f - proud of you.

13 2 1
                                    

About her and affirmation words.

-

-

-

AISYA kekal statik. Langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri sejak sejam yang lalu. Langit malam yang dipenuhi bintang ditatap lama sebelum mutiara jernih mengalir mengikut lekuk wajahnya.

Bintang pun mahu dia lenyap dari dunia inikah? Bersinar bagaikan mendorong dia untuk melangkah ke tembok penghalang di atas atap bangunan tujuh tingkat. Aisya menundukkan pandangan. Air mata yang sedang mengalir dibiarkan mengalir.

Memang patut. Memang patut pun dia akhiri nyawanya. Hidup menyusah ibu dan babah. Langsung tidak berguna sama seperti yang dikatakan oleh keluarga dan rakan-rakannya.

"Kau ni satu apa pun tak reti buat ke!"

"Kerja nak gaduh dengan abang dan kakak kau aje! Monyet pun tahu nak berbaik dengan adik-beradik dia!"

"Ish, pergilah sana! Kau tak layak pun jadi anak ibu dan babah tahu!"

"Sya, kau ni bodohlah. Takkan soalan ni pun tak tahu?"

"Kerja apanya, Sya? Soalan ni pun kau tak reti jawab, kau nak kerja? Batalkan jelah niat kau nak kerja tu."

"Aisya, prestasi kamu ni makin teruk. Kamu tak buat kerja sekolah yang saya bagi ke?"

Aisya menekup telinganya. Kepala digelengkan ingin mengusir suara-suara yang mengisi ruang kepalanya. "Pergilah! Aku tak mahu dengar!"

Pintu atap terbuka. Bunyi gegaran yang terhasil kuat kedengaran dek Aisya mengunci pintu itu sejam yang lalu. Seorang lelaki.

Dia meliarkan pandangannya ingin mencari Aisya. Suara Aisya yang merancau di penjuru dinding atap ditangkap telinganya.

"Aisya!" Laju dia berlari ke arah Aisya.

"Aisya! Aku ni. Aisya! Kau okey, Aisya!"

"Stop hitting your head, Aisya! You're hurting yourself!" Tiada tanda-tanda yang Aisya mahu berhenti memukul kepalanya, lelaki itu terus memegang pergelangan tangan Aisya.

Aisya meraung kuat. "Aku dah letih, Danial! Aku dah penat sangat, Danial," luah Aisya. Dada bidang Danial dipukul Aisya. Danial membiarkan Aisya berbuat demikian.

Aisya sudah berada didasar lautan yang paling dalam dirinya. Dia sudah letih berenang ke permukaan dan membiarkan dirinya tenggelam ke dasar.

Badan Aisya dirangkul apabila merasakan pukulan yang singgap pada dadanya semakin perlahan. Aisya meraung dalam pelukan Danial.

"Semua benda aku buat, semuanya tak kena pada semua orang. Sampaikan, ibu dengan babah kata yang aku ni menyusahkan dia. Sampaikan, ibu sendiri kata yang aku ni tak patut pun lahir dekat dunia ni. Kawan-kawan aku, diorang kata aku ni bodoh. Tak reti buat sendiri kerja cikgu bagi." Aisya terus menangis.

"Kau... Kau pun rasa aku macam tu kan? Kau pun rasa macam apa yang ibu, babah dengan kawan-kawan aku rasakan?" Tambah Aisya. Mata yang masih lagi dipenuhi dengan air mata menikam pandangan mata Danial yang sedang memandangnya.

Danial senyap. Membiarkan Aisya meluahkan segala rasa yang terpendam untuk sekian lamanya.

"Semua pencapaian aku sejak aku tadika, sampailah aku dah besar ni, ibu dengan babah langsung tak nampak. Bila aku kemas rumah, diorang sibuk dengan kerja diorang dan bila aku duduk buat hal aku lepas kemas rumah, diorang marah aku kenapa tak buat kerja rumah."

"Masa aku buat kerja sekolah sampai dua tiga pagi sebab tak faham kerja tu nak buat macam mana, aku capai telefon aku nak tanya soalan dekat kawan aku. Dia kata aku ni tak pandai lepas tolong aku. Bodoh serba-serbi. Dan bila aku buka YouTube nak tengok macam mana kerja tu diselesaikan, ibu kata aku ni tahu main telefon je. Patutlah bodoh tak macam abang kakak aku."

