CHAPTER 3

2K 89 4
                                    

"AKU terima nikahnya Tengku Mayra Qalishah binti Tengku Malik dengan mas kahwin seutas gelang emas dan senaskah al-quran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU terima nikahnya Tengku Mayra Qalishah binti Tengku Malik dengan mas kahwin seutas gelang emas dan senaskah al-quran."

Mayra tersenyum bahagia dibelakang tirai yang memisahkan pengantin lelaki dan perempuan. Dia tidak sangka dia akan berkahwin dengan crushnya sendiri sejak kecil. Pikirannya mula terawang saat perkenalan kali pertama dia dan Kaiser Gabriel.

"Hai! Nama kita Mayra." Tangan kecil dihulurkan pada budak lelaki dihadapannya. Huluran tangan itu tidak disambut malahan dijeling tajam.

"Kaiser." Jawabnya sepatah.

"Awak ni garangnya. Macam rimau. Orang nak salam pun tak oleh." Monyok Mayra. Kedua belah tangan memeluk teddy bear.

"Haram." Bidas Kaiser, dia fokus membina lego.

"Haram tu apa?" Kali ini, Mayra mencangkung disebelah Kaiser. Wajah lelaki itu direnung dengan penuh minat dari sisi wajah lelaki itu.

"Haram tu macam babi dengan anjing. Tak boleh sentuh." Jawab Kaiser datar. Dia malas mahu menjelaskannya dengan lebih teliti.

"Ha! Apa! Awak nak cakap kita sama macam babi dengan anjing ke? Kita bagitahu mummy awak!" Marah Mayra, dia lantas bangun dari cangkungan. Kedua belah kaki dihentak sebelum berlari anak keluar dari bilik permainan lelaki itu.

"Assalamualaikum isteri abang." Suara garau itu mematikan lamunan Mayra. Laju dia mengangkat kepala memandang sang pemilik suara. Wajah Kaiser yang sedang tersenyum manis membuatkan jantung berdegup laju. Bila masa pula dia ada dekat sini?!

Pipi mula terasa panas.

"Assalamualaikum isteri abang." Kaiser Gabriel mengulang kembali kata-katanya lembut. Tangan dihulurkan, meminta tangan Mayra untuk menyarung sebentuk cincin berlian. Mayra tersenyum sebelum diberikan pada Kaiser. Jika dulu dia yang meminta lelaki itu menyalaminya, kini lelaki itu yang meminta untuk disalam.

Semuanya terasa dejavu.

Tangan kasar Kaiser disalam dan dikucup penuh kasih sayang. Sebaik sahaja dia mengangkat kepala, sesuatu yang lembut mencium dahinya.

"I love you for the rest of my life Mayra Qalishah." Sempat Kaiser membisik sesaat melepaskan kucupan di dahi.

Dan kata-kata itu, cukup membuatkan benih cinta yang lalu kembali subur dalam hatinya. Hati mula terusik sebak, dunia yang hancur 10 tahun lalu seolah kembali tercipta.

Mereka merenung satu sama lain. Air mata Mayra mengalir jatuh, dia mahu momen ini kekal selamanya. Terpahat dihati lalu disimpan dalam peti besi agar menjadi khazanah terindah dalam hidupnya.

Kaiser Gabriel mengusap lembut air mata Mayra yang jatuh membasahi pipi.

"Cantik ah!" Sorak Arman dengan posisi sedang mengambil gambar mereka.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now