CHAPTER - 24

22 8 152
                                    

"Sunyinya bandar ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sunyinya bandar ni..." Kata Panglima James apabila dia melihat suasana kawasan bandar Kota Leronze yang sunyi dan sepi.

"Yang penting sekarang, kita kena cari Jessica dan Darrel. Tapi pertama sekali, kita kena cari Blake dan Liam." Balas Alan yang memang sudah mengetahui identiti mereka.

"Liam? Liam...oh! Budak tu, marilah kita cari diaorang sekarang. Kau tahu kan rumah dia dekat mana?"

"Tahu. Jom masuk portal cepat. Portalios." Alan sekali lagi membuka portal untuk mempercepatkan urusan mereka.

Mereka berdua pun masuk ke dalam dan pintu portal pun tertutup.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mereka berdua akhirnya sampai di hadapan rumah Liam.

"Mari masuk." Kata Alan kemudian terus membuka pintu rumah.

Dan kelihatan Blake yang memang seperti sedang menanti Alan dan Panglima James.

"Pakcik, syukurlah pakcik dah sampai." Blake bangun dari duduknya dan tersenyum gembira melihat kelibat dua orang tua yang memang dipercayai.

"Apa dah jadi, mana Jessica dengan Darrel? Macam boleh kena tangkap?" Tanya Panglima James dengan riak wajah risau.

"Jangan risau pakcik...mereka selamat." Tiba-tiba muncul Liam dari ruang tamu dengan wajah seperti sedang menahan sakit.

"Liam?" Panggil Panglima James sambil memorinya cuba mengingat wajah Liam.

"Anak Vincent Phineas." Balas Liam sambil tersenyum hormat.

"Ha! Anak Vincent! Aku kenal kau, dah besar rupanya...maaf sebab tak dapat hadir pengebumian mak kau 6 tahun lepas."

"Tak apalah pakcik. Sekarang ni Jessica dan Darrel lebih penting. Diaorang kena tangkap, saya pun tak pasti kenapa diaorang dikesan di sini. Sedangkan saya pun tak pernah beritahu sesiapa yang mereka berada di sini." Jelas Liam sambil menyuruh mereka untuk duduk di kerusi.

"Mesti ada orang yang bocorkan rahsia." Kata Panglima James sambil menongkat dagu.

"Aku tak boleh nak kesan siapa yang buat tu kalau tak ada sedikit pun maklumat tentang dia." Balas Alan yang nampaknya juga tak dapat nak bantu tentang mencari orang yang bocorkan rahsia.

"Tak apa, yang penting kita kena cari cara nak bebaskan Jessica dan Darrel." Sahut Panglima James. Membebaskan mereka berdua adalah yang paling penting.

"Saya dah cuba bercakap Raja Lucas supaya bebaskan mereka berdua, tapi alih-alih saya pula yang kena pukul." Kata Liam yang nampak masih lagi merasakan sakit ditumbuk tadi.

"Tak apa...diaorang tak nak bertolak ansur...kita cuba cara lain..." Alan memberikan pandangan bermaksud lain membuatkan kesemua mereka faham dengan isyarat itu.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now