When a painter is in love, your beauty became their muse.
.
.
.
PENSEL kayu yang berada dalam bekas pensel dicari. Apabila sudah jumpa, pensel itu diambilnya. Setengah jam melakar dan melukis sesuatu, gadis itu mengangkat kepalanya. Satu lukisan terhias pada buku lukisannya. Dia tersenyum puas.
Cawan kopi yang masih berasap itu dicapai. Dia tidak menyisip kopi itu, hanya pegang menyerap haba panas dari kopi itu. Pandangannya ditala ke hadapan. Lelaki itu masih di tempatnya.
Masih menghadap skrin komputer ribanya.
Aileen merenung lelaki yang duduk selang beberapa buah meja dari meja dia duduk. Pada matanya, lelaki itu sangat... cantik.
Wajahnya tampan persis patung lilin. Alis matanya bagai dilukis berus lukisan. Panahan matanya yang melihat skrin komputer riba itu tajam bagaikan seekor helang yang sedang mencari mangsanya. Bibirnya pula...
Aileen terus melarikan matanya apabila jejaka itu memandangnya. Air kopi yang berada dalam pegangannya dihirup sebelum dia terbatuk. Terus cawan kopi itu diletakkan semula pada piringnya.
Aileen mula menyumpah perbuatannya tadi. Itulah, siapa suruh tengok anak teruna orang lama-lama? Kan Allah dah bagi cash! Tidak fasal-fasal blouse putih bercorak tulip ungu itu terkena titisan kopi. Habis bercorak!
Tisu yang berada dalam beg sandangnya dicapai lalu tompokan kopi itu dilap dengan berhati-hati. Dia tak mahu 'corak' kopi itu semakin teruk. Aileen mula mengibas blousenya. Sempat matanya mengintai ke hadapan sebelum mata bundar itu membulat.
Mana... lelaki yang duduk dihadapannya tadi? Dia sudah hilang! Komputer ribanya pun tiada. Aileen mula mencari jejaka itu di serata kafe namun hampa. Lelaki itu mungkin sudah pulang.
"Aku baru alih pandangan tak sampai lima minit, dia dah hilang dah." Aileen merungut lalu dicampaknya tisu terpakai itu ke atas meja.
Dua minggu. Sudah dua minggu dia meluangkan masa di kafe itu hanya sebab mahu berjumpa dengan lelaki yang sentiasa bersama komputer riba. Entah apa yang lelaki itu buat dengan komputer riba itu.
Ada masa Aileen nampak lelaki itu mengerutkan dahi sebelum menekan satu kekunci daripada papan kekuncinya beberapa kali. Ada masa Aileen nampak lelaki itu mengurut pelipis matanya. Ada masa Aileen nampak lelaki itu tersengih suka kemudian cepat-cepat menormalkan riak wajahnya. Tapi bibir itu masih mahu melorekkan senyuman.
Aileen menghela nafas perlahan. Kecewa? Ya, Aileen kecewa. Baru nak cuci mata.
Dia mula mengemas peralatan melukisnya. Pensel dan pen dimasukkan semula dalam bekas penselnya. Buku lukisan yang masih terbuka itu Aileen tatap sebentar sebelum ditutup. Dia mengeluh lagi.
"Kenapa mengeluh?"
Pergerakan Aileen yang sedang mengemas terus terhenti apabila ada satu suara menegur dari belakang. Dia terkaku sendiri.
"Kemas-kemas ni, dah nak balik ke?"
Aileen memusingkan badannya perlahan-lahan. Dia kenal suara ni. Setiap kali dia mengambil pesan dikaunter, lelaki itu pasti akan ke kaunter untuk menambah kopinya yang sudah habis.
"Helo? Awak okey tak?"
Aileen angguk kepala. Kosa kata yang dibelajarnya dari berumur lima tahun itu tiba-tiba menjadi terabur dalam kepalanya. Kosa katanya hilang!
"Oh, lupa pula nak perkenalkan diri. Saya Faaeq Sirhan. Awak?" soal Faaeq dengan senyuman terhias pada wajahnya.
Oh, nama dia Faaeq. Sesuai dengan orangnya.
YOU ARE READING
narrative.
Teen Fiction─ random oneshot stories based on my inspired such as song, pinterest, drama, etc. "Welcome to Aera's serendipity world." ꗃ aerasya's, mar2023. + no plagiarism!! ʕಠ_ಠʔ