About her and her stranger friend.
-
-
-
SATU keluhan dilepaskan oleh Fayhana. Dia yang sedang merenung ke luar dari jendela biliknya hanya mampu melihat kanak-kanak yang sebaya dengannya berjalan dengan gembira.
Gembira tanpa penyakit.
Bukan seperti dirinya.
Fayhana mahu keluar. Mahu bergembira seperti mereka. Dia tidak mahu duduk di hospital ini. Masuk kali ini, sudah lebih dari sepuluh kali dia dimasukkan ke dalam hospital.
Hanya kerana dia menghidap lemah jantung.
Fayhana mengeluh perlahan. Alangkah baiknya kalau dia dilahirkan sihat seperti rakan-rakannya yang lain. Tidak adalah dia terperuk saja dalam bilik berwarna pucat seakan menunggu dirinya pergi menghadap Pencipta.
Selipar disarungkan. Cecair intravena juga dibawa bersama. Dia mahu mengambil udara segar di taman yang terletak di atap hospital. Bolehlah dia tenangkan diri dia. Duduk dalam bilik itu lama-lama, bukan setakat lemah jantung saja, risau penyakit mental pula yang datang.
Dalam perjalanan ke taman, ramai jururawat dan doktor menyapa Fayhana. Nak tak nak, dia perlu mempamerkan riak mesra pada mereka.
Masam-masam siapa nak layan?
"Hana nak ke mana?" sapa seorang jururawat.
"Hana nak naik rooftop. Bosanlah duduk dalam bilik. Boleh gila Hana kalau asyik terperuk dalam bilik je," balas Fayhana.
"Tapi sekarangkan nak masuk pukul sepuluh."
"Nanti dalam pukul sebelas Hana turun. Tak lama pun. Hana pergi dulu, eh?" Hana berlalu pergi meninggalkan jururawat itu termanggu sendiri.
Sampa sahaja di pintu atap hospital, Fayhana menelengkan kepala. Kenapa pintu terbuka? Sekarang, jarum jam sudah berginjak ke angka sepuluh malam.
Fayhana mengangkat bahu. Abaikan persoalan dimindanya. Apa yang dia tahu, dia mahu meluangkan masa dia atap ini tanpa ganggu sesiapa. Dia melangkah mendekati bangku yang berhampiran dengan tembok penghadang.
Maaflah, bukan dialah kalau tak terfikir langsung nak terjun bangunan dari tingkat 10.
Fayhana melabuhkan punggung. Cecair intravena diletakkan disisi bangku. Permandangan dari atap bangunan kadang-kadang menyejukkan hatinya.
Kreak...
Fayhana toleh ke arah sisi. Seorang remaja yang lebih kurang sebaya dengannya sedang memandang ke arahnya. Juga memakai pakaian hospital.
"Kau ni apa? Kau tinggal sini ke?"
Fayhana nak hempuk dia boleh tak?
"Ahaha, sorry. Aku curious sebab aku tak pernah nampak kau."
"Oh."
Suasana menjadi kekok. Remaja itu membuang semula pandangannya ke arah yang sama Fayhana pandang.
Fayhana kemudiannya bangun dari duduknya. Laju Remaja itu mengalihkan pandangannya ke arah Fayhana.
"Kau nak pergi mana?" tanyanya.
"Balik bilik."
Remaja itu senyap selepas mendengar jawapan Fayhana. Dia mahu berbual dengan gadis comel itu.
"Kau... Naik rooftop ni lagi tak esok?" tanya remaja itu.
Fayhana pandang remaja itu. Dah kenapa?
YOU ARE READING
narrative.
Teen Fiction─ random oneshot stories based on my inspired such as song, pinterest, drama, etc. "Welcome to Aera's serendipity world." ꗃ aerasya's, mar2023. + no plagiarism!! ʕಠ_ಠʔ