His tomorrow that never comes.
.
.
.
Jiha tersengih sambil menatap skrin telefon. Maklumlah, dia ada buah hati. Berbaki dua hari lagi sebelum dia menjadi isteri orang. Alahai, suka betul dia nak jadi bini orang.
"Amboi, tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa? Mesej pengarang jantung ke?" tegur ibu Jiha.
"Tahu-tahu je ibu ni orang chat dengan Mirul. Haahlah... sebab dia le kita sengih macam kerang busuk ni," balas Jiha tersengih. Ibu ni, tahu-tahu sajalah!
"Awak tu dua hari lagi nak jadi bini dia. Lepas dah sah, awak tenung muka dia sampai awak muak. Dah, tolong ibu masak. Kejap lagi famili mak long dengan pak uda sampai," suruh Puan Laili.
Terus panjang sedepa muncung Jiha. Baru nak chat dengan encik suami—eh bakal suami.
"Yelah. Kejap bu Jiha reply chat Mirul."
'Awak, kita kena tolong ibu masak ni. Famili mak long dengan pak ngah nak datang. Sambung chat esok pulak, okey?' - Jiha.
'Yelah, cinta. Hati-hati buat kerja kat dapur tu.' - Amirul.
'Tahulah saya. Selamat malam, Mirul. Assalamualaikum.' - Jiha.
Selesai memberi salam, Jiha terus menutup telefon kemudian membantu Puan Laili di dapur.
***
Keesokan harinya.
Lagi 14 jam Jiha bakal menukar status dari anak dara kepada isteri orang. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Sesi berinai, penuh ruang tamu rumahnya dengan anak dara dan mak kepada anak dara. Semua tunggu giliran nak berinai.
"Jiha! Acu duk die tange tu. Comot kakre mek ngoh malas nok caro deh. Sapo suruh tange tu dok duk die. (Cuba duduk diam tangan tu. Nanti comot, mek ngah tak mahu tanggungjawab. Siapa suruh tangan tu tak duduk diam)," marah mek ngahnya.
Jiha mengernyih. Dipeluk mek ngahnya mahu bermanja buat kali terakhir sebelum statusnya bertukar. Mek ngah ini kakak kepada neneknya. Boleh dikatakan rapat jugalah Jiha dan nenek saudaranya itu.
"Oloh mek ngoh ni. Ji tahulah inai ni kering ko dok lagi. Tok soh rusing la. Dok comot pun eh inai mek ngoh wak ni. Rugi sajolah ko Ji kalu comot gak. Baru nok flex ina Ji ni mek ngoh Ji hok nukis. (Ji tahulah inai ni dah kering ke belum. Jangan risau. Takkan comot punyalah inai yang mek ngah lukis ni. Rugilah Ji kalau comot. Baru nak flex inai ni mek ngah Ji yang lukis.)" sengih Jiha. Saja ambil hati mak ngah.
Tergeleng kepala wanita tua itu. Ada saja akal Jiha nak ambil hati tuanya.
Ting!
Bunyi notifikasi dari telefon Jiha menarik minat mek ngah. "Ho cucu nantu mek ngoh mesej. Yo oyak gapo tu?"
Jiha membuat isyarat 'sekejap' pada mek ngah. Terjuih bibir wanita tua itu.
'See you tomorrow, sayang.' - Amirul.
Jiha tersenyum. Mesej ringkas daripada Amirul itu boleh buat hatinya berbunga-bunga.
"Ah tak dop apo dohlah. Dio duk sengih ko mesej tok laki dio, (Ah tak ada apa dahlah. Dia tengah tersengih kat mesej suami dia,)" ucap mek ngah dengan nada bergurau.
***
Hari perkahwinan.
"Mirul..."
"Mirul bangun, Mirul..."
Jiha lap air mata yang mengalir. Katil yang menempatkan jasad Amirul dipandang sendu. Mahu pegang tangan lelaki itu, mereka belum sah.
Semasa Amirul dan abangnya dalam perjalanan menghantar Amirul ke rumahnya, kereta mereka dilanggar lori trelar. Disebabkan Amirul yang berada di sebelah kanan, maka impak lori itu terkena pada Amirul dahulu.
Yang paling teruk kena pastilah Amirul. Dan doktor sudah maklumkan yang mungkin Amirul tidak dapat diselamatkan. Dan sekarang, jasad kaku sajalah yang menjadi tatapan Jiha dan keluarga Amirul.
'See you tomorrow, sayang.'
Mesej terakhir daripada Amirul semalam berputar di layar memori Jiha. Jumpa esok? Sudah tiada esok untuk Jiha dan Amirul.
***
Lima tahun kemudian. Paris.
'See you tomorrow, sayang.'
"Saya masih tunggu esok awak, Amirul..." ucap Jiha perlahan dengan mata tergam pada Eiffel Tower.
Tempat bulan madu yang sepatutnya Jiha dan Amirul pergi lima tahun dulu.
.
.
.
the end.
─ amirul dan jiha.
─ #neversoulmate #angst
YOU ARE READING
narrative.
Teen Fiction─ random oneshot stories based on my inspired such as song, pinterest, drama, etc. "Welcome to Aera's serendipity world." ꗃ aerasya's, mar2023. + no plagiarism!! ʕಠ_ಠʔ