"Aku ni memang tak layak hidup," rintih Aisya perlahan. Dia bangun setelah penat menangis dan merintih. Danial panik. Aisya nak pergi mana?

"Aisya? Kau nak pergi mana?" Danial panggil Aisya tetapi gadis itu hanya diam. Kaki dibawa naik ke atas tembok atap.

"Aisya!" Danial laju menarik tangan Aisya jauh dari tembok itu. Air mata Aisya yang mengalir pada pipinya dilap dengan ibu jarinya.

Danial merenung Aisya lama. Kini, tiba masa tugasnya untuk menenangkan Aisya. Dia perlu selamatkan Aisya dengan berenang ke dasar di mana Aisya berada. Menarik Aisya semula ke permukaan lautan itu.

Walaupun ia bakal mengambil masa yang lama untuk Aisya pulih dari traumanya, Danial tidak kisah. Asalkan Aisya mencintai dirinya semula dan berbaik dengan dirinya sendiri. Kerana Aisya yang sekarang, sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.

Aisya yang dahulu seorang gadis yang periang. Positif dengan semua perkara. Tapi di hadapannya sekarang, bukan lagi Aisya yang periang dan positif. Aisya di hadapannya sekarang ialah Aisya yang penuh dengan perasaan sendiri, Aisya yang lemah dan Aisya yang bila-bila masa sahaja akan pecah berderai umpama kaca.

"Sya, kalau kau nak tahu, aku bangga ada kawan macam kau. Kau masih lagi bertahan sampai sekarang. Kau kuat. Kau lawan perasaan untuk bunuh diri kau dan aku bangga dengan kau. Kita semua ada masalah dan aku tak nafikan aku pun ada masalah macam kau." Danial jeda. Mencari ayat yang sesuai untuk Aisya yang hatinya sedang rapuh.

"Kau ingat masa aku ada masalah dengan bapak aku? Kau bagi nasihat dekat aku. Kau kata kita tak boleh pilih keluarga kita. Walaupun berkali-kali kita lahir ke dunia ni, kita tetap tak boleh pilih keluarga kita. Dan bila kita lahir ke dalam satu keluarga, keluarga tu takkan sama dengan keluarga yang kita pilih dan masa tu kau akan kata menyesal sebab keluarga yang kita pilih tak sama dengan keluarga yang kita dah ditetapkan untuk tinggal bersama. Kau pernah cakap ayat ni dekat aku, Sya. Dan sampai sekarang aku pegang ayat kau."

"Dan sekarang, ini tugas aku untuk pulangkan semula ayat kau ni pada kau sebab aku tahu, ayat yang kau katakan ini untuk pujuk hati kau sekali dan kau nak sangat orang cakap ni pada kau. Aku tahu, Sya." Air mata Aisya yang masih lagi mengalir dilap Danial. Dia memberikan senyuman pada Aisya.

"Kita berdua sama-sama bertahan untuk hidup. Masih banyak lagi yang kita belum buat, Sya. Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri untuk lindungi kau, untuk pastikan kau selamat, untuk pastikan kau bahagia dan untuk pastikan senyuman manis kau sentiasa tertampal pada wajah kau, Sya. Aku tak mahu senyuman kau tu hilang," lirih suara Danial menuturkan ayat itu.

Pandangan lembut diberikan pada Aisya. Air mata disapu lembut. Dia patut tutur perkataan itu.

"And..."

"I am very proud of you, Sya."

Aisya terus menangis dengan semahu-mahunya dalam dakapan hangat Danial.

-

-

-

the end.

─ aisya & herself

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

─ aisya & herself.
─ #sliceoflife #healourselves #suicidalattempt #intrusivethought #wordsofaffirmations

+ untuk diri sendiri dan kamu yang membaca,
walaupun awak rasa penat, awak jangan sesekali mengalah. ya, kehidupan itu pahit. ya, kehidupan itu kejam. tapi, perjalanan hidup kita pasti ada rasa manisnya, pasti ada rasa bahagianya. teruskan hidup dan jangan menyerah. okey?

lots of love,
aera ❤.

narrative.Where stories live. Discover now