About them and their little miracle.
-
-
-
"JAD, Sufya nak tu. Boleh?" Sufya buat muka comel sambil menunjuk-nunjuk ke arah gerai roti pelangi. Jad pandang gerai roti itu sekilas sebelum memandang Sufya.
"Bukan Sufya lactose intolerant ke? Roti pelangi tukan ada cheese. Nanti sakit macam mana?" tanya Jad pada Sufya.
Bukan dia tak mahu beli, dia tak mahu Sufya sakit. Itu sahaja. Kesihatan Sufya lebih penting.
"Alah takpe. Mama tak marah Jad. Sufya jamin. Bolehlah abang saya? Baby yang teringin." Sufya buat muka comel lagi namun kali ini mata dikerdipkan berkali-kali.
Jad membulatkan mata sebelum menghela nafas perlahan. Kemudian dia pandang Sufya semula. Apalah nasib dapat isteri comel.
"Nasib baik Jad sayang Sufya tahu. Ni kalau mama marah Jad, memang Jad kata Sufya yang salah kata baby nak makan padahal dia yang nak makan," tutur Jad sambil menggosok perut Sufya kemudian memimpin tangan Sufya menghampiri kiosk roti pelangi.
Sufya apa lagi, melompat gembiralah dia.
Selesai membeli roti pelangi, Jad dan Sufya duduk dibangku berdekatan dengan kiosk roti pelangi tadi. Menikmati keindahan Bandar Itaewon yang menjadi tempat percutian pasangan itu.
"Jad," panggil Sufya.
Jad menoleh ke arah Sufya dengan dagu dihayun ke hadapan. Sufya tersenyum.
"Comotnya Jad makan! Meh Sufya lap." Paket tisu yang berada dalam beg diambil Sufya. Sehelai tisu ditarik sebelum menyapu hujung bibir Jad yang comot.
Ini kalau orang single tengok mau menggelupur ni. Manis sangat!
Jad terkaku. Alahai isteri. Malu orang tengok nanti.
"Okey, dah cukup. Sufya bukan lap dah ni, tonyoh namanya," tutur Jad sambil menolak tangan Sufya lembut kemudian memegang erat tangan itu.
Sufya ketawa.
"Dah cukup. Ni tadi kenapa panggil Jad ni?" tanya Jad selepas Sufya membuang helaian tisu yang digunakan untuk mengelap kesan comot tadi. Sufya tayang muka pelik. Dia ada panggil ke?
"Sufya panggil Jad? Mana ada," nafi Sufya kemudian menyambung suapan roti pelangi.
"Tengok tu."
"Apa? Betullah mana ada Sufya panggil Jad. Jad berangan ke?" balas Sufya. Susu strawberi yang dibeli tadi dihirup perlahan.
Jad angkat bahu. Yelah isteri.
"Ni lepas ni Sufya nak pergi mana? Jalan-jalan lagi?" tanya Jad setelah selesai menyuapkan suapan terakhir roti pelangi. Tapak tangan dihulurkan kepada Sufya, meminta bungkusan roti pelangi Sufya untuk dibuang.
Sufya buat-buat berfikir. Nak balik hotel, baru jam enam petang. Nak sambung jalan-jalan, kaki hampir give up. Dengan perutnya sudah ke depan, lagilah dia tak larat jalan.
"Kaki Sufya dah sakit," tutur Sufya perlahan. "Tapi Sufya tak mahu balik hotel lagi."
Empangan air mata Sufya mula bertakung. Pantas dia seka air mata yang mahu turun. Hesy! Nak masuk usia kandungan lapan bulanlah air mata ni cepat sangat nak gugur. Manja!
Jad hanya tersenyum manis. Alahai... Menangis pula isterinya seorang ni.
"Kita sambung esok, nak? Baby penatlah tu. Dia nak suruh mama-"
YOU ARE READING
narrative.
Teen Fiction─ random oneshot stories based on my inspired such as song, pinterest, drama, etc. "Welcome to Aera's serendipity world." ꗃ aerasya's, mar2023. + no plagiarism!! ʕಠ_ಠʔ