CHAPTER - 7

38 12 92
                                    

Waktu malam sudah tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu malam sudah tiba. Darrel, Blake dan Jessica terpaksa berteduh di dalam khemah kerana keadaan hujan yang agak lebat dan juga mereka masih belum sampai ke tempat yang dituju.

Darrel dan Blake berteduh di khemah berasingan sebab tak muat satu khemah untuk mereka bertiga.

Sedang Jessica termenung sendiri, Darrel datang ke khemah Jessica.

"Kenapa awak datang sini?" Jessica yang sedang baring lantas bangun untuk membukakan pintu khemah untuk membenarkan Darrel masuk.

"Saya nak bagi makanan ni pada awak. Sup ayam pelangi, saya masakkan untuk hilangkan rasa sejuk awak." Kata Darrel sebelum dia mengelap muka dan tangannya yang basah kerana terkena air hujan.

"Kenapa awak nak kena susahkan diri awak demi saya?" Jessica bertanya soalan yang susah untuk Darrel jawab.

"Sebab...awak penyelamat saya, awak tumpangkan saya berteduh di rumah awak. Dan juga awak comel?"

Mendengar perkataan 'comel' wajah Jessica menjadi merah.

"Apa awak ni! Saya mana ada cantik... walaupun saya ni puteri raja, saya bukankah orang yang reti mencantikkan diri macam mana yang puteri raja lain suka buat.." balas Jessica menafikan dirinya sebagai seorang yang cantik.

"Awak, cantik bukannya hanya untuk orang yang suka pakai alat solek sahaja...semua makhluk cantiklah! Lagi cantik orang tu bila dia tak memakai apa-apa untuk cantikkan muka dia. Dan juga hati yang baik pun menggambarkan yang seseorang tu cantik tau!"

Jessica melihat ke dalam mata Darrel, tiada langsung penipuan dalam kata-katanya tadi. Ini bermakna yang Darrel ikhlas!

"Awak ni...mengadalah!" Jessica memandang ke tempat lain kerana tidak mahu kantoi yang dia sebenarnya tengah malu.

Darrel ketawa kecil, kemudian dia berniat nak tanya sesuatu,

"Jessica, boleh kalau saya nak tanya sesuatu?"

"T-tanyalah. Kalau tak susah saya akan jawab." Balas Jessica kemudian kembali memandang ke arah Darrel.

"Tapi...soalan saya ni macam...agak peribadi, boleh ke?"

"Boleh! Anggap je sebagai bayaran awak dah masakkan sup ayam pelangi untuk saya."

"Baiklah...macam mana awak boleh berada dalam jagaan Pakcik James? Awak kan...anak Raja Alexander. Sepatutnya awak berada dalam jagaan keluarga awak sendiri kan.."

Jessica terdiam sekejap mendengar soalan Darrel, pandangan beralih dari Darrel. Dia melihat ke arah luar khemah yang sedang hujan renyai-renyai.

"Betul awak nak tahu?" Jessica mengeluarkan suaranya setelah diam beberapa saat.

"Kalau tak keberatan untuk awak, saya nak tahu..." Kata Darrel tidak mahu memaksa Jessica. Kalau dia nak cerita, ceritakan. Kalau tak mahu, tak apalah.

Mungkin itu hal peribadi kan.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now