Comienzo | 09

1.7K 65 9
                                    

MALAYSIA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAYSIA.

SELENDANG hitam diatas kepala dikemaskan supaya auratnya tidak terdedah. Mayra memusing kearah belakang sambil melihat labuh selendang dibelakang melalui cermin meja, senteng, masih tak melepasi paras dada.

Dia memperbetulkan labuh selendang tersebut lantas mengambil kerongsang untuk di pin supaya labuh selendang itu tidak berubah apabila dia bergerak. Tangannya tergapai-gapai mahu mencucuk jarum kerongsang.

Tangan dia ini pendek sahaja, manalah sampai nak pin kerongsang dekat belakang. Mayra mengeluh, sudah puas dari tadi dia cuba untuk pin kerongsang tapi masih tak lepas juga. Tangan ni pun satu, kenapa pendek sangat ha?

"I'll do it for you." Tegur satu suara husky dari belakang. Mayra memusingkan tubuhnya menghadap pemilik suara, terlihat Kaiser yang hanya mengenakan tuala separas pinggang sambil mengeringkan rambut dengan tuala kecil, berjalan kearahnya.

Hati dia mula berdegup laju, anak mata melilau melihat tubuh kekar milik suaminya dari sixpack, ke dada, bibir dan berakhir pada rambut Kaiser yang basah terjuntai didahi. Jika dilihat sekali lagi, nampak tersangat seksi. Mahu saja dia terkam tubuh berotot itu.

Kerongsang didalam bekas kecil baldu biru itu diambil. Dia merapati tubuh Mayra, tangannya naik memeluk batang leher Mayra sebelum dipinkan kerongsang itu dibelakang selendang.

Selesai sahaja, Kaiser menjatuhkan wajahnya dicelah leher Mayra. Tangan pula jatuh memeluk pinggang ramping milik isterinya. Mata tertutup rapat sambil menghidu bau wangian isterinya.

Mayra mengoyakkan senyuman. Siapa je tak suka bila laki sendiri nak bermanja? Dia membalas pelukan Kaiser.

Jeda. Mereka masih dalam posisi yang sama. Sedikit pun tidak berubah.

"Bila nak lepas ni?" Soal Mayra. Sudah sejak dari tadi mereka begini. Daripada Kaiser rambut masih basah, sekarang hampir kering.

" For a moment. Abang masih rindu Mayra and..."

"I don't want to let you go... Ini satu-satunya cara untuk abang tahu yang Mayra masih bersama dengan abang dalam setiap saat." Kepalanya masih berada dipundak Mayra.

Senyuman Mayra semakin melebar.

"Sudahlah, nanti lambat pula nak melawat kubur mama dengan papa." Mayra merungkai pelukan Kaiser. Tubuh kekar Kaiser ditolak lembut menjauhi tubuhnya.

"Sayang tunggu abang dekat bawah. 10 minit. Abang turun bawah." Setelah mengucapkan itu, Kaiser mengucup dahi Mayra. Senyuman manis dihadiahkan pada isterinya sebelum bergerak masuk ke dalam bilik wardrobe.

Mayra menggeleng. Kaiser suka benar mencium dahinya walaupun hanya mahu berpisah sebentar sahaja. Handbag diatas meja diambil lalu dipakai sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.







COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now