Kahar's POV
Aku dengan Ad pergi ke taman. Kat situ, ramai orang berkelah. Ada yang main layang-layang, ada orang main skateboard, kasut roda dan ada jugak yang buat photoshoot gambar kahwin diorang.
Haish, alangkah bahagianya aku dengan dia kat situ. Bermimpi jelah, Kahar. Dia tu belum tentu milik kau.
Aku lepak dengan dia kat sebuah pondok kayu. Kebetulan, kat situ ada tasik. Jadi, aku ni nak tukar karier kononnya. Aku nak lukis permandangan kat situ.
Sedang-sedang aku melukis, aku perasan. Si Ad ni dari tadi termenung. Sebagai seorang yang 'gentleman', aku pun ringankan mulut nak tanya dia.
'Ad, asal termenung ni?', tanya aku kepada Ad.
'Tak ada apa-apa lah. Aku ok.', jawabnya acuh tak acuh. Aku tahu dia menipu, saja nak sorokkan masalah dia supaya aku tak risau pasal dia. Aku tahu.
'Ad, aku kenal kau bukan sehari. Aku tahu kau mesti ada masalah kan. Cerita lah kat aku. What's wrong? Lagipun, tak best lah kalau kau macam ni.', ujar aku kepada gadis itu.
Setelah dipaksa, akhirnya dia pun bersuara.
'Kau ingat tak, kau pernah cakap kat aku, 'tiada rahsia diantara kita' ?'
'Ye, jadi?'
'Aku rasa macam ada benda yang kau sorok dari aku. Ada benda yang aku tak tahu pasal kau.' Ad diam sebelum dia bersuara kembali dalam beberapa minit kemudian.
'Siapa kau sebenarnya, Kahar?', Aku jadi terpinga-pinga. Apa maksud dia dan kenapa tiba-tiba?
'Apa maksud kau, Ad? Aku tak faham.', kata aku.
'Dah berapa minggu, kita berkawan. Rahsia aku semua kau dah tahu, rahsia kau semua aku dah tahu. Tapi, kenapa aku masih rasa yang kau ada sorokkan sesuatu dari aku?'
Memang semua rahsia dia aku dah tahu dan rahsia aku semua dia tahu tapi hanya 50% je. Aku tak pernah cerita yang aku pernah jadi 'KAPLA' kat KUDRAT. Aku tak pernah cerita apa yang aku dah buat kat junior-junior aku. Aku pun tak pernah cerita apa yang aku dah buat dengan Ayam, junior aku a.k.a kawan baik Fakhri.
Aku tahu, kalau aku cerita sejarah hidup aku kat KUDRAT kat semua orang termasuk Ad, mesti aku dipandang serong oleh semua orang termasuk Ad.
Macam mana aku buat orang pulaukan diorang kat KUDRAT tu, macam tu lah yang aku akan hadap. Aku tak nak kehilangan Ad. Aku tak nak hilang orang yang aku sayang.
'Ad, kalau aku cerita ni kat kau, kau kena janji dengan aku.'
'Janji? Janji apa?'
'Janji, jangan tinggalkan aku. Kau satu-satunya kawan perempuan dan orang yang memahami perasaan aku.'
'Aku janji.', katanya sambil menunjukkan 'peace' kepada aku.
Aku mula bercerita kepadanya. Aku ceritakan A hinggalah ke Z kepada Ad. Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Air mata yang penuh dengan penyesalan.
Tak sampai beberapa minit kemudian, Ad buka mulut dan bersuara.
'Kalau aku berada kat tempat kau, aku akan buat benda yang sama juga. Hanya kerana sebab taknak tradisi sekolah tu lenyap begitu saja.', ujar gadis itu. Ad memegang tangan kiri aku.
'Kahar, manusia takkan lari dari kesilapan. We're not perfect. Macam arwah mak aku cakap, 'takpa kalau buat salah, kita masih muda'. Setiap orang ada kisah silam masing-masing.', kata gadis itu lagi.
Aku fikir dia akan jauhkan diri atau nak pandang serong kat aku. Ternyata, sangkaan aku salah.
'Aku pun pernah buat benda yang sama macam apa yang aku buat dulu. Ketua Pelajar kan.' Aku memandang Ad.
'Apa? Kau tak percaya?'
'Bukan tak percaya, cuma terkejut.' Ad hanya tergelak kecil.
'Tak payah percaya pun takpa.', katanya.
'Dah lah wei, kau tak payah fikir sangat pasal benda tu. Yang lepas, lepas ok.', kata Ad kepada aku. Dia memeluk bahuku.
