l - birth of death.

3 0 0
                                    

About her, sacrifice her own life for her baby.

.

.

.

Ini bukan cerita aku. Tapi aku nak ceritakan tentang satu kisah yang aku tak boleh lupa sampai hari ini.

***

Aku menunggu diluar wad bersalin. Di sebelah aku ada ibu dan abah. Mak dan ayah Abang Qayyum pun ada sekali. Masing-masing tunggu Kak Qaseh bersalin. Tak lama kemudian, aku dapat rasakan ada satu figura datang mendekati ayah.

"Ayah!"

Ayah berpaling. "Qayyum."

Abang Qayyum nampak letih. Lingkaran matanya juga jelas kelihatan. Mesti abang Qayyum penat dengan kerja hakikinya. Riak risau pada wajah Abang Qayyum aku perhati. Semua wajah yang ada di situ semua aku perhati.

Kemudian aku menunduk. Kak Qaseh...

Semua orang risaukan Kak Qaseh. Sebabnya, Kak Qaseh itu ada masalah jantung. Abang Qayyum pernah halang Kak Qaseh untuk hamilkan anak yang ada dalam kandungan Kak Qaseh tu, tapi Kak Qaseh dan degilnya mana boleh berpisah. Dia tetap nak mengandung anak dia dan Abang Qayyum.

Sebulan sebelum Kak Qaseh beranak, aku duduk berbual dengan Kak Qaseh. Dia nampak bahagia sambil usap perut yang memboyot ke hadapan itu. Dia kata, dia gembira dapat mengandung anak daripada benih Abang Qayyum.

***

"Suri nak tahu tak?"

"Apa?"

"Akak gembira bila akak dapat tahu akak mengandung tujuh bulan lepas," ujar Kak Qaseh dengan senyum yang mekar pada wajahnya.

"Kenapa?" Buah epal dimasukkan ke dalam mulut.

Senyuman pada wajah Kak Qaseh perlahan-lahan memudar. "Sebab bila akak dah tak ada nanti, anak ni akan ganti tempat akak teman ayah dia."

Kau tersentak. Laju tangan aku pukul bahu Kak Qaseh. "Apa akak ni!"

"Suri tak suka bila akak cakap macam tu. Akak nak tinggalkan Suri ke?" soal aku dengan mata berair. Aku tak suka menangis. Lagi-lagi depan Kak Qaseh.

"Akak cakap aje." Dia menggosok bahu yang dipukul aku tadi. "Suri, suri."

Aku pandang Kak Qaseh. Air mata yang bertakung pada mata aku cuba tahan daripada keluar.

"Nanti kalau akak dah tak ada, Suri tolong jaga Qais, ya?" Kak Qaseh lap air mata yang jatuh ke pipi aku. "Akak bukan nak buat Suri sedih tapi Suri tahu, kan, Kak Qaseh tak tahu nak harapkan pada siapa untuk jaga Qais."

***

Qais, nama yang Kak Qaseh nak beri pada anak yang dikandungnya. Sedang aku termenung, doktor yang menguruskan hal Kak Qaseh bersalin keluar dari dewan bersalin.

Laju Abang Qayyum menerpa ke arah doktor itu. Mujur abah sempat menahan Abang Qayyum. Abah dan ayah Abang Qayyum cuba memujuk Abang Qayyum.

"Tahniah Encik Qayyum! Isteri encik lahirkan anak lelaki yang sihat walaupun pramatang," khabar doktor itu.

"Qaseh macam mana? Isteri saya macam mana doktor?" soal Abang Qayyum. Terdesak. Dia sayangkan Kak Qaseh sangat-sangat. Kalau aku ada suami, dia jadi macam Abang Qayyum ke?

Entahlah.

Wajah doktor itu mengendur sebelum pintu dewan bersalin itu terbuka kedua-dua belahnya. Katil beroda ditolak perlahan. Di atas katil itu, ada sekujur tubuh yang diselimut hingga ke kepala.

Air mata ibu dan mak Abang Qayyum sudah lama mengalir aku pandang. Mereka berdua sudah teresak-esak melihat katil yang ditolak pergi itu. Tahulah aku... Kak Qaseh dah tak ada.

"Maafkan kami, Encik Qayyum. Kami tak dapat selamatkan Puan Qaseh. Puan Qaseh mengalami pendarahan yang sangat teruk. Dan kami hanya mampu menyelamatkan anak encik sahaja."

"Kenapa doktor tak selamatkan isteri saya?!" jerkah Abang Qayyum. Doktor itu menunduk.

"Sebelum Puan Qaseh masuk dewan bersalin, dia ada beritahu kami yang, kalau apa-apa terjadi semasa proses melahirkan, dia mahu kami selamatkan anaknya dahulu."

Ayat yang keluar dari bibir doktor itu buatkan Abang Qayyum jatuh melorot dan maeraung hiba.

.

.

.

the end.

─ qayyum dan qaseh.
─ #truelove #birth #death

narrative.Where stories live. Discover now