" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? "
Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Cik Hayoon" tegur Wonwoo sewaktu aku membuka pintu bilik.
Keningku diangkat sambil menggosok mata yang masih kuyu selepas bangun dari tidur. Aku berkalih ke belakang memandang jam dinding. Ah, masih pukul 8 !
"Ada apa ni ? Harini mana sekolah. Hari Sabtu kan ?" soalku sedikit jengkel.
Harini jela yang mampu aku nikmati untuk rehat sepenuhnya. Tiba - tiba kena kejut pulak. Baru je seronok mimpi pergi Caratland tadi. Tak pasal - pasal masuk Realityland balik.
Wonwoo menggangguk perlahan. Wajah kelatnya serba sedikit membuatkan aku mula serba salah. Kesianlah pulak pagi - pagi dah kena marah.
Sudahlah aku ni menumpang je.
"Erm, ada apa ?" aku mengendurkan suara tegang tadi.
"Er, kawan Cik Hayoon datang. Dia kata ada kerja kumpulan hari ini"
Jantungku berhenti berdengup. Tanpa menunggu kata lanjut darinya, aku terus melompat turun anak tangga berlari ke ruang tamu. Dah macam cicak salamander atas air tu dah aku rasa bila berlari. Kalah Usain Bolt nyah.
Inilah masalahnya bila rumah besar sangat. Tak kira sepantas mana aku berlari, pintu rumah masih tak kelihatan.
Kakiku mempercepatkan langkah sewaktu anak mata ini terserempak dengan Mingyu yang kebetulan lalu di depan pintu rumah. Dia mencapai tombol pintu setelah diketuk berkali - kali.
Bayang - bayang Jeonhwa, Vernon dan Chan di balik tingkap sudah dapatku tangkap. Ah, gawat. Rahsia yang aku jaga berbulan - bulan ini tak boleh terbongkar begitu sahaja.
"Mingyusunbae, berhenti !" sempat aku acah slow - motion di situ. Kalah Coki rambut karat.
Bump !
Kami berdua jatuh bergolek di atas lantai. Mujur Mingyu sempat menangkapku sebelum aku terbabas melanggar dinding.
Dahinya berkerut sejenak apabila sakit sengal - sengal di punggung menyengat. Aku yang berada di atasnya menggelabah tak tentu pasal. Bergerak ke kanan tergelincir di atas dadanya lagi. Bergerak ke kiri aku terjatuh baring semula. Mingyu merengus. Tangannya berhati - hati memegang pinggangku berbatas.
Tubuh kami dipusingkan sekali cubaan sahaja.
Kini, aku di bawah dan dia pula di atas. Wajahnya tegang sedikit berang dengan sikap aku yang tak menentu di pagi hari. Dia mengangkat kening menjeling.
"Choi Hayoon, kau dah kenapa harini ?" soalnya di balik suara lunak.
Lidahku kelu.
Bunyi rengekan pintu membuatkan kami berdua berkalih perlahan. Tiga pasang mata bundar sedang melihat aksi yang terduga di depan mata mereka.