━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Badanku dihempas kasar ke dinding. Nafas ini naik turun berang teringatkan kejadian tadi. Botol air yang berada di sebelah laju saja tanganku capai lalu baling ke dinding hingga pecah.
Bertahun - tahun aku tunggu ini yang aku dapat ?
Dia tak ingat pada aku pun ? Janji tu langsung dia tak nak tunaikan !
Tiba - tiba rasa geli menjengah. Sebuah tawa halus melepasi bibir.
"Betullah apa yang diorang cakap, Mingyu. Kau memang gila. Budak tu tak ingat langsung dekat kau" kakiku lemah terjelepok ke lantai.
Aku memeluk lutut menenggelamkan rasa pedih di dalam hati ini. Studio kosong itu kelihatan suram mengiringi rasa hiba. Selepas berjaya menenangkan diri, akhirnya aku bangun menepuk debu melekat pada baju.
Perbuatanku terhenti selepas aku bertentang mata dengan mereka.
"Weyh, kau okay ke ?" soal Hoshi kerisauan.
Woozi, Dokyeom dan Seungkwan berdiri di belakangnya takut. Mesti diorang dah tahu apa yang terjadi.
Aku menghembus keluhan berat sekali lagi. Beg galas dilantai dicapai. "Korang dah tahu ?"
Mereka mengangguk.
"Tak patut sia dia buat kau macam tu. Punya lama kau tunggu dia macam ni dia layan kau" marah Dokyeom. Seungkwan mengangguk setuju.
"Kalau akulah weyh, aku dah tampar dah muka perempuan tu. Biar dia ingat balik"
Aku hanya mampu ketawa lemah. Kepalaku digelengkan.
"Entahlah. Kadang - kadang aku rasa salah aku jugak sebab taruh harapan dengan dia. Yalah, waktu tu dia masih kecil dan aku dah masuk sekolah rendah dah pun"
Woozi bersandar ke dinding pintu. Bekas botol yang aku pecahkan tadi dipandangnya kosong.
"Dahlah. Tak payah nak teringatkan dia. Ramai lagi budak - budak nak dekat kau. Tinggal pilih je" pujuknya.
Hoshi mengangguk. Dia mendekat Seungkwan dan Dokyeom. "Betul. Contohnya, kelab-
"Min's Fabss !!" mereka bertiga sempat berposing ala - ala model mengejek gadis - gadis gila sekolah ini.
Akhirnya aku ketawa mengalah. Manganjing nombor satu diorang ni. Woozi di sebelah menjeling jijik. Gaya dah macam itik nak beranak je pun budak bertiga tu.
"Kan elok, kau gelak. Dah, jom ! Kita pergi PC Bang. Aku ada game baru nak main" ujar Hoshi.
Tiba - tiba Dokyeom mengangkat kedua belah tangannya seperti banduan ditangkap polis. "Oh, sorry. I haveu dateu withe my yeoja chingu. If I lateu, she become Hulkeu"
YOU ARE READING
𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 | 𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...