Chapter 5 : Dating Ke Hujung Dunia ❤️✊🏻

97 5 2
                                    

Kahar's POV

Aku pun masuk ke rumah, dan terlihat si Hakeem sedang menonton televisyen.

Hakeem pula perasan kehadiran aku lalu menyapa aku.

'Amacam siang tadi? Best tak first date dengan Adelea Farisha?', tanya Hakeem kepada aku.

Gila tak best. Macam-macam benda kita borak, rasa tak puas nak borak dengan dia.

Perangai dia saling tak tumpah macam Laila. Cuma Ad ni kasar sikit and ada vibes ii budak - budak 'emo + rebel'. Type aku tu hehehe. Tapi aku masih menanti Laila walau apa cara sekali pun. Aku tahu dia cari aku tapi.... takpalah.

'Boleh lah, mat. Macam-macam benda dia borak kat aku.', kata aku kepada Hakeem. Aku pun apa lagi, buka cerita pasal Ad dengan Fakhri kat Hakeem.

'Kau nak tahu tak, Keem?'

'Apa?'

'Ad dulu ex Fakhri.' Mata Hakeem membulat seakan akan tidak percaya. Aku pun tak percaya, mula - mula tapi lama - lama tu aku percaya sebab ada bukti.

'Kau biar betul, Kahar? Jangan gula-gula kan aku. Ingat, kau dulu dah banyak kali gula-gula kan aku.', ujar Hakeem kepada aku. Aku hanya gelak kecil sahaja.

'Yelah, dia sendiri cerita kat aku. Kalau tak percaya, pergi buka FB takpun myspace dia. Penuh gambar dia dengan mamat tu kat wall.', Hakeem pun membuka komputer riba ku lalu melayari laman web myspace. Time tu myspace dengan facebook jelah tempat meluahkan perasaan.

And, Hakeem pun membuka akaun Ad. Penuh gambar Ad dengan Fakhri, barulah si Hakeem ni percaya.

'Sweet betul diorang berdua ni. Err, asal diorang ni break tho?', tanya Hakeem kepada aku.

'Kau macam tak kenal si budak Fakhri tu. Kalau dia boleh bantai lima orang sekaligus, tak terkejut kalau si Ad tu kena pukul dengan dia.', ujar aku kepada Hakeem.

'So, cerita dia sekarang....Si Ad tu putus dengan Fakhri tu sebab Fakhri pukul Ad? Macam tu?' Aku mengangguk.

'Kesian tho Adelea.' Ye, memang kesian. Perempuan yang tak bersalah jadi mangsa keadaan. Sejahat-jahat aku dengan orang, aku belum pernah lagi dalam hidup aku, aku nak pukul perempuan. Fakhri, Fakhri. Tak faham aku.

*****

Ad's POV

Aku melayari laman web myspace. Yelah, itu je kan apps yang boleh komunikasi dengan orang. Nak harapkan telefon butang tu, jangan haraplah.

adlea.farisha to handsomestreetboy44

adlea.farisha : Hi Kahar, kenal aku tak? ^_^

handsomestreetboy44: Eh, mestilah kenal. Ad kan?

adlea.farisha: Of course! Btw, sejak bila kau main myspace ni? HAHAHA.

handsomestreetboy44: Sorry sikit ye, Cik Ad. Saya dah lama main myspace.

adlea.farisha: Yelah, wei.

handsomestreetboy44: Btw, Ad. Kau free tak malam ni?

adlea.farisha: Free je, kenapa?

handsomestreetboy44: Aku nak ajak kau keluar malam ni. Nak tak?

Tak kerja ke apa mamat ni?

adlea.farisha: Kau tak kerja malam ni?

handsomestreetboy44: Aku kerja time weekends je, weekdays aku cuti.

PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea FarishaWhere stories live. Discover now