Author's POV
Akhirnya, aku bisa bersuara! Eh ii lupa aku ada dalam pov ini.
Ad seperti biasa. Setiap pagi, dia akan berjoging, bermain papan luncur di taman. Alhamdulillah, ikut Kahar katanya. Selepas dia melakukan aktiviti riadahnya, dia pergi ke restoran yang gemari. Apa lagi, lepak mamak luuu.
Oh, ya. Dia tidak keseorangan. Dia bersama Kahar untuk makan bersama-sama. Kalau sehari tak together, memang tak sah!
'Kahar.'
'Em?'
'Kau still tak nak balik Kelantan ke?', tanya Ad kepada Kahar yang sedang menyuap mi goreng itu.
Lelaki itu berhenti menyuap makanan tersebut lalu memandang ke arah Ad.
'Kau tanya aku ni, macam tak nak aku duduk kat Ipoh je. Nak halau aku lah tu.'
'Bukan macam tu. Just curious. Kau tak rindu mak ayah kau kat sana?', tanya Ad kepada lelaki tersebut.
'Rindu tu rindu lah tapi aku masih belum bersedia nak jumpa diorang lagi-lagi bapak aku.', ujar lelaki itu. Ad mengangguk faham. Tanya lebih-lebih, kena maki free je sat gi.
'Btw, Hakeem tak kisah ke kalau aku asyik berkepit je dengan aku 24 hours? Yelah, bestfriend mana je kan yang tak cemburu bila bestfriend dia asyik berkepit dengan orang lain.', ujar Ad kepada Kahar.
Kahar ketawa kecil.
'Hakeem tu tak kisah lah. Dia lagi suka kalau aku rapat dengan kau.', kata Kahar. Suka eh kau, Hakeem? Ada plan lah tu sampai nak Kahar rapat dengan Ad.
'Macam-macam hal lah si Hakeem ni. Btw kan, mana member kau lagi sorang tu? Hakeem ada juga cerita pasal dia kat aku. Lupa pula nama dia-' Kahar terus menyampuk.
'Zahrin?'
'Haa, Zahrin! Mana dia sekarang?', tanya Ad kepada Kahar.
'Dia balik kampung dia lah. Kononnya, Ipoh bosan.', Kurang ajar punya Zahrin, kutuk tempat orang, tempat lahir author tu!😭👍🏻
'Kurang asam tul member tu. Tapi, tak dinafikan Ipoh memang bosan.', kata Ad kepada lelaki itu.
Tanpa mereka berdua sedar, ada mata yang memerhati gerak-geri mereka. Ternyata Ad merasakan benda itu, seperti ada seseorang sedang memerhati mereka berdua.
Dia melihat seorang lelaki yang memakai baju Kemeja-T berwarna putih. Tetapi, lelaki itu sempat menyembunyikan diri.
'Naim ke tu?', bisik Ad di dalam hati.
'Kau ok tak? Kau tengok apa?', Kahar terus memandang ke arah belakang.
'Tak ada apa-apa.', Ad menafikan.
'Sure?'
'Betul.'
'Ok.' Kahar terus kembali menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.
Disebalik tiang tembok tersebut, ada seorang lelaki berbaju kemeja-T berwarna putih dan berseluar slack. Ternyata, firasat Ad memang benar. Lelaki itu adalah-...
Naim.
Naim's POV
Cuti sekolah kembali lagi. Aku bercuti di rumah Amir. Mak dengan ayah tiri aku busy. Fakhri? Jangan tanya, dia ada je dengan papa. Katanya nak meluangkan masa bersama, rindu katanya hehe. Aku dengan Fakhri, Alhamdulillah hubungan kami semakin pulih.
Aku berterima kasih sangat dengan Ayam. Kalau tak sebabkan dia, mungkin aku dan Fakhri masih bertikam lidah hingga hari ini.
Mia? Mia...entahlah. Lama aku tak dengar khabar dia. Rindu pula. Ok, korang mesti bosan kan dengar cerita sedih rindu aku ni. Meh aku cerita apa yang patut kat korang.
![](https://img.wattpad.com/cover/335971789-288-k824515.jpg)
YOU ARE READING
PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea Farisha
Fiksi PenggemarAmir Ahnaf as Abdul Kahar (seperti biasa) Reader as Adelea Farisha Ikuti kisah perjalanan seorang bekas 'Kapla' yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan bertemu dengan seorang gadis di tempat kerjanya iaitu Adelea Farisha. Dan temui juga KUDRA...