CHAPTER - 17

19 8 116
                                    

"Jessica! Kamu tak apa-apa ke? Bonda risaukan kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jessica! Kamu tak apa-apa ke? Bonda risaukan kamu." Permaisuri Ariana lantas bangun daripada takhtanya dan terus berjalan ke arah Jessica.

" Permaisuri Ariana lantas bangun daripada takhtanya dan terus berjalan ke arah Jessica

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Istana Kota Ambrose)

"Hmm, ok je bonda. Jangan risau, saya masih hidup lagi." Kata Jessica acuh tak acuh.

3 hari selepas kejadian wabak asap itu di Kota Mellownia, Jessica sembuh dengan cepat kerana keadaan tubuhnya yang kuat. Dia meminta diri untuk pulang ke Kota Ambrose

Kepulangannya itu juga diikuti oleh Darrel, Blake dan juga Panglima James.

"Syukur kamu selamat. Dayang! Bawa Jessica ke biliknya dan siapkan dia dengan pakaian yang cantik. Kita akan adakan majlis makan malam nanti." Kata Permaisuri Ariana dengan senyum penuh bermakna disebaliknya.

Jessica dibawa pergi ke biliknya, pintu pun ditutup. Dan dayang istana itu melihat Jessica dalam-dalam.

"Jessica! Akhirnya kau balik juga!" Dayang istana itu memeluk tubuh Jessica yang kemudiannya di balas dengan pelukan juga.

"Gembiranya dapat jumpa kau Sophia!" Wajah Jessica juga tidak kurang gembiranya apabila melihat gadis yang merupakan dayang istana itu.

Namanya Sophia Morgana, seumuran dengan Jessica. Merupakan dayang istana menyambung pekerjaan ibunya yang telah meninggal dunia. Sudah mula bekerja sejak dia berusia 6 tahun.

"Mana kau pergi Jessica? 4 bulan kau hilang, tak ada sebarang berita pun dari kau. Risau aku!" Kata Sophia dengan wajah yang risau.

"Alahai janganlah risau Sophia, aku pergi mengembara dan tenangkan fikiran je lah." Balas Jessica sambil mencubit perlahan lengan Sophia.

"Kau ni kan, tak habis-habis buat orang risau. Aku dah cakap hari tu jangan pergi. Aku dengar daripada permaisuri yang kau kena tikam semasa berlawan. Apa yang tenangkan dirinya!" Sophia berpaling dari melihat wajah Jessica dengan marah.

"Sudahlah jangan marah lagi. Ni aku ada belikan kau kipas bulu merak dari Kota Mellownia." Jessica mengeluarkan kipas itu daripada beg kainnya.

" Jessica mengeluarkan kipas itu daripada beg kainnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GUERRA DE AMOR (SU)Where stories live. Discover now