Panglima James dan Jessica berjalan menuju ke arah pintu gerbang istana. Sebelum mereka dapat masuk ke dalam, mereka perlu mendapatkan keizinan daripada penjaga pintu gerbang istana dulu.
Darrel yang berada di belakang Jessica tergamam melihat rupa penjaga-penjaga pintu gerbang itu.
"B-biar betul!" Darrel berkata begitu dengan mulut ternganga, Jessica dan Panglima James hanya tersenyum.
"Siapa korang bertiga...apa tujuan ke sini..." Salah seekor daripada naga itu bersuara.
Panglima James diam sahaja, dia cuma menunjukkan tongkatnya kepada naga-naga tersebut.
"Oh! Panglima James yang agung, maafkan kami berdua kerana tidak dapat mengecam Panglima..." Kedua ekor naga tadi tunduk menghormati Panglima James.
"Heh Drago 1, Drago2...900 tahun aku bertugas di kerajaan ni, korang sekali pun tak pernah cam aku. Apa lah, dasar naga nyanyuk!" Sudah puas Panglima James mengata naga-naga tu, dia pun terus berjalan masuk ke dalam kawasan istana diikuti Jessica.
Darrel pula masih sedang leka memerhatikan naga-naga tu sampai diaorang pun pelik.
"Ni kenapa tengok kitaorang macam tu? Tak pernah tengok naga ke?" Drago 1 memandang manusia bernama Darrel tu dengan pandangan pelik.
"Abang naga nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah, apa dia?"
"Abang ni...naga ke makhluk gorgon? HAHAHAHA!" Darrel terus membuka langkah seribu berlari mengikuti Jessica.
"Cis! Tak guna punya manusia...nasib baik kau ada kena mengena dengan Panglima James, kalau tak dah lama aku makan kau! Huh...." Drago 1 melihat Darrel berlari dengan mata yang merah menyala.
"Sabarlah abang, ratusan tahun manusia bertanya soalan yang sama dekat kita...pasrah je lah menjadi seekor naga.." Drago 2 memandang dengan wajah pasrah sambil menepuk bahu Drago 1.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Ampun Tuanku Permaisuri.." pemberitahu istana datang menghadap pada Permaisuri Ariana.
YOU ARE READING
GUERRA DE AMOR (SU)
FantasyDia merupakan seorang pahlawan wanita jelita yang sedang mengembara mencari erti kehidupan. Jessica Georgiana, seorang wanita yang menjadi idaman para lelaki di seluruh Kota Ambrose. Tetapi semuanya tidak berjaya menarik minat Jessica untuk mencari...