CHAPTER - 8

33 11 104
                                    

"Jauh lagi ke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jauh lagi ke...saya dah penat sebenarnya ni." Jessica merungut dengan langkah yang perlahan.

Hampir sehari suntuk mereka berjalan menempuh perjalanan yang panjang.

"Tak lama dah Tuan Puteri, kita dah hampir sampai." Balas Blake dengan bersemangat, jiwa seorang pengembara kan.

"Kalau awak nak tahu, macam ni lah kitaorang bila mengembara. Memang tak reti nak berhenti rehat, melainkan kalau cuaca buruk ataupun ada masalah lain." Tambah Darrel pula dengan ketawa kecil.

"Huh...lelaki betul korang ni..." Balas Jessica yang sudah tercungap-cungap kerana penat berjalan dikawasan yang sedikit berbukit.

Dalam perjalanan, tiba-tiba ada sekumpulan lelaki berbaju hitam sehingga ke kepala muncul disebalik hutan yang tebal.

Darrel dan Blake segera bersedia mengambil tempat. Manakala Jessica pula berada di belakang mereka berdua.

"Siapa korang semua ni!" Soal Darrel dengan suara yang garang. Hilang terus kecuaian serta sifat keceriaan dia sebelum ini.

"Kami diperintahkan untuk membawa kau balik Darrel!" Jawab salah seorang daripada lelaki berpakaian hitam yang dipercayai merupakan ketua mereka.

"Kalau aku tak nak ikut? Apa yang korang nak buat?"

"Jangan salahkan kami kalau bertindak kasar pada kalian semua..." Kesemua ahli kumpulan tadi sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan mereka bertiga.

"Tuan Puteri, kalau ada ilmu mempertahankan diri. Boleh keluarkannya sekarang, kita akan berlawan dengan mereka dan Tuan Puteri kena bersedia mempertahankan diri sendiri." Terang Blake kemudian bersiap sedia dalam keadaan mahu berlawan, begitu juga Darrel.

"Jangan ajar saya Blake, dan jangan panggil saya Tuan Puteri. Panggil saja Jessica, berapa kali saya nak cakap ni!" Jessica mempersiapkan pedang di tangannya.

Beberapa saat kemudian mereka pun pantas menyerang Blake dan Darrel.

"SILAS! Muncul!" Darrel memanggil nama pedangnya dan sekilas pandang, terus pedang itu berada di tangan Darrel.

Terus Darrel membuka langkah laju ke arah salah seorang lelaki.

"Buat kali terakhir aku beri amaran...jangan kacau kami! Kalau tak kau akan rasakan akibatnya." Kata Darrel dengan suara yang dalam. Cuba menghentikan lelaki itu dari menyerangnya.

Tetapi amaran itu dihiraukan, dia tetap menyerang Darrel.

Dan..

Zas!

Pedang Darrel memancung kepala lelaki itu. Kepala dia tergolek jatuh atas tanah di hadapan ketua kumpulan itu.

Wajahnya terkejut tetapi cuba dikawal bagi menghilangkan rasa takut.

Dia memandang pula ke arah Blake,

"Berani korang semua nak kacau kami ya! Soren! Buru mangsa-mangsa kau!" Blake memberikan arahan kepada senjatanya dan terus melayangkan pisau berbilah 6 dia ke udara.

GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now