" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? "
Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Langkahku pantas menuruni tangga. Ah, aku terlambat untuk siapkan sarapan pagi ini.
"Good Morning !" tegur Hayoon ceria.
Aku berhenti berlari. "Morning"
"Jom, makan. Aku buat sandwich harini" ucapnya sambil menyusun potongan sandwich ke dalam pinggan.
Aku menghenyakkan punggung di kerusi berhadapan dengannya. Hayoon masih ligat menuang air panas ke dalam cawan kami berdua.
Selepas berpuas hati dengan persiapannya, barulah dia duduk lega. Matanya meliar bangga melihat sendiri sarapan yang telah dia siapkan tadi.
"Makanlah. Tunggu apa ?" soalnya menyentak aku dari lamunan.
Sepotong sandwich disuap ke dalam mulut. Melihat aku selera makan, barulah dia menyuap roti ke dalam mulutnya.
Tanpa sedar, bibirku tersenyum lagi. Teringatkan hal malam semalam. Rasa bahagia menyusup ke dalam hati.
"Sorry ah tinggal kau sensorang malam semalam" ucapnya tiba - tiba.
Aku tersentak. "Huh ?"
"Malam semalam. Aku pun tak perasan yang aku jalan masuk bilik tinggal kau. Sorry" ucapnya lagi.
"Kau jalan masuk bilik malam semalam ?" soalku meminta kepastian.
Dia mengangguk.
"Haah. Aku pun tak ingat sangat sebenarnya. Tapi mesti ah aku jalan masuk bilik kan ? Takkan tiba - tiba magic muncul pulak"
Sah. Sah perempuan ni ada penyakit lupa ingatan. Tak pun nyanyuk. Semua benda nak dilupakannya. Kesian muka je cantik tapi nyanyuk mengalahkan opah upin ipin.
"Hm, yelah" jawabku malas.
Tak perlu rasa nak besarkan perkara itu. Lagipun bukan ada apa - apa yang pelik pun berlaku semalam.
"Kau kelas apa pagi ni ?"soalku memecah kesunyian.
"P.E. Pergi padanglah jawabnya. Haih, penatlah. Nak berjalan ke sekolah, lepastu sampai padang kena berlari pulak" bebelnya seorang diri. Aku hanya mendengar.
"Kau nak pergi sekolah dengan aku ?"
Hayoon mengangkat kepala. Dia memandang kiri kanan. Cari siapa ?
"Kau ada lesen ke ? Wonwoo mana ada nak bawak kereta"
Kepalaku menggeleng. "Siapa cakap pergi naik kereta ?"
"Habistu naik apa ? Beca ?" gadis itu mengangkat kening.
Agak - agak ah nak kayuh beca pergi sekolah. Mahu patah kaki aku nak mengayuh. Dia duduk tepi takpelah.