MATA Mayra membulat besar apabila melihat bilik hotel yang dipesan oleh Kaiser. Cantik dan klasik! Macam tengah duduk dalam Istana opera. Laju kakinya mengelilingi bilik hotel itu. Mulut ternganga-nganga kerana kagum.
Kaiser hanya tersenyum nipis. Mayra tidak pernah berubah. Masih dia ingat lagi reaksi kagum Mayra melihat dewan hotel yang digunakan semasa majlis graduasi sekolah 10 tahun lalu.
Sama. Terasa dejavu.
Dia berjalan mendekati Mayra yang berada di beranda luar.
"Cantik?" Soalnya. Dia turut memandang permandangan kota paris itu sebelum pandangannya jatuh pada wajah isterinya disebelah.
Mayra mengangguk sambil tersenyum lebar. Dia suka Paris! Angan-angannya sejak kecil lagi dia mahu berbulan madu di Paris bersama dengan bakal suaminya. Dan kini, angan-angannya menjadi nyata.
"Kita pergi jalan-jalan nak? Ambil angin." Ajak Kaiser.
"Nak! Tapi... boleh tak kita pergi makan dulu? Mayra lapar." Perut leper itu digosok-gosok sambil menayangkan wajah kasihan.
"Okey, kita pergi." Kepala Mayra diusap penuh kasih sayang. Seraya itu Mayra melompat kegembiraan sambil menepuk tangan. Kaki kecilnya laju masuk kedalam bilik, mengambil beg tangan dan barang keperluan yang lain.
HOT chocolate dihirup perlahan. Sedap! Dah lama dia teringin nak minum hot chocolate dekat Paris! Yang sama macam Khairul Aming tu.
Croissant diatas piring diambil lalu dirobek kecil, dicicah ke dalam hot chocolate sebelum dibawa masuk ke dalam mulut. Terpejam rapat matanya menikmati kelazatan croissant tersebut.
"Are you done?" Soal Kaiser tanpa mengalihkan mata daripada iPad ditangan. Cepat-cepat Mayra menghabiskan croissant ditangan sebelum mencuit lengan Kaiser dan mengangguk tanda dia sudah selesai.
Kaiser tersenyum senget. Pipi yang mengelembung penuh ditarik dan dipicit geram sehingga kemerahan.
"Jom." Ajak Kaiser. Dia bangkit lalu menghulurkan tangannya pada Mayra. Huluran tangan Kaiser disambut sebelum cawan hot chocolate diambil.
Kaiser menekan butang pejalan di tiang lampu trafik untuk ke seberang jalan. Gengaman tangan Mayra dilepaskan sebaik sahaja dia melihat wanita tua yang memakai tongkat. Jalan wanita itu juga terlihat payah.
Tanpa membuang masa, Kaiser menegur wanita itu. Mayra hanya melihat dari belakang. Entah apa yang Kaiser borakkan dengan wanita itu pun dia tidak tahu.
Secara tiba-tiba, dahi Mayra berkerut apabila melihat Kaiser mengendong wanita itu ke seberang. Perlahan-lahan, senyuman terukir dibibirnya. Itulah sikap peka Kaiser, yang selalu membuatkan dia jatuh cinta pada lelaki itu lebih dalam.
Tanpa sedar, kakinya melangkah mengikuti langkah Kaiser dari belakang. Telefon diambil dari dalam beg tangan. Dia mengambil gambar Kaiser dan wanita tua itu. Dia mahu merakam momen ini, jika dia punya anak bersama Kaiser suatu hari nanti, dia mahu tunjukkan pada anaknya bahawa bapa mereka adalah superhero yang tidak segan until membantu orang lain. Moga-moga anak mereka membesar mewarisi sikap Kaiser.
YOU ARE READING
COMIENZO | OG
Romance[On going] Jika tuhan bertanya apa yang membuatku bersyukur dilahirkan didunia ini, maka kamu ialah jawapannya. "Kau kena stay dengan aku! Tak kesah apa yang jadi. Kali ini aku tak kan hilang kau lagi Mayra." - Kaiser Gabriel "Stay? Dengan kau? Kau...