CHAPTER - 29

32 9 75
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana dengan keadaan Pakcik James?" Tanya Jessica dengan nada kerisauan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana dengan keadaan Pakcik James?" Tanya Jessica dengan nada kerisauan.

Panglima James terus pengsan kerana tidak mampu menahan sakit akibat kecederaan yang dialami.

Kebakaran yang berjaya dipadamkan telah menyebabkan hampir separuh daripada hutan terbakar. Tetapi hari ini Permaisuri Grace telah berjaya menanam dan menghidupkan semula pokok yang telah mati.

Kesemua tetamu diraja telah dihantar pulang. Dan kebanyakannya bukanlah anak raja pun, melainkan hanya anak orang kenamaan saja. Anak raja semua tak dapat hadir, banyak hal.

"Racun yang ada dalam luka James agak kuat. Keadaan dia buat masa sekarang stabil. Mungkin agak lama baru dia akan sembuh." Jawab Alan sambil meletakkan botol cecair herba di atas meja setelah selesai membalut luka di lengan Panglima James.

"Tak guna betul...siapa punya angkara ni Pakcik!" Soal Jessica dengan rasa marah yang meluap.

"Thomas, aku dapat bayangkan daripada pertarungan James dengan dia malam tadi..." Jawab Alan dengan wajah yang sedih. Tidak sampai hati dia melihat sahabatnya sampai begini rupanya.

"Apa masalah dia! Saya nak balas dendam!" Jessica hampir saja mahu keluar daripada bilik rawatan dengan amarah yang tidak dapat dikawal.

Tetapi dia berjaya ditahan oleh Darrel.

"Jessica, jangan lupa apa yang cakapkan pada saya semalam. Kawal emosi" giliran Darrel pula menasihati Jessica dengan perkara yang sama.

Jessica menarik nafas panjang sebelum dia kembali duduk. Dia menekup wajah dengan tangan, air mata Jessica mengalir turun.

"Sebenarnya...korang tak tahu kan cerita sebenar?" Soal Alan pada Darrel dan Jessica membuatkan mereka berdua menoleh ke arah Alan.

"Cerita sebenar apa?" Soal Darrel mewakili Jessica yang suasana hatinya sedang tidak stabil.

"James...adalah orang yang bunuh bapa Thomas." Alan mengambil sebuah buku yang berada di rak kayu miliknya dan membuka buku itu.

Kemudian ada sebuah visual muncul di udara seolah-olah pancaran sebuah cerita dimana ada seseorang lelaki berbadan sasa sedang membaca mantera untuk merantai seorang lagi lelaki.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now