𝗘𝗣𝟮𝟲 | 𝗺𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴

22 4 3
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Teruntuk tunang Kim Mingyu" sekali lagi aku menyakat dengan senyuman senget.

Mingyu menggulingkan anak mata. Dia ikut juga tersenyum tetapi senyumannya adalah senyuman pasrah diejek aku semenjak pulang dari warung jjajangmyeon hinggalah kami sampai ke perkarangan rumah.

"Sudahlah ! Kau tak penat ke ?" balasnya cuba untuk menghentikan aku.

Aku tertawa mengekek sambil menggeleng. "Tak. Suka lagi adalah. Saya sempat snap lagi tau. Sunbae nak tengok ?" aku mengacah mahu membawa keluar telefon bimbit.

Tak mahu memberi aku peluang untuk menyakat lagi, Mingyu pantas menarik tanganku dan merampas peranti yang baru keluar tadi.

"Eoh, sunbae ! Bagi balik !" ugutku melompat kecil ingin merampas telefon kembali.

Kali ini giliran Mingyu pula yang ketawa. Telefon ditangannya dibawa setinggi yang boleh sedangkan aku yang kerdil ini cuba untuk melunjur tangan hingga ke penghujung dunia pun tak mampu.

Terlompat - lompat aku seperti anak katak dibuatnya. Mingyu memautku sebentar berjaga - jaga risau aku terjatuh. Kami berdua ketawa seperti dunia ini sudah tidak wujud dan hanya kami penghuni yang tinggal.

"Wah, wah, wah. Bukan main lagi eh kamu berdua ni" lompatan aku terhenti seraya aku dan Mingyu berkalih.

"Mama ! Papa !!" jeritku teruja berlari pada pasangan yang sedang berdiri tersenyum - senyum ke arah kami. Tanganku didepakan memeluk mama terlebih dahulu dan papa menyertai kami kemudian.

Mingyu menunduk hormat ke arah tetamu sehari dirumahnya itu. Dia berjalan berdiri di sebelah Puan dan Tuan Kim dengan wajah segan selepas apa yang terjadi tadi.

"Kamu dengan Mingyu ada apa - apa ke ? Lain macam je mama tengok" mataku dibundarkan saat disoal.

Sempat aku mengerling Mingyu sebentar. Dia juga ikut malu disoal begitu. Kami berdua menunduk memandang lantai.

"Ha, bukan lain macam. Dah macam - macam saya tengok" tambah Puan Kim pula mendapat sambutan gelak dari pasangan tetamunya sendiri.

"Eomma" bisik Mingyu mencuit lengan emaknya. Cis, yelah tu malu.

"Mama, papa bila sampai ? Kenapa tak bagitahu Hayoon ?" soalku mahu mengubah topik. Senyuman di wajah mereka berdua tak pernah luntur. Sama saja seperti kali terakhir kami berjumpa. Rindu benar aku dengan mereka.

"Baru saja pagi tadi. Dari airport terus ke sini. Mama kamu tak menyempat nak datang jumpa kamu ni" ujar Papa mengundang jelingan manja dari isterinya.

Aku memandang Mama sambil ketawa mengekek. "Hm, iyalah. Kita rindukan anak dara seorang ni. Tapi tak tahulah pulak dia tak rindukan kita pun" anak mata wanita tua itu mengerling pendek ke arah aku dan Mingyu.

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now