Permandangan dihadapannya ditatap kosong. Terasa segala emosi negetif bercampur aduk dilubuk hati. Keluhan kecil juga keluar dari mulut Kaiser. Sebaik sahaja dia menerima panggilan kecemasan, dia terus bergegas ke markas di Italy. Tidak sangka pula dia akan dihidangkan dengan permandangan penuh hiba ini.
Markas miliknya telah hancur diserang musuh. Hanya tinggal longokkan serpihan batu-batuan besar dan besi yang mengukuhkan badan markas mereka sebelum ini. Mayat-mayat anggota pasukannya juga terdampar diatas tanah. Ada juga yang tersepit diantara batuan besar. Bahkan yang paling teruk, mayatnya hancur terburai kesan daripada dibom.
"Kaiser..." Panggil seorang lelaki dibelakang Kaiser. Kaiser menoleh. Jelas terpapar pandangan putus asa dimatanya.
"Macam mana lepas ni?" Kaiser termanggu. Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulutnya. Markas di Italy adalah salah satu markas The Crux terbesar yang menempatkan banyak anggota dan maklumat penting yang sulit. Organisasi mereka sedang melemah dan kemungkinan besar mereka bakal diserang lagi oleh musuh yang lain supaya mereka terhapus 100%.
"Adam. Kumpulkan anggota kita yang selamat. Hantar pesanan pada hq di German untuk terbangkan unit elite ke Italy dan ketatkan keselamatan markas-markas kita yang lain. Kerah unit elite kita di Malaysia untuk lindungi isteri aku dari jauh. Aku akan stay dekat sini sampai semuanya selesai." Berat suara Kaiser memberi arahan. Hatinya tidak terasa enak. Dia risau dengan keadaan Mayra di Malaysia.
Bagaimana kalau Mayra diculik sebagai tebusan?
Adam mengangguk sebelum berlalu pergi menyelesaikan tugas yang diberi.
Kaiser mengambil telefon didalam kocek seluar. Nombor Arman didail.
Tut! Tut!
"Hello?" Kedengaran suara Arman disebelah panggilan.
"Kau dah dapat info?" Soal Kaiser.
"Sudah. Apa yang kau akan buat Kaiser? Bagi aku arahan. Aku akan datang sana." Serius suara Arman. Kaiser melepaskan keluhan kecil. Cukup hanya menyapa deria pendengaran dia sahaja.
"Isterinya aku dah balik? Dia okay tak?"
Jeda.
"Mayra okay. Dia tengah tidur. Sekarang dekat sini tengah malam." Tanpa sedar, Kaiser tersenyum nipis. Dia terbayang dengkuran kecil Mayra saat sedang tidur. Wajah itu juga terlihat tenang sahaja. Dia lega.
"Arman, aku ada tugas untuk kau. Aku percayakan tugas penting ni untuk kau."
"Apa dia bro? Aku akan buat." Kaiser meneguk liur. Tekaknya terasa perit untuk mengeluarkan ayat yang mahu disampaikan.
"Isteri aku.....jaga dia. Aku percayakan kau Arman. Aku amanahkan isteri aku dekat kau. Mayra isteri aku. Jiwa aku. Jaga dia elok-elok. Jangan biarkan dia tersakiti. Sepanjang hidup dia, dia tak pernah rasa bahagia, Arman. Aku tak tahu lepasni aku akan balik atau tidak. Aku percaya kau Arman. Kalau aku tak balik, tolong bahagiakan isteri aku Arman. Tolong sambung tugas aku untuk bahagiakan dia." Arman terdiam. Apa maksud Kaiser? Kenapa sampaikan wasiat sebegini? Betul-betul nak mampus ke?
YOU ARE READING
COMIENZO | OG
Romance[On going] Jika tuhan bertanya apa yang membuatku bersyukur dilahirkan didunia ini, maka kamu ialah jawapannya. "Kau kena stay dengan aku! Tak kesah apa yang jadi. Kali ini aku tak kan hilang kau lagi Mayra." - Kaiser Gabriel "Stay? Dengan kau? Kau...