Kahar's POV
Di pagi yang tersangatlah cerah, aku pergi berjoging di Taman D.R. . If anak jati Ipoh know that place, you guys so awesome! And, aku tidak keseorangan. Aku memaksa si Ad untuk keluar bersama dengan ku.
Aku tahu minah tu malas nak bersenam. Makan tido je tahu. Jadi, aku menipu dia. Aku ajak dia gi lepak mamak kononnya. Tahu - tahu kena join aku berjoging sekali.
Setelah penat pusing keliling taman, aku dengan Ad pun berehat di sebuah pondok. Dan, aku pun menadahkan telinga untuk mendengar bebelan dan makian si Ad ni.
'Sial betul kau Kahar. Kau tipu aku. Kau call aku pagi - pagi buta ajak aku lepak mamak, sekali aku kena bangun pagi pergi joging dengan kau. Babi betul. Kau memang barua.'
Pagi - pagi aku mendengar si Ad ni mencarut. Mencarut dan Ad berpisah tiada. Berdesing telinga aku.
'It's better daripada aku ajak kau pergi tempat yang kau tak suka. Lagipun, aku tahu kau ni jenis jarang nak exercise, betul tak? Jadi apa salahnya aku ajak kau berjoging. Sihat pun sihat.', kata aku kepada Ad.
Ad memberikan jelingan maut kepada ku lalu matanya kembali memandang ke arah tasik.
Aku memandang Ad. Terpaling 'healing' kat sebelah aku. Beberapa minit kemudian, Ad sedar yang aku pandang dia.
'Kenapa kau pandang aku macam tu?', tanya Ad kepada aku.
'Bila aku tengok kau ni kan, aku teringat kat seseorang.', kata aku kepada Ad.
'Siapa?' Aku hanya tersenyum. Dan, aku memulakan ceritaku.
'Aku ada awek dulu. Nama dia Laila. Aku boleh describe yang dia tu sopan, ayu and suka pakai baju kurung. Tapi, tu dulu lah. Sekarang kitaorang lost contact, terputus hubungan. Ingat lagi, kali terakhir dia jumpa aku kat sekolah dulu.'
FLASHBACK // 2006
Aku tengah bertengkar besar dengan si budak Fakhri tu. Zahrin pun ada sekali waktu tu.
'Kau ni memang betul-betul dah melampau kan, sial?!'
'Chill, kau borak apa ni jahanam?', Fakhri tersenyum sinis.
'Kau memang saja nak cabar kesabaran aku kan?!' Aku mencekak kolar baju kemeja T lelaki itu.
Tiba - tiba...
'Kahar, ada orang nak jumpa kau kat tempat parkir kereta pelawat.', kata Hakeem kepada aku.
'Siapa?' Hakeem menggeleng tanda tidak tahu.
'Nasib kau baik, Fakhri.' Aku pun beredar dari situ. Begitu juga dengan Zahrin dan Hakeem.
Sewaktu dalam perjalanan nak pergi ke tempat parkir kereta pelawat, dalam hati aku mula tertanya-tanya, siapa yang datang nak melawat aku? Nak kata ayah, dia peduli apa pasal aku.
Sampai saja disana, dari jauh aku nampak ada kereta teksi dan seorang perempuan yang berbaju kurung dan berselendang coklat. Aku tak nampak muka dia sebab dia memandang ke arah lain.
'Siapa perempuan tu?', tanya Hakeem kepada aku.
'Ada kakak, tak nak share.', kata Zahrin kepada aku. Bila pula aku ada kakak ni?
'Aku mana ada kakak, bodo.', jawab aku ringkas. Aku menyuruh mereka berdua menunggu di kerusi batu tersebut manakala aku berjumpa dengan perempuan itu.
Aku berdiri di belakang perempuan itu.
'Cari aku ke?' Perempuan itu berpaling ke arah belakang. Ternyata perempuan itu adalah....
'Laila?'
Kahar, Laila dah lama nak cari Kahar. Sebenarnya Laila nak telefon Kahar tapi Laila takut kalau Kahar tukar nombor jadinya dari Kelantan, Laila sendiri cari Kahar sampai ke sini.', jelas Laila kepada aku. Aku lihat wajahnya penuh dengan kesedihan.
'Laila ada apa cari Kahar?', tanya aku kepada Laila.
'Laila ada berita nak sampaikan kat Kahar. Laila harap Kahar dapat menerima apa yang Laila cuba nak sampaikan.' Laila menghelakan nafas.
'Ada orang masuk meminang Laila.' Perasaan aku bercampur baur. Terkejut, Sedih, Marah semua ada. Kenapa benda ni mesti terjadi?
'Jadi, Laila terima pinangan tu?' Laila mengangguk.
'Terpaksa. Sebab ibu dengan ayah Laila dah terhutang budi dengan keluarga dia. Sebenarnya, diorang dari dulu tak merestui hubungan kita, Kahar.' Hati aku mula retak seribu.
'Itu je Laila nak sampaikan. Kahar jangan sedih tau. Anggaplah kita memang dah tak ada jodoh. Laila harap Kahar dapat perempuan yang lebih baik dari Laila. Laila pergi dulu. Selamat Tinggal, Kahar.' Laila pun masuk ke dalam perut teksi tersebut lalu teksi itu berlalu pergi.
Aku tak mampu menahan air mata. Kenapa dia sanggup buat aku begini? Laila sudah berjanji dengan aku untuk menunggu sehingga aku sudah menamatkan pelajaran aku di KUDRAT. Tak sangka, dia memungkiri janji itu.
END OF FLASHBACK
'So, kau masih mengharapkan dia lagi?', tanya Ad kepada aku.
'Sejujurnya, aku masih berharap dengan dia. Tapi, mustahil sebab aku dapat berita baru tentang dia. Dia dah berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dia. Jadinya, aku mengharapkan bayang-bayang dia je.' Ad mengangguk faham. Sama seperti Ad yang masih sayangkan Fakhri dan mengharapkan lelaki itu berubah tetapi sama saja.
'Sabar lah wei. Nanti kau akan jumpa perempuan yang baik untuk kau.'
![](https://img.wattpad.com/cover/335971789-288-k824515.jpg)
YOU ARE READING
PHC Level Up! // Abdul Kahar X Adelea Farisha
FanficAmir Ahnaf as Abdul Kahar (seperti biasa) Reader as Adelea Farisha Ikuti kisah perjalanan seorang bekas 'Kapla' yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan bertemu dengan seorang gadis di tempat kerjanya iaitu Adelea Farisha. Dan temui juga KUDRA...