CHAPTER - 16

17 8 123
                                    

"Bunga ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bunga ini...puncanya..."

Pak!

"Aduh! Pakcik!" Blake mengusap kepalanya yang berbenjol kerana diketuk oleh Alan.

"Jangan nak serius sangat. Santai sudah." Kata Alan ringkas tapi dingin.

"Kejap! Awak cakap bunga ni punca asap tu jadi kan? Kenapa awak tak terangkan benda ni dari awal? Sebab awak kan dah baca tentang perihal bunga ni!" Soal Jessica sambil memandang tajam ke arah Blake diikuti Darrel.

Alan, Panglima James dan juga Permaisuri Grace tidak terlepas untuk memandang Blake dengan pandangan yang sama.

"N-nanti dulu! Memanglah aku ada baca pasal bunga tu, tapi tak habis...aku baru je baca balik pasal bunga ni.." Blake menghentikan ucapannya kemudian mengeluarkan sebuah buku dari begnya.

Tajuknya ditulis 'Jenis Bunga Ajaib'. Blake menyelak halaman muka surat buku itu satu persatu.

"Ha ini dia! Bunga...apa nama bunga tu? Aku lupalah." Tanya Darrel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

PAK!

Kalini kepala Blake diketuk lebih kuat dengan tongkat besi milik Panglima James.

"Bodohlah kau ni, dah tajuk buku tu 'Jenis Bunga Ajaib', bacalah tajuk tu dekat situ! Eii!" Hampir saja Panglima James nak ketuk kepala Blake sekali lagi tapi dihalang oleh Alan.

"Sabar James." Alan tak berani nak kata lebih-lebih pada Panglima James. Takut nanti dia juga kena pukul dekat kepala.

"M-maaf! Aduh..." Blake mengaduh kesakitan kerana dipukul sekali lagi.

"Ok nama bunga tu Rosevine, dijumpai dekat puncak Gunung Miroculus, tumbuh sekali setiap 1000 tahun..." Blake melihat perenggan seterusnya dalam buku itu tentang bunga ini.

"Dan juga bunga ini akan menjadi sangat beracun jika dibiarkan di kawasan luar selama beberapa hari..." Blake beralih dari buku itu dan melihat ke arah Jessica.

"Cuba awak periksa beg awak, ada tak bunga tu lagi?"

Jessica meminta beg galasnya pada Darrel. Dengan pantas Darrel memberikannya kepada Jessica, dia pun memeriksa beg itu.

"Tak ada..."

Darrel pula sibuk meneliti Jessica yang sedang memeriksa seisi beg itu.

Bukan perhati saja-saja, ada benda lain yang dia dapat.

"Jessica..." Darrel meletakkan tangannya di suatu tempat di beg itu.

"Beg ni...koyak." Jessica terkejut kerana melihat ada lubang sebesar 3 jari Darrel di bawah beg.

"Maknanya, bunga tu dah tercicir daripada beg Jessica sejak beberapa hari yang lepas.." kata Darrel membuat penjelasan yang logik.

Panglima James mengambil bekas kaca berisi bunga yang telah layu itu lalu diteliti.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now