CHAPTER - 31

25 6 34
                                    

"Jauh lagi ke perjalanan kita Pakcik?" Soal Jessica pada Alan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jauh lagi ke perjalanan kita Pakcik?" Soal Jessica pada Alan. Sudah hampir 4 hari mereka belayar di lautan tanpa menemui daratan.

"Masih lagi jauh, tetapi tidaklah begitu jauh..." Jawapan Akan membuatkan Jessica menggaru-garu kepala.

Susah berborak dengan peramal ni.

Sementara itu, Blake dan Darrel sedang berbual kosong. Memandangkan tiada apa yang dapat menghiburkan mereka diatas kapal besar itu.

"Kenapa kau nampak semacam je?" Blake melihat wajah Darrel yang nampak muram saja. Suram dan sebagainya.

"Aku kesian dengan Jessica. Macam-macam yang dia kena hadapi untuk dapat apa yang dia nak. Kenapalah dia diuji begitu..." Darrel mengusap matanya yang terasa pedih sehingga merah.

Melihatkan keadaan itu, Blake menghembus nafas dan melihat ke arah laut yang gelap kerana waktu malam tetapi disinari oleh cahaya bulan,

"Darrel, semua makhluk memang tidak akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Kau pergilah sejauh mana sekalipun, pergilah sedalam-dalam bumi sekalipun, ujian dan dugaan tidak akan terlepas dari kau." Blake menarik nafas pendek dan menelan air liur sebelum menyambung,

"Janganlah risau, Jessica tu wanita yang kuat. Dia pewaris kerajaan yang dan diwarisi oleh ayahandanya sendiri. Tak lama lagi, dia akan dapat takhta yang sepatutnya menjadi milik dia. Cuma sekarang ni, keadaan tak mengizinkan." Blake menepuk bahu sahabatnya itu bersama sedikit senyum.

BAM!

Tiba-tiba, kapal besar itu terlanggar sesuatu yang keras sehingga ia berhenti begitu sahaja di tengah laut.

"Huh? Apa dah jadi," Liam bergegas keluar dari bilik kabin kapten kapal dengan perasaan bercampur baur. Kuat hatinya merasai gegaran tadi, kuat dan juga bahaya.

"Tak tahu, ada sesuatu bawah laut yang kapal kita dah berlanggar." Jessica membalas dengan perasaan risau dan juga bersedia,

"Pertahankan kapal!" Kedengaran suara Alan melaung dari atas kemudi kapal. Habis berselerakan askar-askar dan juga anak kapal bertungkus lumus menyediakan sesuatu.

"Pakcik, apa yang jadi?" Darrel menaiki tangga ke arah kemudi kapal dan berhadapan dengan Alan, ada sesuatu yang nampaknya merisaukan Alan.

"Aku cuai...aku cuai." Tangan Alan menggeletar, dia berjalan dengan laju menuruni tangga menuju ke arah hadapan kapal. Dahinya berpeluh, menandakan ada masalah yang dia hadapi.

"Pakcik...apa yang jadi?" Jessica bertanya dengan suara yang lembut dan tangannya diletakkan atas bahu tua Alan.

"Laut ni...tak selamat. Aku tersilap langkah." Alan menyapu wajahnya dengan tangan. Pandangannya ditujukan ke segenap arah dan penjuru kapal dan juga laut.

"Laut ini... tinggalnya seekor makhluk...yang wujud sejak peradaban dan Alam Mystical...diciptakan. Seekor makhluk purba mendiami dasar laut." Alan melihat ke hadapan kapal.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now