'Jom, lepak rumah aku.', pelawa Ad kepada aku. Aku hanya mengangguk. Selalunya, si Ad yang membonceng motor aku, kali ini aku pula yang membonceng motor ku sendiri.
****
'Sorry, rumah aku bersepah sikit.', kata Ad kepada aku. Buta ke apa minah ni? Aku tengok rumah dia kemas gila.
'Macam ni kau kata bersepah? Rumah kau kemas gila kut. Kau kemas sorang-sorang ke rumah ni?'
Kalau kau yang baca sekarang ni jadi aku, mesti kau akan terkejut gila babi tengok rumah dia ni. Buku novel kat rak tersusun gila. Tak ada satu habuk kat dalam rumah dia. Macam setiap hari dia bersihkan.
'Percaya tak kalau aku cakap, aku yang kemas semua ni?'
'Serius ah? Tipu lah kau.' Sumpah aku tak percaya. Dia kemas semua ni? Mind-blowing aku dibuatnya.
'Memang tak lah aku nak kemas semua benda ni. Aku selalu panggil cleaner datang kemas. Nak harapkan aku? Lambat lagi.' ujar Ad. Cis! Nasib baik aku tak tertipu.
'Kau duduk lah dulu kat sofa tu. Aku pergi buat air jap.', kata Ad lalu dia bergegas ke dapur.
Aku pun melabuhkan punggung aku kar sofa. Aku melihat sekeliling rumahnya. Boleh tahan besar. Yang duduk dalam rumah ni, sorang je. Bapak berani minah ni. Tak lama lepas tu, Ad datang bawak dua gelas air.
'Jemput minum ye, Encik Kahar. Buat macam rumah sendiri ye.' Aku hanya tersenyum melihat kerenahnya. Comel. Rasa dah macam 'bini sediakan air untuk suami' ceh tibe aku ni.
Aku pun mencapai segelas air bandung lalu meminumnya. Sedap ye. Dah lulus dah nak jadi isteri aku lepas ni. Ok, Tiber 2.0
'Tu gambar family kau ke?', tanya aku yang ternampak gambar mereka sekeluarga di hadapan kami.
'Haah, tu ayah aku dengan mak aku. Yang kat bawah tu kakak aku dengan abang aku. Yang mak aku tengah dukung tu, tulah aku.' Ad menerangkan satu-persatu tentang gambar itu.
'Bahagianya keluarga kau kan.' Muka Ad berubah.
'Taklah. Keluarga aku pun macam keluarga orang lain juga. Cumanya, keluarga aku ni pandai cari penyelesaian.', ujar Ad kepada aku. Aku mengangguk faham.
Kalau keluarga aku...bercerai berai.
'Aku rindu mak ayah aku. Kalau diorang ada mesti tiap-tiap hujung minggu mesti dia balik sini.', ujar Ad kepada aku.
'Faham.' Suasana kembali sunyi. Aku kembali bersuara.
'Kau berani eh duduk sorang-sorang dalam rumah ni.' Ad hanya tersenyum. Mungkin dia tahu dia akan disoal sebegitu rupa.
'Dah biasa. Lagipun kat sini selamat untuk aku berlindung walaupun ahlong - ahlong tu dah lama kena tangkap, aku masih rasa tak selamat. Rasa macam ada orang ikut aku.', luah Ad kepada aku.
'Sebab tu kau tak nak pergi tempat yang jauh-jauh? Kau suka pergi area yang dekat-dekat dan jauh dari orang?' Ad mengangguk.
'Haah.'
'So, kau tak nak bawak aku explore rumah kau ni ke? Mana tahu ada special room ke, library ke, kan.' Aku cuba menukar topik. Bukan apa, aku tengok Ad pun macam nak mengalirkan air mata. Mungkin teringat arwah ibu dan ayah dia.
'Aku ada satu bilik ni. Special punya. Kau mesti suka punya.', Ad menarik tanganku dan menuju ke tangga. Excited punya pasal.
****
Sebab kan chapter ni panjang jadi aku terpaksa separate kepada 2 bahagian.
Aku tak tahu kenapa, aku imagine yang diaorang berdua ni macam citer HEART 2006, Rachel dengan Farel HAHAHAHA.
THX sebab sudi baca cerita ni. Aku rasa seperti dihargai gitu.

YOU ARE READING
PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea Farisha
FanfictionAmir Ahnaf as Abdul Kahar (seperti biasa) Reader as Adelea Farisha Ikuti kisah perjalanan seorang bekas 'Kapla' yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan bertemu dengan seorang gadis di tempat kerjanya iaitu Adelea Farisha. Dan temui juga KUDRA...