- surat

937 38 25
                                    

kahaq qolqolah

kahaq qolqolah
Oi.
Kau ada dalam kelas lagi kan.

you
ada
nape
kau jangan cakap kau nak suh aku ajar kau
eh gila memang tak a
belajarla sendiri

kahaq qolqolah
Dah terlambat.
Aku dah ada depan pintu kelas dah.

you
kau belajarla sendiri gila
menyemak je

kahaq qolqolah
Tak elok tak kongsi ilmu tu.
Nanti langsung tak berkat.

you
buto mu
MASUKLA PAT
AKU KUNCI PINTU NI KANG

kahaq qolqolah
SABO LA GILA.
TALI KASUT AKU TERBUKAK.
seen

─────────────

"Kau memang tak ada kerja eh datang kelas malam - malam buta semata sebab nak suruh aku ajar kau kimia? Kimia bukan susah mana pun, kau cok cek cok cek settle masalah." aku menerangkan kepada kahar tentang rumus kimia yang tidak ia fahami sehingga harus berjumpa denganku di malam hari.

"Otak engkau cok cek cok cek." Kahar berkata datar, dia mengambil bukunya dan kemudian menulis apa yang telah aku terangkan.

Aku melihat ke arah beg silang yang Kahar selalu bawa tak kira kemana jua. Fikiran jahat terbenak di minda, aku dengan perlahan mengambil beg silang itu kemudian membuka zip nya untuk menemukan begitu banyak sekali surat - surat di dalamnya.

Kahar ni suka tulis surat eh? Tapi untuk siapa?

Dengan perasaan ingin tahu yang semakin membuak - buak, aku mengambil salah satu surat itu dan membaca nama yang tentera di situ, "Ila? Siapa Ila?" aku terlalu lama merenung nama pada surat itu sampai tidak sedar Kahar telah pun selesai menulis.

"Woi, kau buat apa tu!" kerana terkejut dengan suaranya, aku melepaskan beg silang itu sehingga ia jatuh ke tanah. Kahar dengan pantas mengutip setiap satu surat yang terkeluar itu dan memasukkannya kembali ke dalam, "Kahar, kau ada awek eh? Kenapa tak bagitahu aku do, aduhai Kahar ni."

Kahar meneguk air liurnya melihat aku yang melambai - lambaikan sebuah surat yang masih lagi berada di tanganku, "Weh Amara, sumpah jangan bukak surat tu." aku tidak mendengarnya, malah aku tersenyum lebar melihat dirinya yang sudah panik.

"Apalah agaknya isi surat ni sampai - sampai kau tak nak aku tengok eh? Mari kita lihat," perlahan jariku membuka surat itu, dan isinya buatkan aku terkedu.

"Kahar- surat ni.." aku memandangnya yang sudah pun meraup rambutnya dengan wajah yang datar, "Ya, surat tu surat cinta yang aku tulis untuk engkau, Naaila Amara."

.・✫・゜・。.

─────────────

─────────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
surat cinta; a. kahar [discontinued]Where stories live. Discover now