PERJALANAN yang memakan masa selama 6 jam benar-benar membuatkan tubuhnya terasa kaku. Mayra mengeliat kecil sebaik sahaja keluar dari kereta, meregangkan segala otot ditubuh.
Rumah kayu lama dihadapannya direnung. Cantik dan klasik. Masih terlihat ukiran seni bina traditional disetiap tiang seri. Rumah kayu ini terlihat seperti Rumah Melaka. Indah persis istana.
"Assalamualaikum! Tokma! Isa datang ni." Laung Kaiser sambil mencekak pinggang. Sudah kebiasaan menggelar dirinya 'isa' sejak kecil oleh neneknya. Biasalah, orang tua, mana reti sangat nak menyebut nama mat salleh. Baik-baik nama Kaiser dipanggil 'Isa'.
"Kejap-kejap! Tokma datang." Jerit satu suara tua dari dalam rumah. Tak lama selepas itu, terlihat sosok wanita tua membuka pintu rumah kayu tersebut.
"Amboi cucu aku! Lama betul tak datang. Ingatkan dah masuk kubur dulu daripada tokma." Gurau wanita itu sambil berjalan mendekati Kaiser dan Mayra.
Kaiser hanya tersenyum. Tidak terkesan langsung dengan gurauan neneknya. Tangan dihulurkan pada wanita tua itu untuk disalam.
Perasan akan pandangan neneknya pada Mayra, dia menolak tubuh Mayra kehadapan.
"Sayang, salam tokma." Arah Kaiser. Mayra hanya menurut. Dia menghadiahkan senyuman manis pada wanita tua itu.
"Ini gelprend kamu ke Isa? Cantik orangnya. Tak padan dengan kamu." Seloroh tokma menyebabkan Mayra tertawa kecil. Tidak tahu pula dia bahawa Kaiser memiliki nenek yang lucu sebegini.
"Ini bukan gelprend tokma. Ini isteri Isa."
"Aik? Sejak bila kamu kahwin? Tokma tak tahu pun." Soal tokma dengan kerutan didahi.
"Memanglah tokma tak tahu, masa Isa kahwin tokma sibuk berjalan dekat London dengan mummy dan daddy. Nak beli beg Gucci limited edition lah bagai."
"Alamak! Tokma lupalah." Balas tokma. Kepala digaru sambil tersenyum sengih.
"Ha, gelprend Isa ni nama apa?" Soal tokma pada Mayra.
"Mayra, Tengku Mayra Qalishah." Sebaik sahaja Mayra memberitahu namanya, tokma menampar lengan Kaiser kuat.
Mendesis Kaiser menahan pedih akibat tamparan tokma. Lengannya digosok.
"Patutlah cantik bebenor isteri kamu ni, berdarah biru rupanya. Keturunan anak raja. Ini nak raja." Tunjuk tokma pada Mayra.
"Ini pula anak iblis." Tunjuknya pula pada Kaiser. Dia juga tertawa dengan lawaknya sendiri.
Mayra disebelah mengemam bibir rapat. Menahan tawa daripada keluar. Wajah Kaiser disebelah dikerling. Masam mencuka!
"Dah-dah lah ye, bersuka ria. Meh le masuk dalam. Tokma baru je lepas masak nasi dagang." Ujar tokma. Dia menarik tangan Mayra mengikuti langkahnya masuk ke dalam rumah.
Mayra hanya menurut. Dia menoleh kearah Kaiser, seiakan memberi isyarat mengajak lelaki itu masuk sekali.
"KAMU kenapa balik sini? Biasanya susah betol nak balik." Soal tokma sambil menuang air sirap kedalam cawan.
"Isa nak tokma rawat isteri Isa." Berubah risk wanita tua itu apabila mendengar permintaan cucunya.
"Isteri kamu sakit ke Isa?" Tanpa banyak bicara, tubuh Mayra disebelah dipusing, dibelek-belek
"Bukan tokma."
"Habistu?"
"Esok, Isa nak bawa isteri Isa pergi honeymoon. Jadi Isa nak tokma bagi dia rasa macam pengantin baru, mandi bunga, berinai. Yelah, kitaorang majlis pun tak de. Kahwin pun tak ramai yang tahu. Jadi Isa nak tokma bagi isteri Isa rasa macam mana rasa jadi pengantin perempuan." Terang lebar Kaiser.
YOU ARE READING
COMIENZO | OG
Roman d'amour[On going] Jika tuhan bertanya apa yang membuatku bersyukur dilahirkan didunia ini, maka kamu ialah jawapannya. "Kau kena stay dengan aku! Tak kesah apa yang jadi. Kali ini aku tak kan hilang kau lagi Mayra." - Kaiser Gabriel "Stay? Dengan kau? Kau...