crane.

Kenapa nak dibuka pula lipatan origaminya?

Syakir menggelengkan kepala. Nantilah dia buka. Buku teks sejarah diambil dari bawah meja. Mata pelajaran sejarah bakal bermula tidak lama lagi.

***


DI satu sudut di belakang kelas, Maya melipat kertas dengan tekun. Langsung tak menghiraukan bunyi bising yang dikeluarkan oleh rakan-rakannya. Apa yang dia tahu, lipatan kertas yang dilakukannya kemas dan menjadi.

"Baik semua! Sila duduk di tempat masing-masing." Guru yang bakal mengajar subjek matematik itu masuk dan mengarahkan pelajarnya duduk. Kedengaran suara tidak puas hati dari pelajar. Guru muda itu hanya tersenyum.

"Saya nak buat pengumuman sedikit. Esok saya tiada dan akan ada guru yang ganti tempat saya. Dan disebabkan saya tiada esok, saya nak awak buat kerja yang saya akan tinggalkan di atas meja saya," khabar guru itu. Maya yang ralit melipat kertas dipandang guru itu.

"Maya, saya akan serahkan tugas untuk agihkan handout kerja esok kepada awak," arah guru itu. Maya senyap.

"Maya? Awak dengar tak?" Seisi kelas memandang Maya. Rakan Maya yang duduk di sebelah Maya mencucuk pinggang Maya.

"Ah! Bella ni kenapa?!"

"Cikgu Laila tengok kaulah, Maya."

Maya memandang ke hadapan. Kejap... Kenapa satu kelas tengok dia?

"Bella, kenapa satu kelas tengok Maya?" tanya Maya, keliru.

Tak sempat Bella membalas, suara guru di hadapan memotong Bella, "Lain kali, dengar apa yang cikgu kata kat depan. Awak buat apa kat belakang tu sampai saya berdiri kat depan ni nak dekat 15 minit ni langsung awak tak perasan?"

Maya menunduk. Bella di sebelah dikerling mahu meminta bantuan.

"Maya, saya tanya awak ni." Cikgu Laila berjalan menghampiri meja Maya dan Bella. Panik Maya mengemas origami burung jenjang yang bersepah di atas mejanya.

"Maya."

Maya mendongak. Ah, Cikgu Laila sudah berada di tepi mejanya.

"S-saya..."

"Awak sedar tak ujian akhir tahun dah nak dekat, Maya?" tanya Cikgu Laila. Maya mengangguk perlahan.

"Awak dah tak nak belajar ke, Maya?" tanya guru itu lagi. Maya menggelengkan kepala. Keluhan halus dilepaskan Cikgu Laila.

"Esok ambil handout atas meja saya. Kemudian, agihkan kepada rakan sekelas awak." Cikgu Laila berjalan ke hadapan semula.

"Baik, kita akan mulakan kelas. Maya, simpan segala kertas yang ada atas meja awak sekarang," suruh Cikgu Laila.

narrative.Where stories live. Discover now